ADVERTISEMENT

Chasing the sun 3.0 : Sapporo to Tokyo

Ramai yang bertanya pasal Ino Hostel tempoh hari, hostel ni memang sangat selesa tapi harganya bukanlah semurah hostel di negara2 asia yang lain. Haha almaklumlah bumi jepun apa benda je yang murah. Harga semalam dalam RM92 seorang. Tapi disebabkan kami just walk-in je untuk mendapatkan tempat bermalam pada malam itu, aku rasa receptionist tuh main bagi je~ ingatkan dapat bilik share ramai-ramai tapi dalam bilik tu ada 3 katil sahaja yang tak berpenghuni. Aku rasa ni rate yang paling mahal pernah aku bayar untuk hostel.

the white railway

Disebabkan lokasi dia yag agak dekat dengan JR rail maka aku memilih tempat ni, selepas refreshing semalaman aku check-out di awal pagi juga, cuma tinggalkan key dalam kotak di kaunter aku terus ke subway station. memang sangat mengejar masa takut terlepas flight. Perjalanan ke Chitose airport mengambil masa 45-50 minute, flight aku pula sekitar 830am maknanya sekitar 730am aku dah perlu check-in. adoi Ticket Airasia Japan Saporo - tokyo ni aku kebas dengan hanya RM85..


Memang plan berjaya bila aku tiba dia airport pada awal jam 7am. breakfast apa yang ada dari convenient store dan zasss berlepas ke Tokyo..

camne nak keje sejuk2 camni|?



Tokyo tokyo tokyo.. bandar yang padat dengan segala benda sampai tak ter-explore. memang lain perasaannya dari country-side now its a concrite jungle kan.. Lama juga aku duduk bertapa kat airport mencari ilham cehh last-last aku mengambil train express airport one-way (laju train ni) dan one-day pass untuk metro line.. semua ni aku dah tak ingat harga dia tapi dalam RM80. Harus diingatkan one-day metro pass untuk subway ni merangkumi 10 line utama tapi subway di Tokyo bukan hanya ada 10 line saje ok.. Jadi pandai-pandailah buat connection sendiri.

Sunny day in Tokyo

Narita International Airport
Rare sikit
My one-day pass



Jadi di Tokyo aku ringkaskan di sini tempat yang aku rasa perlu pergi dan berbaloi.. almaklumlah aku habiskan sehari untuk kota besar ni, more to sightseeing lah koje nye..

1. Shinjuku

ni tempat pertama aku mencampakkan diri selepas turun dari airport express train berdekatan station Asakusa..mak aih jauh ok nak ke sini..
Pastu sesat pula nak cari hostel area sini. Station shinjuku merupakan station paling sibuk kat dunia ni, ada berpuluh exit dan sehari lebih sejuta orang lalu masuk sini.. mak aihh
Tapi ia cumalah tempat CBD yang biasa dilihat di singapore, KL.. hoho




2. Roppongi Hills


Area ni macam new CBD yang baru dinaikkan dalam 2003 katanya. One of examples of city within city, hah camne tuh? tapi area sini nampak modern sikit Untuk tengok pemandangan kota tokyo aku rasa sini lagi best dari naik tokyo tower, pasal ape kalau naik tokyo tower tak nampak la tokyo tower tu.. haha


Untuk ke sini naik je train ke Roppongi station, ticket masuk untuk ke observatory deck dalam 1800Y, selain ke observatory deck ticket tu termasuk dengan ticket ke Art museum.. tak seswai la waktu-waktu camni nak ke museum, tapi dia dah kira sekali..








jangan lupa kalau nak ke Hard Rock cafe tokyo area Roppongi ada satu hard rock cafe shop dan cafe. Kene jalan sikit menuju tokyo tower, nanti jumpalah. Sebab aku dah malam baru aku teringat. Lokasi hard rock yang lagi satu pula terletak berdekatan Asakusa.




