ADVERTISEMENT

Trip Down_Under 14.1 : Kisah di Katoomba

Di katoomba sendiri memang dah terdapat tempat2 menarik yang boleh dikunjungi.. terdapat banyak spot atau track Blue Mountain yang boleh di cuba, tapi the most popular spot adalah di Katoomba sebab adanya Three Sister.


Semasa zaman dahulu kala mitosnya berbunyi asal batu itu adalah dari tiga beradik. sejauh mana kebenarannya? Biarkanlah hidup anda diselubungi misteri.. haha tak mampu laa

Ok Ok, jadi selepas tamat kerja setiap hari maka dapatlah kami keluar merayau di Katoomba, kalau nak mudah bergerak di Katoomba korang bolehlah menggunakan perkhidmatan HoHo bus, tapi disebabkan kami yang gigih ni, maka semua pakai kaki je, lagipun cuaca sejuk.. tak rasa penat sangat pun..

Kadang2 mengisi masa lapang disini, tapi utk tujuan online sahaja.. haha

Echo point adalah kawasan yang bersebelahan dengan batu Three Sister, dari sini memang nampak ramai sangat orang berhimpit himpit megambil gambar. Disediakan jug trak untuk sesiapa yang suk aktiviti lasak, anda boleh mengambil track tersebut sehingga sampai ke kawasan view point lain. Banyak view point lain kat sini.

Kenapa dia kata blue mountain, sebab semua gunung dia nampak warna biru.. tak pasti sama ada kesan awan ataupun sinaran matahari tu sendiri.. tapi memang nampak semua gunung warna biru..











Si gigih berjalan menggunakan track yang mencabar..
Selain berjalan kaki sendiri dari view point, terdapat juga kawasan reakreasi lain yang menyediakan perkhidmatan Skyway (macam cable car, tapi bergerak dari satu tebing ke tebing yang lain, dengan permukaan lantainya adalah kaca), Railway (the steepest railway in the world.. rasa macam roller coaster ) dan juga cableway (umpama cable car biasa, dari kawasan bawah dia angkut kome naik atas balik)

Keriangan berterusan..







Katoomba fall (view from skyway)
Jadi terdapat pelbagai pakej yang disediakan di Scenic World Blue mountain.. Senang cerita ambil je lah semua pakej tuh sekali, rasa je semua sekali.. bukan selalu pun datang.. Untuk cuba semuanya harga adalah AUD 28.. Boleh rujuk sini...


Ready for steepest railway..



Walkway pula lepas railway..

Last but not least, cableway.. hangus duit AUD 28.. haha


 Berambung lagi...















Trip Down_Under 14.0 :Good Day! Its Sydney~

Ketibaan

Sedikit drama berlaku didalam flight sebab beg sorang kawan aku ni tak muat nak masuk dalam gerabak atas seat, jadi sedikit cemas dengan beg yang agak besar saiznya tu di rampas oleh crew cabin dan di hantar untuk masukkan ke ruang barang.. Jadi kawan aku ni berdebar dari start naik flight tuh sampailah turun kat Sydney.. Hampir 4 jam perjalanan akhirnya beg dapat di ambil di ruang beg tanpa sebarang caj.. kalau tak terbang duit $30..

i can see a kangarooo...
Kami melepasi pemeriksaan imigresen di Sydney airport dengan smooth sekali, penyeludupan beras, maggi, makanan dalam tin semua berjaya.. tragedi tumpasnya penyeludupan laksa di Christchurch airport tidak berulang di sini.. syabas~

King Smith int airport, Airport

Bila keluar tuh ada saja aku nampak orang malaysia yang lain, ada yang menegur kami.. ada juga yang bila di tegur berpaling terus nyorokkan muka.. begitulah realiti rakyat kita di negara orang.. haha layan kan ajee...

Double decker train
Jadi sejurus tiba kami terus mendapatkan perkidmatan train ke Katoomba yang bernilai AUD 21 sehala, kalau tak silap, tapi kalau beli return mungkin dapat diskaun sedikit.. tapi hari dah malam tanpa berfikir panjang kami terus mengambil tiket dan menaiki train.. Train airport perlu ditukar di station Central.. Kat sini sangat banyak rail Line, siap ada tingkat atas dan tingkat bawah lagi.. Jadi kami terpaksa menunggu train lain untuk ke Katoomba, aku rasa kekerapan untuk train Blue Mountain Line ni tak banyak, jadi harap bersabar..



