ADVERTISEMENT

Fun Run 4.0 Boracay FINALE

Selepas berjalan dan lepak2 menikmati muzik acustic di tepi pantai, hari ini kita akan melakukan beberapa aktiviti air mengikut kemampuan jee. I gueas ada banyak jugak trip dia cuma kebanyakkan day tour kat sini dia ada barbeque set sekali tau, tapi yang susahnya bukan semua halal.. So kitorang ambil pakej sendiri je untuk 6 jam sewa satu boat ni kalau convert harga dalam RM 50 untuk satu boat ni, murah kan..

Laut biru dan ombak rindu..
Walaupun dekat seminggu kat Philippine aku cuma ada satu hari PENUH kat Boracay ni, jadi pilihan kene betul susunan aktiviti pun perlu teratur, selamatlah pada satu-satu harinya aku kat Boracay dikurniakan hari yang cerah dan terang dan di serikan dengan sunset lagi.. complete one day-trip..

cantik tak? macam cantik je.. macam cantik je.. lol~
Aku dah book semalam, tempat yang sama kami book ATV tuh, sebab harga dia bagi murah, pagi aku dah keluar Dari hostel, hostel ni xde menyediakan breakfast yer seperti mana yang hostel kat Manila tuh..

Malam tadi aku perhati je semua enjoy sakan sampai ke pagi, tapi bila waktu pagi sunyi sepi pasal semuanya dah pengsan kot..

Jadi aku ke supermarket dulu, beli keperluan yang patut.. Banyak je produk Malaysia Ada kat sini, pilih sajork, dan tak lupa untuk membeli roti yer, nak snorkeling kan.. Tak pulak aku jumpa product Gardenia kat Boracay, kebanyakan roti-roti kulit keras je.. memang rezeki ikan je la roti-roti ni semua.

Bot mula meninggalkan daratan white sand beach, actually korang boles je pilih mana yang nak pergi, Cuma pakej ni tak termasuk Arel point.. Ape itu?? Ntah la aku Tengok gamba je kat kedai2 tuh, terasa nak terjun free gravity.. Kalau ambil pakej ni, Kira lain sebab korang Akan ke situ keje lompat naik lompat balek.. Berserta dengan barbecue dan party Kalo x silap.. Xhabis2 dengan party yek!

beginilah rupanya boat yang kami naiki, yang tepi tu takde kene mengena dengan perjalanan kami.. haha

tetiba langit nampak gelap, fuh fuhh jangan lah hujan~


Normal pakej yang aku ambik ni dia cover crocodile island, puka beach, dan ape Ntah lagi.. Cuma lagi satu tempat yang dinamakan crystal cove island, yang memang cantik sangat sebagai option, sebab dia ade entrance fees sebanyak P20.. Dan Kawasan ni terjaga.. Cantik pun cantik,, air dia memang crystal clear sial berenang dalam cave.. Feeling Tengok cerita "the ocean" mase kecik2 dulu.. Haha sape pernah tengok?

Sunny day continued.. 







Selepas masa hampir mencemburui waktu percutian ni, kami dibawa ke gerai-gerai makan yang terletak di persisiran pantai ni.. Ada pelbagai seafood disediakan, tapi masakan pun biasa-biasa je.. cam simbah sos je dalam makanan tuh..

Bila duduk je terus berbakul-bakul datang kat depan mata.. apa yang harus korang buat? buat muka senyum kambing
sambil tepis tepis sikit tangan makcik tuh.. haha
Dalam pukul 4 tiba lah aku kembali di persisiran white sand beach ni, aktiviti seterusnya adalah cuci mata.. Teeeeeet haha

cuci cuci cuci... lol
Bersiaran dari Boracay




Tak la kitorang santai je tepi pantai tuh, sebab nak tunggu sunset.. Sebabnya kitorang dah Bayar Sekali untuk sailing.. Murah jugak benda ni, naik tak lama tapi nak jugak merasa sunset kat sini.. So sama-samalah Kita menunggu matahari berlabuh.. And the view memang amazing.. harga untuk parasailing ni tak pasti lah tapi memang murah je..




pakcik ni nyer spot je yang taknak kalah tau!


malam sudah tiba, jom sign up! haha pubcrawl~

Aktiviti malam tetap sama, duduk makan2 je.. Sampailah Semua orang ngantuk..

Another 2 hour we take to arrive in Kalibo, next is the journey home. Aku memilih untuk ambil  Philippine airline express untuk balik turun di Singapore, murah juga tiket dia.. Sebab dah last minutes kan dapat dalam RM230 Dari Manila ke Singapore.. Service dia tersangat basic yer, sebab dapat coffee/tea kacang dan biskut.. Ko kenyang?? Haha




Sebenarnya Philippine airline express ni cam anak buah company Philippine airline untuk menyediakan penerbangan tambang murah.. Sebab tuh service pun ala Kadar je.. Tapi Ada juga kebaikannya sebab aku di rescue Oleh mereka ni sebab flight dia delay Dari kalibo, terus cross runaway naik van.. Selamat tak kene lenyek dengan kapal terbang ok! 

Rescue team datang..


Dan di akhir garisan penamat ni aku di POW P550 untuk airport tax.. Sabor aje lah... Tak termasuk airport tax rupenye.. 

p/s: sambungan entry yang sangat lama ditunda.. thanks for waiting~