ADVERTISEMENT

Fun run 1.0 Manila (Makati city) & Taal volcano

Selepas Kota kinabalu kini aku selamat mendarat di Manila airport, untuk maklumat Zest air ni kalau dari KK atau KL dia akan menggunakan terminal 4 (domestic airport). Jadi bersiap Sedia untuk menghabiskan masa yang panjang kat sini sebab hanya 2 kaunter imigresen dibuka. Dekat 2 jam juga ak beratur make sure lepas ni kalau turun jadi "kiasu" sikit bila touch down tu terus ambik beg.. Haha

stelah 2 jam beratur, i finally being comfort.. haha


Airport ni kecik je, dari sini aku ke Our Melting Port (OMP) hostel. Kalau ikut kat hostelworld memang high rated tempat ni, harga pun berpatutan. Jadi aku terkah ke sana. 


breakfast dengan catuan makanan.. haha pape pun its free, seronok makan benda free!

Mereka banyak membantu kat sini, pelbagai ittenary dia boleh suggestkan. Sesuailah macam orang tak habis study pasal Manila ni. 

Kalau di Manila ak banyak gunakan teksi warna putih, make sure mereka menggunakan meter ok, sebab Ada yang senang2 letak harga.. Selain tu Ada teksi warna kuning, aku seakan merasa poket seluar aku rabak bila tengok meter teksi ni mencanak2, rate dia mahal sikit..

menara petron pun ada!

Untuk hari pertama, biasalah dah bandar besar, kaedahnya masuk keluar shopping complex je la, barang-barang sini harga pun lebih kurang je dengan KL, takde bezanya. cuma agak menyesal bawa banyak roti gardenia sebab berlambak roti gardenia kat manila.. huh macam mana tu?


even perasa butterscotch pun ada.. 
semua pakai kertas na.. no plactic bag!
sekali sekala try juga naik jeepney, keadaannya macam ni, dia macam angkutan kota kat indonesia, tapi kat sini yang bestnya bila orang naik terus kene bayar tambang.. elakkan duduk di bahagian dalam sebab semua orang akan pass-pass duit dari belakang ke depan dan yang last tu kene kasik duit kat driver.. errrrr aku tak tau apa nak khabaq kat depa.. mana reti cakap tagalog.. haha panic sekejap
Seharian berjalan di bandar Manila, aku ke taal volcano pada keesokan harinya lagi, ye lah aku tak suka duduk bandar besar camni. Baik balik KL je ye dak? 

Perjalanan ke Taal volcano mengambil masa sejam setengah jika menyewa kenderaan sendiri ataupun 2 jam setengah dengan menggunakan bas awam. Kebiasaannya setiap hostel Ada sediakan group tour satu van untuk 8 orang berharga P3500, so boleh kongsi tapi masa aku kat hostel takde orang yang sign up. Jadinya untuk size group yang kecil bolehlah mengambil teksi dengan harga P2500 up to 4 people ataupun nak lagi murah naik bas awam dengan harga P90 ke Tagaytay Dan bertukar 2 jeepney kat sana untuk ke jetty.

Disebabkan Taal Volcano ni terjadi di tengah laut, korang perlulah menaiki boat untuk ke seberang, aku ambik dari Jojo suriano dapatlah murah P1500 untuk 2 orang.. 


Sampai di sana memang takde orang yang hiking semua guna kuda, bayaran P600 per person utk kuda dan fees.. 

Aktiviti ni sesuai untuk one-
day activities since aku menunggu seorang member lagi yang bakal tiba pada belah petang tersebut, tema lari dari kota. Aku try pada asalnya nak naik bas awam tu tapi bila sampai bus terminal memang terus mood itu hilang dengan sendirinya menyaksikan rakyat negara ni yang sangat padat.. memang tak tahan lah, ditambah pula dengan kondusi pengangkutan awam yang tidak seberapa berkesan tu..

even nak naik jejantas untuk menyeberang jalan pun sesak, ini pula nak rasa naik metro LRT kat manila.. adoii


Jadi dengan selamba badak aku ambil teksi semula dan balik ke hostel, dari hostel aku suruh orang hostel arrange kan dan tadaaa datang sebiji teksi.. sit & relax~ tak larat..

pemandangan taal Volcano dari tagaytay





aku dapat harga untuk tourist fee + horse riding denga P600~ taktau la kenapa dia bagi murah, tapi kami sampai dah lambat sikit.. cam tengahhari tu murah sikit rasanya





Hampir jam 5 petang aku terpaksalah balik semula ke hostel, sebab janji dengan Amir nak jumpa kat area hostel kami, Amir dari KL datang sengsorang layan perasaan dalam flight 3 jam tu.. sebabnya dia ada exam on weekend, dan sebab tu lah aku kene stay kat KK then buang masa kat Manila... tujuan membuang masa je, kang takut susah pula dia nak catch-up dengan ittenary ni..almaklumlah ahli baru..hehe

sempat lepak katMcD depan junction nak tunggu kawan aku tuh, katanya nak datang dengan harga paling murah taknak naik teksi.. 