Perjalanan juga mengambil masa dalam 45 minit.. Akhirnya kami sampai di Katoomba station.. kenapa aku ke tempat ni malam2 buat camni? sebab aku bakal menghabiskan masa aku kat Katoomba selama 5 hari aku di Sydney.. tapi apa pun tetiba kami cuma menginap di sini selama 4 hari manakala satu malam lagi kami bersiap sedia di Nomad Backpacker hostel di Sydney CBD sebab senang nak ke airport.


Aku tinggal dan bekerja kat Katoomba ni sebagai helper di cafe.. Kerja-kerja di cafe ni dari segi kerja di lobby, kitchen dan basuh dishes.. Sebab aku ada pengalaman bekerja di kedai makan masa lepas sekolah dulu so tak menjadi masalah untuk aku buat kerja-kerja ni.. Jadi sebagai pertukaran kami mendapat tempat tinggal free dan makanan free.. selamatlah menu makanan di cafe ni tak wujud unsur-unsur Cik Bab, hanya ikan dan ayam.. dan tiba-tiba dia pernah masakkan nasi putih dengan sup tomato.. yummy!!!
Sajian harian... 

Welcome goddies..

Everyday memang ada rumput dalam pinggan.. with grilled fish..



Bekerja sambil berfoya foya

Tapi seronok bergaul dengan mereka ni, kami bekerja selama 2-3 jam sehari dan selebihnya dapatlah berjalan sini sana dan kawasan katoomba berbeza dengan area CBD sebab kat sini more to natural beauty..boleh? haha dan kawasan katoomba juga penuh dengan tourist yang berkunjung ke tarikan utama di Blue Mountain ni..





Jadi di kesempatan yang ada kami mendapat peluang melarikan diri ke Sydney CBD~ disebabkan seorang lagi rakan sekelas aku yang baru pulang mengunjungi adik dia di Adelaide maka dia singgah dulu di Sydney~ habislah macam tak sangka je kelas baru habes tapi kami semua dapat berjumpa di luar kelas.. malah luar negara.. haha

Warga whoofer di cafe..










Jadi beberapa hari dia di Sydney memang kamilah jadi pemandu pelancong dia especially di kawasan Katoomba, siap owner cafe ni buatkan makanan untuk dia bila dia sampai menunggu kami habis kerja..

Ini adalah kali pertama aku melakukan woofing iaitu work exchange, memang pada asalnya perasan tu bercampur baur sikit sebab risau dari segi makanan, takut boss garang.. semua.. tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar.. malah walaupun stay selama 4 malam tapi hanya berkerja selama 3 hari.. tuh sebab dia kasik keluar pergi jalan2 sebab kami tak jenjalan kat Sydney CBD pun lagi..


bersambung...

Trip Down_under 13.0 : North Island, NZ FINALE

Sekian lama aku kembali menebas lalang semula, sorry lah sebab takde sangat trip yang bombastic seperti dahulu kala, kalau ada pun aku pergi cam trip sekejap2 je.. yang tu tunggulah nanti aku buatkan komplikasi entry je.. haha bole? buat masa sekarang kasik aku habeskan trip lama ni dulu..

____________________________________________________________________________

Seperti yang sedia maklum aku menginap di Pukekohe selepas Hamilton, kat sini aku berkenalan dengan sepasang couple dari England yang baru setahun bermastautin di NZ.. Pasangan Lynn & John melayan kami seperti anak-anak mereka sendiri rasa sedih time nak meninggalkan Auckland pada hari terakhir kami sebab dari rumah dia kami keluar dan kemudiannya keluar terus dari bumi NZ... Masa kami nak balik pun John sahaja yang menghantar kami ke train station Lynn menolak untuk menghantar kami sebab dia dah tak tahan nak menangis.. Sayu betul masa hari terakhir kami..


PERKENALAN

Kami dah berkenalan lama dari coucsurfing.org dan perjumpaan pertama kali kami adalah sebaik sahaja kami turun bas dari Hamilton aku ternampak seorang lady terus menerpa ke arah driver, dari perbualannya dia cuba describekan aku pada driver bas tuh yang baru sahaja membuka perut bas untuk keluarkan beg.. dan apabila aku melangkah turun terus aku menegurnya.. haha itulah kisah pertemuaan pertama kami..

Jadi Lynn membawa kami pulang dengan menaiki miss Daisy yang dipandunya..siape miss Daisy? terkenal tau miss Daisy ni, satu Pukekohe kenal dia.. haha


Jadi Lynn membawa kami pulang sebab malam tersebut hanya ada dia dan sepasang lagi couple dari Germany yang menumpang di rumah mereka juga secara kebetulan. Jadi the more people the more marier kan.. haha

Lynn mengeluarkan segala buku koleksi tentang movie Lord Of The Ring (LOTR), memang die hard fan deorang ni sampai sanggup simpan koleksi semua buku dan buku2 direction tempat penggambaran pun ada.. Jadi mereka memang nak bawa kami ke "matamata" perkampungan Hobbit, tapi bila aku cerita tentang review yang kami dengar sepanjang perjalanan ni, maka kami sepakat untuk cancel je..