3. Harajuku

Selain tu demi mengejar masa untuk melihat setiap pelosok di Tokyo, aku terjah ke Harajuku, bukan apa nak lihat juga kenapa ramai sangat orang mengacukan lensa kamera ke sini sana kat area Harajuku.. sebab kat sini banyak sangat makhluk planet Nameck dan jiran-jirannya terlepas ke Harajuku.. haha macam-macam makhluk ada kat sini.. Gigih remaja tokyo ni demi kepuasan jiwa remaja masing-masing.

Harujuku kedai kelas bawahan kot..haha



harajuku kedai kelas atasan

4. Asakusa

Sekarang aku rush balik ke Asakusa. Haha jauh sebenarnya station dia aku memang malas sebenarnya tapi kat sini lah yang banyak menyediakan cendermata. Walaupun niat asal nak cuci mata dengan sourvenier tapi sebaliknya sakit pula mata tengok harga dia mahal gila.. haha azab berbelanja kat tokyo.









5. Shibuya

Mari tengok sekali kemeriahan malam di Tokyo, jangan terlepas ke Shibuya crossing tengok ramainya makhluk yang out of nowhere ni kat jalan. Haha tapi sini pun banyak area shopping.. dari barang atau gadjet electric sampailah makan dan minum yang bersepah kat sini.






Chasing the sun 2.2 : Sapporo ski trip

Sekarang agak lambat nak siapkan satu entry, aisehhh merangkak-rangkak lagi.. masa lapang banyak dihabiskan di tempat lain..  Pape pun harap bersabarlah yer~

_______________________________________________________________________________

Seronok dapat tidur dalam tilam ditimbun pulak dengan selimut yang tebal-tebal, bukan satu tapi 3 helai, ni kira duduk bawah timbunan selimut lah konon-kononnya nak hilangkan sejuk, lagipun bukak heater dalam bilik ni macam tak rasa pun, redha je la..


Starting nak tidur memang rasa sejuk, tapi bila dah lama duduk bawah timbunan selimut ni lama-lama rasa panas dah.. Syok tidur sampai pagi pun Akhihiro yang kejut.. Lama juga ber-ChitChat malam tuh, dan kitorang ni memang dah 2 hari tak jumpa tilam.. Malam sebelumnya masing-masing kene buat night -call kat hospital, malam esoknya tidur kat airport, barulah merasa tidur atas tilam ye tak~

Malam tu aku dah buat keputusan untuk stay satu malam je kat rumah Akhihiro ni sebab nak ke Chitose airport awal pagi sebab flight kami ke Tokyo pada keesokkan harinya adalah jam 840am.. so kene sampai awal.. dari Maruyama Koen station ni earliest train pun pukul 6am, nak kene JR rail station lagi untuk ambik JR railway pula ke airport, jadi last-last aku terpaksa cari hostel berdekatan dengan landasan JR railway..

So pagi tu kami meninggalkan rumah Akhihiro membawa semua beg-beg besar ni, lagipun kami keluar rumah sama dengan Akhihiro sebab time pagi ni dia nak pergi kerja, memang rakyat sini walaupun ada kereta, tetap pergi kerja menggunakan public transport, bagus laa.. tak macam kat malaysia, semua taknak pakai public transport kan..

So dari depan rumah dia kami menaiki bas, dan terus ke Maruyama koen station, dari sini pakcik bas print terus ticket untuk ke Odori station.. Jadi sekali je ticket guna sampai ke train, plus bertambah murah.. tapi kalau korang ke station selain Odori, nanti sampai kat station yang korang tuju terus masukkan ticket kat mesin Fare Adjusment.. tambahlah bape yang patut dan harganya bertambah murah dari beli ticket bas dan train asing-asing.

Kat sapporo JR station aku kembali melabuhkan beg sebesar tenuk di dalam locker lagi sekali, dan terus pergi mandapatkan packages ski.. inilah sebab utama aku ke sini, sebab nak mencuba skiing ataupun snowboard..

