ADVERTISEMENT

New Year Starter : Brisbane City

Mendarat di Gold Coast airport sekitar 8.00am bertukar-tukar bas dan train barulah sampai ke Brisbane, sekitar jam 3pm~ itu pun termasuk urusan di Airport, dan menunggu pertukaran bas di Surfer paradise dan Train station.


View dari bilik.. 
Ini bukanlah kali pertama aku menginap di X-Base Backpacker~ sebab aku pernah menginap di X Base semasa backpacking ke NZ dulu. Aku pernah stay kat XBase Queenstown dan Wellington. X Base kat sini lebih kurang sama dengan Wellington sebab dia gunakan bangunan lama~ dan sekitar Brisbane pun macam banyak architecture bangunan lama yang di renovate balik.. termasuk shopping complex.
Selesai menyiapkan diri, mengemas beg, aku keluar membuat rondaan, padahal tak pernah study pun pasal Kota Brisbane.. Jalan ikut suka je sebab katanya di Central Brisbane, mungkin semuanya berdekatan.. haha
Tanpa sebarang maps aku jalan ke kiri hostel. Selang beberapa kedai aku Nampak satu bangunan lama yang tinggi, its Brisbane City Hall dan King George Square.. Ramai orang berkeliaran kat sini dan banyak juga ? Burung ke apa?





Bersebelahan dengan King Geoerge Square ni adalah Queenstreet shopping area~ apa yang menarik kat sini luaran Nampak macam kedai lama sebiji-sebiji tapi bila masuk dalam rupanya ia adalah sebuah shopping complex.. dan memang lah orang kata sini tempat shopping~ haha sebab segalanya menarik perhatian aku!




Nak tak nak? nak tak nak? 100X depan beg-beg ni
Barang rampasan di Brisbane, preparation ke GC kan~ haha







Aku jalan mengikut flow orang ramai sebab Nampak ramai orang berpusu-pusu ke bridge~ Jadi aku pun ikut dan rupanya orang di sini sibuk menyambut Aussie Day~ Jadi mereka berkumpul di South Bank~ time tengok map baru tau ni rupanya South Bank itu~ haha kawasan ni disambungkan oleh Victoria Bridge dari Queenstreet mall.. Ada pelbagai design Bridge yang ada. Tapi yang paling femes siap boleh naik adalah di Story Bridge, Bridge ni berdekatan dengan Chinatown..

Brisbane, the 3rd city.





Orang ramai kat sini ada yang sedang beriadah~ duduk-duduk atas rumput dan sekitar South Bank pun ada kawasan pantai buatan~ actually air dia pun bau chlorine juga, tapi Nampak macam pantai dan air dia bersih untuk mandi.. bukan guna air sungai Brisbane tu pun..



Man made Beach~ 

Pelangi petang~

Sebelah South Bank ini juga ada merupakan “Cultural village” ada pelbagai museum kalau korang suka bolehlah masuk~ aku rasa museum ini banyak pameran yang interactive macam museum yang pernah aku masuk kat wellington dulu.. bezanya kat sini ada fees untuk masuk~ kat Wellington semua museum dia FREE.. haha sebab tu aku tak masuk, see how cheapskate I am!!

Kat sini pun Nampak ramai golongan-golongan remaja yang dari Korea, Japan, China.. I bet because ada University kat sini~ sebab ramai sangat foreigner~ dah tak rasa macam Aussie.

Kawasan jogging & cycling area South bank

State Library pun berhadapan dengan Brisbane river, area south bank juga~ 
Berbeza dengan Malaysia, kalau nak cracking firework nak kene tunggu pukul 12~ kat sini Bila hari consider malam around 8pm macam tuh (macam lepas maghrib temanya) kira dah bermulalah sambutan Aussie days dan firework di mainkan dari South Bank~ yang paling menarik Firework atas air~ wuuuuu memang ramai sangat orang time ni~ Suka depa ni tengok firework..

Layan fireworks sekejap di atas brisbane river



Kalau perasan mana-mana city pun mesti ada Chinatown, dalam city Brisbane Chinatown terletak di Duncan st, dari tempat aku menginap pun boleh walk je, kira walking distance jugak kalau orang-orang macam aku ni, haha tapi memang tak begitu jauh sangat pun~ tapi apa pun dekat Brisbane ni pukul 5pm majority kedai dah tutup dah pun.. memang sharp yer~ panas je tengok depa ni kemas-kemas kedai jam  terus shrrruut tutup kedai~ mungkin budaya kita kat sini tak macam tuh.. 

Jadi setibanya ke Chinatown pun majority kedai semua dah tutup, dan kebanyakkan yang masih beroperasi adalah kedai-kedai makan.. orang kata nak dapat sourvenir murah boleh cari kat sini, tapi apakan daya tak berkesempatan~ tapi dalam area Queenstreet pun banyak kedai sourvenir.

Junction ke Story bridge dari Chinatown


Duncan street, Chinatown

Nowadays kedai makanan halal sangat banyak~ kebanyakkan di usaha kan oleh majority india~ Kedai Kebab pun dah macam trends kat sini, jadi makan di sini tidak begitu susah, dan kalau nak masak pun instant rice dan lauk pun banyak di jual di pasaraya.. tapi aku rasa nasi dia kering sangat lagi best tanak (masak) nasi sendiri secara manual.. 

instant rice
menu dinner: nasi goreng ikan~ haha 

TO BE CONTINUED..

8 comments:

Mie said...

Bersih dan cantik Brisbane ni, terutama bangunan klasiknya...

farel said...

Feel the story shahrule.. hehe
cantik dan mengujakan Brisbane. kat sana ada berapa musim?

shah_rule said...

PLM: betul nampak bersih.. bangunan klasik ni pun cantik pandai deorang jaga..

Farel:Brisbane pun ada 4 musim, tapi rasanya kalau winter pun tak ada salji kat sini, tapi temperature tu boleh jatuh jugak la. even summer tapi tak rasa panas sangat pun.

NEKCIK said...

dapat jugak tumpang tengok gambo Brisbane!!

Farikica said...

Last2 belik x bag tu...?

shah_rule said...

nekchik: xpe nekchik, free of charge.. cume bayar bil eletrik je..haha

Farikica: last2 tak beli, bile balek malaysia tgk pic ni rase nyesal plak.. dah lame beringinkan beg katmandhu, haha

Iris Jasmine said...

waaa bestnya boleh study sambil jalan-jalan tengok negara orang. cantikkk sangat tempat mereka. *o*

Naramas Aman said...

Cantik !!!