Mulut tersasul tercakap "i like choc with almond" terus Lynn balek rumah belikan sekotak..
tersentuh...

Pukekohe

Pukekohe adalah small town yang terletak dalam daerah Auckland, terdapat train seakan ktm komuter yang bergerak 2 jam sekali menghubungkan Auckaland dan Pukekohe.. perkhidmatan bas pula seakan tidak berkesan kat sini mungkin sebab faktor kekurangan penduduk jadi bas pun sangat sedikit dan tak popular dikalangan penduduk sini.

Pukekohe pun mempunyai beberapa spot tarikan tersendiri antaranya yang sempat kami pergi adalah di Pukekohe hill, kawasan menghijau dan merupakan spot untuk tengok sunset.




Selain tu ada black sand beach, mungkin sebab tanah dia kaya dengan mineral jadi menampak ianya berwarna hitam, dan pasir2 yang halus dan sejuk.. tapi air laut kat sini memang tak sesuai untuk mandi, takut aku tengok..
The black sand beach




Rumah api Manukau terletak menghadap laut tasmania juga cantik di waktu sunset.. dan banyak kapal terbang lalu lalang di atas udara sebab berdekatan dengan Airport auckland..




Sunset from lighthouse

Selain tuh area town dia pun banyak kedai-kedai yang boleh di singgah, banyak kedai jual barang2 secondhand.. menarik tengok dia jual barang2 tuh semua dah la murah murah belaka..



Antara barang2 second yang dijual murah..

Home Sweet Home Pukekohe

Kami bermalam di sini sepatutnya 2 malam je tapi disebabkan rasa malas nak menggalas beg ke Auckland maka kami request untuk tinggal lagi semalam kat rumah Lynn & John..

Ini lah antara sebab kami nak stay, hari2 boleh call rumah.. haha

Jawapan mereka : as u wish.. we love to have you here...

Yepiii maka memang kami berkampunglah di rumah mereka, dari sini kami ke Auckaland menggunakan metro train yang seakan KTM komuter tuh, dengan harga NZD 8 return, perjalanan mengambil masa 45 minit sehala, asalnya nak berjumpa dengan ex-schoolmate aku yang belajar di Auckland, jadi mereka dah pun menunggu kami di station keretapi Britomart..



Britomart station ni berdekatan dengan area laut, maka kami berjalan-jalan dalam town ni sekejap, cukuplah dengan membuat tawaf satu town dengan berjalan kaki, haha sakit hati aku sebab asalnya nak ke Elizabeth market, tapi bila sampai tengok area market ni tengah under construction.. sedih nya hati aku terpaksa berlalu pergi begitu saja... tapi matahari memang cepat terbenam, jadi aku segera meninggalkan area town ni untuk menaiki Mt Eden, sebab dari sini boleh tengok sunset dan dapat melihat keseluruhan bandar Auckland..

Britomart station, Auckland








with my ex-schoolmate.. jealous nye ko belajar kat Auckland!


Best spot for sunset.. 

Dari awal aku jejakkan kaki ke NZ, aku memang suka sangat naik gunung tengok keseluruhan pemandangan yang ada.. dan kami akhiri kisah perjalanan ni dengan melihat segenap kawasan Auckland dari atas...

Last dinner together.. 

Maka pada hari terakhir kami berlaku lah sedikit pertumpahan air mata sedikit dan akhirnya tibalah masa kami melangkah pergi dari rumah mereka.. Cara yang mudah adalah dengan menggunakan Train Maxx dan kemudiannya menukar kepada bas di station Papatoetoe (sebut betul2!) . Memang ada bas ke airport dari sini, sila lihat papan tanda siap ada tulis masa untuk bas akan tiba..




Auckland Int Airport

Terdapat 2 perhentian di Auckland international airport ni, ada terminal 1 untuk Domestic dan terminal 2 untuk international departure. Sampai sahaja kami di Airport perkara pertama adalah memastikan berat beg kami tidak exceed seperti mana yang di syaratkan.. Jadi banyak baju tebal kami yang ke tong sampah haha (sume yang beli kat bundle dengan harga RM10 sehelai).. cuma tinggalkan sedikit untuk kegunaan di Sydney nanti..

Another journey begin..


Hobi kegemaran: shoot gamba flight, ntah bile nak ade flight sendiri (bole?)

bila la nak merasa flight besar tuh..