ADVERTISEMENT

Cha - Am, Thailand

Hari percutian hampir berakhir, esok aku akan pulang terbang, apakan daya terpaksa bercuti dalam kesibukan kotaraya bangkok juga akhirnya setelah aku membatalkan plan asal untuk ke luar bangkok iaitu Chiang Mai, tapi disebabkan stamina yang tak mencukupi dan fikiran yang kusut masa sebab ada kerja kene siapkan sebelum khamis, maka aku tersadai di Bangkok bagi menyiapkan kerja.. adoi.

Cuma aku sempat ke Cha-Am semalam dan singgah di Santorini Park sebelum pulang semula ke Bangkok pada waktu petangnya. Jadi untuk ke Cha-am aku cadangkan supaya pergi di waktu pagi, dan cara yang termudah adalah dengan menaiki mini van, masa pun agak singkat kalau compare dengan menaiki keretapi..

victory monument, bangkok

Jadi waktu yang sesuai adalah pergi pada awal pagi, perhentian mini can semua terletak di station skytrain "victory monument". Kat sini memang banyak tersadainya mini van.. pilih je mana satu.. tapi kalau pergi matahari dah tegak alamatnya mini van bertukar menjadi mini ketuhar, harus jadi red velvet korang kat dalam tuh.. Bangkok sangat panas yaw~

Dereten minivan..dah boleh nampak dari jalan atas.. sila keluar Exit 3 dari Victory monument station.

Jadi setelah sampai ke Cha Am dengan keadaan panas tak boleh tahan.. dan tak jumpa pun teksi atau pun apa-apa yang meng-offer aku untuk jelajah Cha Am, ingatkan nak ke pantai dulu tapi memang tak jumpa teksi, so jalan-jalan di area pekan tepi highway dan zaass terus tanya kat tempat van yang nak balik bangkok, dia boleh drop-kan kat Santorini park dengan caj 30B per person. Ok la layan~


Aku seakan terpukau kejap dengan keindahan tempat ni, walaupun panas membakar diri.. haha tiket masuk adalah 50B per person, masuk je terus jakun nak snap gambar.. PLUS tak ramai orang jadi senang nak dapat scene jalan-jalan sunyi tanpa makhluk lain.. Kalau ada background orang thailand nanti nampak sangat imigrant ramai kat Santorini bak kata ah-FATT, haha

Meh layan gambo!!!





Jadi meronda ke sini sana dalam ni, ada games macam 3D games dan pelbagai lagi la. Makanan pun boleh sumbat juga sebab ada kedai fish & chip, sumbat la sebab perut berbunyi-bunyi sudah.

Jadi pemerhati sekejap... 

Lunch 

Jadi setelah sekian lama dan panas kembali membakar diri, aku decide nak ke Swiss Sheep Farm ang berdekatan, tapi bila diberitahu memang takde teksi yang masuk ke area ni, dan hanya boleh tahan mini van dari highway besar tuh, aku terus rasa ada baiknya aku naik van dan pulang ke Bangkok, dengan cuaca panas dan migraine kembali merosakkan hari aku.. damn

kudaku lari gagah berani... confident adik ni!
Aku rasa perlu buat surat untuk kerajaan thailand sebab aku rasa kawasan tu berpotensi untuk dinaikkan maka kemudahan transport awam agak perlu, sebab nanti boleh jadi acceessable dengan mudah dari Bangkok, setuju?


on the way balik ternampak adengan kejar mengejar bersama artis..takut nye jadi artis
kat thai.. haha

Jadi waktu malam aku kembali membuka laptop dan menyiapkan kerja-kerja yang tersadai tak dapat nak siapkan...








Bangkok : Day 1

Salam dari perantauan,

Semalam aku selamat mendarat dengan Ethopian Airline di Suvarnabhui airport jam 2am waktu tempatan setelah hampir 2 jam lewat dari waktu sebenar.