Terdapat banyak resort ataupun skifield sekitar Sapporo, tapi yang paling murah dan senang nak akses adalah di Teine Resort. Package details :


Round-trip JR train + Bus + Lift Ticket (4 hours)

Adult: 3,750 yen
Student/Senior: 3,200 yen
Child: 2,100 yen
N.B. The 4 hour pass is changeable to a 6 hour pass or 1 day pass with an additional charge. This can be paid when getting your lift ticket at the resort.
6 hour pass: Adult +400 yen, Student/child +100 yen, Senior +300 yen
1 day pass: Adult +1300 yen, Student/child +200 yen, Senior + 800 yen

Aku ambik yang 4 hours je, siap segalanya, jadi setelah mendapatkan pass train aku terus menuju ke Teine Station, di Teine station pula kene menunggu bus ke Teine Resort, yang berada di Pintu EXIT selatan.. Tapi waktu aku sampai bas dah berlepas, kene tunggu lagi 30 minute camtuh, aku tak pasti frekuensi bas ni.




Bas dari Teine station mengambil masa dalam 15 minute, tunjukkan sahaja pas yang ada, uncle bas terus tahu mana nak hantar kome, jangan duduk kalut risau tak bertempat, deorang sangat helpful untuk menerangkan kemana bas tuh pergi walaupun tak beberapa fasih bertutur dalam english. 

Ada 2 tempat untuk turun, tapi korang kene lah turun kat area yang ada kaunter dan tempat penyewaan ski & board ni, ada terletak kat tengah-tengah, sebab ada 3 station kat Teine ni, turun yang tengah tengah..



Urusan penyewaan peralatan sangat lancar sebab orang dalam ni semua boleh bertutur dalam english, selain tuh aku terpaksa top-up duit sikit sebab nak sewa baju dan seluar ski, seluar dan baju dia maha tebal, tak rasa sejuk dah... total kos sewa cloth and pants dalam 3700Y


Aku dengan confident nak try snowboard, al-maklumlah masa sekolah dulu-dulu zaman form 2 kan rajin main skiboard (musim katenyer) tapi tu back 10 years ago zaman badan elastic sekarang harus aku tak boleh berdiri pun.. hambik ko dari atas tuh menadah bontot je.. sampai ke bawah.. Letih gila dan last-last aku bertukar ke ski. Ada charge dikenakan ok, kalau tak silap 1000Y -denda murtad kaedahnye.. haha



Seronok memang senorok melayan luncuran atas ais ni, tapi bila di tambah dengan kecerunan dan kelajuan yang terhasil dari luncuran tuh, memang korang akan terfikir tulang mana akan patah kalau ko tergolek tetiba ni.. haha



So far dari masa aku tukar ke ski, memang semua orang yang datang dengan aku termasuk 2 minah jepun yang sama-sama bergelongsor je time pakai snowboard tuh speechless, terus smooth je aku ski sampai ke bawah.. hehe tapi ada moment aku jatuh gedebuk sampai bergegar kepala otak rasa nya..

hari yang cerah bertukar menjadi kelam, terus blizzard tak pasal-pasal, OMG memang perasaan bermain ski time ni sangat thrill, aku try banyak kali layan cuaca blizzard ni sambil meluncur laju dari atas.. memang enjoy habis..




Menunggu bas dalam keadaan macam ni.. 

Setelah tamat 4 jam pengalaman meluncur salji ni, aku pun terpaksa bergerak balik semula ke Sapporo, sebab lepas ni nak carik hostel lagi.. aku google dari hostelworld dan terus pergi mencari hostel tuh berdasarkan alamat yang d beri, kelebihan dalam bandar besar adalah senang untuk mencari hostel sebab direction yang diberi agak senang dan terang..


So aku pilih Ieno place, sebuah rumah macam rumah nobita jugak di ubahsuai menjadi hostel, interior sangat superb dan cukup serba serbi.. disebabkan teringin nak makan nasi, aku terus ke convenient store, bukan cari beras tapi cari nasi segera... haha ape tuh? first time jumpa... layan je terus dapat buat nasi goreng...

First time gigih berjalan dalam salji lebat, bawak beg sebesar tenuk kat belakang mengharungi salji lebat dan tebal di permukaan jalan, dan akhirnya home sweet home at Ieno place.. huhu

at Ieno Place




 TO BE CONTINUE