So sharp at 5 memang dah sampai dah, jadi aku pun bawa la backpack masing-masing menuju ke Sampaloc, area sini pun still dalam manila, cuma tak sehebat Makati city ni, memang 2 tempat yang berlainan, takde pun bangunan tinggi-tinggi kat sini.. sampai macam tu sekali jurang antara 2 city dalam Manila ni..

Kat sini aku akan ambil bas ke Benaue, perjalanan mengambil masa 9 jam, jadi sesuailah jalan waktu malam, save tempat tidur.. tapi bertabahlah sebab kondusi bas ni yang memang rasa korang taknak dah tidur dalam tuh, haha tambang bas ke Benaue ni berharga P450..

Area perhentian bas kat Manila ni pelik sikit, sebab dia letak ikut company, contoh nya company A semua bas dia kat situ. kalau bas company lain mungkin kat simpang lagi satu.. bukan satu je station bas dia, bersepah-sepah.. pelik kan.

Area untuk company Ohayami ni terletak di junction antara Fajardo street dan Lacson avenue (berbelit lidah feelin2 latin ni...)



untuk ke Benaue ni ada 2 company rasanya tapi sekarang tinggal satu je kalau tak silap aku, iaitu Ohayami company, cam dah nama jepun pulak.  Jadual perlepasan ke Benaue boleh di semak dan ditempah dari sini

Setelah menempah ticket, aku tinggalkan beg kat sini dan keluar mencari makanan dan pape keperluan lain.. seperti baju sejuk.. ye baju sejuk sebab ramai orang kata bas ni akan pasang air-cond macam freezer, terus aku takut dan beli baju sejuk.. tapi taklah setebal mana pun, tapi cukuplah daripada mengiggil dalam bas tuh..

Kami sempat ke Mall of Asia, katanya shopping complex terbesar di Asia, emmm ye kot, agak besar.. tak habis round pun.. haha





 Selesai membeli belah.. owh tidak perjalanan masih jauh, berani ke nak membeli belah? haha aku berangkat semula ke station bas di Sampaloc tuh~ tempat menunggu bas ni ade wifi ok! walaupun nampak cam tak cyber sangat tempat ni, tapi ada wifi.. boleh check-in.. haha

Tepat jam 10.30mlm bas ni berangkat, dan tiba tepat dengan apa yang terjadual..

bersambung....

Journey to the East

Hello semua, ak baru je menghabiskan hari cuti yg aku ambik sebelum bulan puasa yang mendatang.. Motif sebenar sebab nak habiskan cuti yang ada sebelum bermula puasa.. Plan asal nak ke India tapi cancel last minute atas persiapan yang gagal dibuat. Akhirnya aku pilih philiphinne.. Dan disebabkan nak merasa naik malindoair..hehe

JHB - KUL 12.05 -1255 menggunakan B737-400, disebabkan jerebu teruk dan masalah teknikal aku terbang lambat 15mnt, dalam hati penuh dengan tawakal dan doa sebab nak kejar flight kat KLIA jam 2 pm, check In Close 1320..


Akhirnya flight tiba tepat jam 1315, ak terpaksa berlari macam gila sebab nak kejar kaunter tu sebelum tutup, memang semput habis sampai kat kaunter check in dah tutup pun. Selamatlah aku pandai buat muka seposen, jadi kakak tu kasik lalu.. Suruh lari katanya.. Memang x sanggup dah.. Haha


Jadi on that day ber lepaslah aku ke Kota Kinabalu dengan malindoair buat pertama kalinya. Not bad lah service flight ni, ade makanan free sandwich Dan mineral water je dan free skrin hiburan, erk tp earphone tak disediakan.. Kene bawak earphone sendiri atau beli dari malindo dengan harga rm15.




Layan habis masing-masing..

Teminal 1 Kota kinabalu international airport

Diaebabkan sampai pun dah lambat kat KK aktiviti kat sini cuma rehatkan diri je.. Post call somemore!!! Pitam

Dari KK airport memang takde bus unless nak jalan sampai ke lampu isyarat Dan ambik bas mini.. Tambang RM 1.50 je. Mujur Ada budak dalam van ni kami Tanya sampai suruh pakcik van ni bawa kami ke warisan square tempat ambil shuttle ke 1borneo.. 
FREE SHUTTLE TO 1BORNEO DI HADAPAN BANGUNAN WARISAN SQUARE


Tune Hotel di 1Borneo, dapatdalam harga RM39 sebilik, harus rembat sorang satu..

Suddenly we jump into Faizal tahir concert plak dalam 1borneo.. haha

Dan pada keesokan harinya aku ber angkat ke Manila.. Menggunakan ZestAir juga alliance kepada syarikat AirAsia di Philiphinne..