Bila sampai ke imigresen que sangat panjang~ takut aku tengok, dah lah arrival card pun airline tak prepare, kat airport tak nampak pulak, so kene cari sendiri..

Masa dihabiskan dekat sejam juga kat imigresen, tapi semua berjalan lancar je, kami beredar dari airport menggunakan teksi kaler pink! (teksi bandar berada di tingkat bawah). Teksi ni charge kami 400B untuk ke city di mana aku plan nak menginap lagi di HQ hostel~ ye la semenjak jadi duta produk...gituh~

tapi duta pun kene bayar jugak yer.. ingatkan free

Kami tiba di hostel pun dah agak lewat, tapi disebabkan hari yang panjang, berkerja dari pagi terus menerus angkat backpack, lari ke luar negara.. kerja gila sangat~

Kalau di Bangkok memang kekuatan kaki tu perlu untuk terus menerus berjalan sambil cuci mata ( i mean window shopping laaa) haha

So here we go, selepas menyiapkan diri tempat pertama aku nak pergi adalah money changer, sebab aku tak sempat nak tukar duit dari awak. semua perbelanjaan sebelum ni pun Azuan yang bayar. Jadi untuk meneruskan hidup di Bangkok cash kene ada! haha

Tempat yang aku cadangkan adalah The Super Rich yang terletak di dalam station skytrain Chit Lom atau berdekatan dengan Sala Daeng skytrain pun ada, tapi masa aku lalu time tu dia tak buka lagi..

Dari Chit Lom aku terus ke Chatuchak, tak sah kalau tak ke Chatuchak kalau waktu weekend. Bukan apa aku nak rembat 2-3 helai t-shirt sebab aku tak bawak t-shirt sangat pun dalam beg~ buat pakai-pakai untuk beberapa hari ni je.

Jadi pada hari tersebut, senang kira aku ambil one-day pass untuk skytrain.. berkali ganda jimat dia sebab tu boleh singgah memana ikut suka.. jadi dari Sala Daeng ke Chit Lom dan Chit Lom ke Mocchit untuk ke Chatuchak..

antara harta rampasan di chatuchak- to do list untuk jangka masa sekarang.

Selesai Chatuchak aku plan ke Terminal 21. Terminal 21 ni shooping complex baru yang bertemakan negara-negara luar. decoration juga unik dan barang-barang yang dijual pun berpatutan. Setiap tingkat ada temanya tersendiri mengikut tema..


Kalau nak ke sini, terus kan menaiki skytrain ke station Asok. betul-betul berhadapan dengan skytrain station. you will amaze with what provided inside..


London




taksangke jumpe lagi toilet camni after japan.. haha

Setelah penat mentelaah shopping complex dan bagi memaksimumkan lagi penggunaan day pass aku terus ke Saphan Thaksin station untuk mengambil  scenery sunset menyusuri sungai Chao Phrya.. Kos sehala menuju ke jeti Khao san road tu 15B sajork.





Jadi petang tu aku ke Khao San Road.. sebenarnya ni kali pertama aku sampai sini walaupun dah berkali-kali ke Bangkok, sebabnya banyak cerita2 pasal bom la pengganas la kat area ni.. haha tapi last-last sampai juga.

Memang sangat ramai orang barat kat sini. bermacam-macam species, dah macam kampung deorang pun ade... pape pun layan~


Chao Phrya at night..
Akhirnya aku pulang ke hostel.. begitulah untuk hari pertama dan kedua ke Bangkok.. Hari ke-2 ni pula banyak shopping complex hopping sajork.. haha

Bangkok again


Its been a long time i havent updating any story morry here (wah nak cakap mat salleh)

Banyak rasanya episod-episod yang sekadar membuang batuk di tangga (ada berani? ko hingat ko takde TB).. jadi aku terpaksa buat senarai list-to-do kat sini.. cerita mana yang tertinggal

1. trip down_under yang tak berkesudahan tuh. aku rasa mungkin akan ada sambungan 2-3 episod je lagi.. harap bersabar

2. Trip rojak sebab kebanyakkan waktu aku cuti berhujung minggu adalah sekali dua terlepas ke luar negara juga sebabnya tiket murah yang datang tanpa di undang.. adalah sekitar Ho Chi Minh, Bangkok dan Hong kong

3. Trip Chasing the sun ke Jepun tu tak start pape pun lagi.. trip tersebut pun agak pack, sakit kepala aku nak perah otak mengingat semua aktiviti tu nanti, jadi di postpond dulu untuk waktu-waktu santai yang sesuai. stay tuned juga la.

4. Ek ada lagi?

Yup sebab sekarang ni cuti aku diluluskan pula untuk menghabiskan sisa sisa cuti di posting medical.. Aku pun di pelawa oleh rakan travel buddies aku yang kebetulan meminta cuti di hari yang sama, jadi here we go...

Aku ke Matta fair last week, tapi tak dapat tiket murah pun semua range dalam RM600 -RM 700.. black-out date katanya sebab cuti sekolah.. Shit! tak perasan pun cuti sekolah. tapi bila kami duduk berbincang dan dengan pencarian yang hebat mengalahkan kakak penjual tiket kat matta fair, aku dapat tiket murah dari Ethopian Airlines ke Bangkok. Lagi murah dari harga Airasia.

Jadi kali ni aku akan ke Bangkok lagi lagi dan lagi.. haha ittenary sedang di rancang kat airport ni, dan mungkin aku akan teruskan mengupdate cerita ni dari kejauahan.. haha dulu rasa macam ni juga masa ke NZ tapi ternyata sekadar melepaskan batuk dan virus TB di tangga..

So pape pun tujuan utama adalah untuk menenangkan fikiran sebab selepas ni dah masuk ke department lain.. maybe some refreshment before getting busy and busy again..

Balik dari kerja aku terus meluru ke Changi sebabnya ticket dari Johor Bahru ke KLIA sangat mahal time ni, mencecah 300++ one way, dari Changi cuma 100 je.. siapa yang nak membuang duit macam tu je, cuma masalahnya kalau lambat bertolak jalan akan jem di petang hari. So aku ingatkan nak naik teksi, cari punya cari semua orang kasi harga SGD 60 (mak datuk!) ni aku survey sehari sebelum pergi.. tapi last - last ada orang nak tolong menghantar.. selamat duit aku!!! haha

Habis kerja aku cepat- cepat ke Changi, selamat ada orang nak menghantar, kalau tak hanggu SGD 60 kalau naik teksi dari JB ke Changi.. mampu???

Aero train Changi.. 

Walaupun aku dah siap-siap print out ticket online check-in tapi tetap juga kene ke kaunter, beratur panjang gila.. adoi ~

Here we departing again... waka waka ei ei...
 Tapi yang geramnya flight dia delay sampai sejam lebih, lepas tu aku tak dengar perkataan "apologize" pun dari staff mereka.. lepas layang orang macam nak tak nak je.. Flight ni actually transit Bangkok untuk perjalanan ke Addis Ababa dan 40% penumpang adalah yang berkulit hitam dan 40% lagi macam rombongan umrah agaknya..

Nyam Nyam, tapi biasa-biasa je..

Aku tak beberapa nak puas hati sangat dengan service flight ni..  its like a ZOO not a flight at all,
geram betul!!! 

Air tak boleh refill, tapi bagi aku cawan yang dah merekah.. 

my first and my last.. thanks for the hospitality~ 

inilah titik mula perjalanan aku sebab aku rembat 2 pamplet ni dari matta fair.. haha
*ada papa cadangan untuk tempat-tempat menarik yang boleh aku pergi berdekatan bangkok boleh la cadangkan.. im going for blog hopping ni kumpul ittenary~ hehe