Perlepasan Zest Air dari terminal 2 bersama-sama dengan Airasia wokeh.



Bersambung..

Ancient civilization, Siem Reap 2.0

Just finish another trip, tapi cite yang previously pun x habes lagi, jadi layan ni dulu la k..

______________________________________

waktu malam di siem reap sangat happening, waktu siang aku jalan-jalan kat pekan ni macam x nampak orang tapi bila waktu malam penuh orang kat pekan dia, aku pun taktau mana deorang nyorok waktu siang ni.. memang banyak night market, makanan halal pun ada kene pandai cari..


crocodiale burger anyone!


Selepas merasai suasana malam di Pekan Siem Reap, kami bangun seawal 4.30am pada hari ke-2. Gelap2 lagi bermulalah misi jelajah Angkor. Basikal aku guna apa yang disediakan oleh guesthouse ni je, free of charge tapi basikal tua tanpa gear..

bilal pun tak keluar rumah lagi gie masjid.. haha AWAS jangan ikut signboard ni kalau korang
takde pass masuk lagi.

Kata nak feeling-feeling local, awal pagi gelap-gelap lagi dah mula mengayuh basikal.. berpeluh-peluh sampai kat pintu masuk Angkor wat tapi malang tak berbau, tersalah pintu masuk, sebab yang aku lalu ni takde tempat jual tiket, harus katenye kene patah balik 8 km ke pekan siem reap dan belok kiri.. apekah??

Matahari pun dah menampakkan bayangnya sikit-sikit, tapi di pondok pengawal ni ada menyediakan pakej pengalaman menunggang motor beramai-ramai. pernah naik motor sampai 2 orang duduk belakang.. haha nak sangat rasa jadi local? ambik ko.. tapi tu pun die charge USD2 per person.. Redah je asalkan aku tak patah balik 8km tu..

Tempat pembelian tiket terletak di pintu masuk satu lagi, make sure tanya orang hostel/hotel korang kalau nak start redah naik basikal macam aku. kata nak rasa jadi local, tapi orang local sini semua naik bas pelancongan, ada 3 orang malaysia gila macam kitorang je yang naik basikal tua ok! dan beberapa mat salleh tak betul cam kitorang.. tapi memang boleh dikira dengan jari, tak ramai pun yang berbasikal.. pape pun we have fun!! haha
inilah rupanya kaunter ticket tuh.. (waktu ni time balek ak singgah)
Harga pass masuk:


1 day : USD20
3 days : USD40
7 days : USD60


Kami mula menyusur masuk dengan melawat angkor wat, berada di perkarangan jambatan masuk menunggu sunrise sangat indah, tapi spot yang paling cantik adalah di bahagian tengah temple ni sebab ada air tasik sikit berlatar belakangkan angkor wat.. kitorang terlepas part ni sebab matahari betul2 dah keluar time aku smpai..








Ekspedisi jelajah angkor diteruskan dengan bergerak mengikut haluan sesuka hati sebab masing2 lupa membawa map, dan takde pun dia sediakan map dalam kawasan angkor wat ni.. selepas tu aku singgah di bayon temple pula, asalnya taknak lah masuk dalam-dalam sebab ada 2-3 temple je yang aku rasa menarik especial wat thom yang ada akar kayu besar tu, tapi aku dah mengikutkan kompas suka hati akhirnya aku termasuk area dalam lagi.



Kami bertemu dengan Kakak dari Berlin, sorry jauh ni nak patah balik dan jauh pula nak teruskan pusing satu temple. dah alang-alang aku pusing terus satu temple, siap singgah minum air kelapa.. So nice~



Aku perhatikan anak-anak kepada bussiness woman kat sini sangat excellent melatih anak-anak mereka. Ramai-ramai datang kat kitorang cakap bahse cambodia..

oo ko tak paham yer..

tetiba cakap english "where are you from?"

malayasia.. senyum kambing

ooo so u want to buy this, we sell cheap.... one two three four five - 1 dollar.. (amboi cakap english)

jap lagi satu dua tiga empat lima - 1 dollar (PITAMMMMMMM!)

tetiba lalu pula tourist cina - eik erk sang ser.. (Terbaring aku kat situ!)

triple language ok! versetile tak anak cambodia ni, so far ada aku tak beli tapi aku kasik je duit khmer kat deorang, malas nak layan.. nak ikutkan hati aku nak campak je naik atas pokok besar tuh, rimas yang amat!

Sebelum keluar dari area Angkor wat aku sempat singgah di tepi tasik yang mengelilingi main temple tuh, letak basikal terus baring dan tidur. memang nak tercabut dah kaki tangan semua.. adoi~ still got 8 km to go..

pengalaman paling gila bila balik aku kira dekat 44km mengayuh basikal.. hahaha pape pun kami puas..



the end-