ADVERTISEMENT

New Year Starter : Gold coast -Brisbane

Actually trip kali ni pehuh harapan untuk balik semula menjenguk New Zealand memandangkan route AAX dah lama ditutup, Jadi jalan alternatif yang ada hanyalah menyambung route dari Oz, so dapatlah harga tiket murah..

Disebabkan cuti yang tak pasti, aku tak dapat nak buat penempahan awal, jadi terimalah trip yang seadanya, sekitar Gold coast, nak panjangkan kaki ke Melbourne pun tak dapat disebabkan harga tiket yang melonjak naik.. sehari sebelum ko nak Depart baru nak cari tiket.. susah lah~

So trip bermula dari johor bahru seawal 6pm.. walaupun flight jam 1020pm tapi harus diingatkan dugaan besar yang boleh melanda di tambak johor terutama waktu orang mula pulang bekerja, jadi perlu bertolak awal... Kali ini aku naik bas terus ke Bugis lalu menukar ke MRT untuk ke Changi, sebab kekerapan bus JB-Changi sangat terhad, dari duduk tunggu silap2 takde, baik aku redah je~


Perjalanan bergerak lancar, cuma sedikit kesesakan traffic, tapi aku berjaya sampai ke Changi Airport jam 820pm.. setelah selesai check-in dan melalui imigresen airport, aku bercadang mengalas perut sedikit, tapi baru nak berlabuh duduk, tengok boarding time jam 925pm, ape ke hei cepat sangat, jadi terus bergegas ke pintu gate, memang kelihatan rata-rata dah boarding, flight Boeing 777, mana tak ramai orang nak boarding kan, jadi aku tengok lancar je boarding dia, so aku pun terus masuk sekali.. flight malam tersebut dalam 90% occupied, sangat impress.


Macam dah kosong Departure hall dia.. 
Perjalanan mengambil masa 7jam 20 minit, selamat aku ada download movie sikit dalam ipad, jadi dapatlah layan beberapa cerita movie dan tidur.. zzz tetiba perut lapar dan aku terpaksa beli biscuit dan soft drink untuk kekalkan hydration and alas perut sikit... aku tak sempat nak book pre meal sbb yang sama, aku tak confirm fly sebelum ini, dan untuk flyscoot adjustment pre meal or luggage kene buat sebelum 48hours sebelum penerbangan

Some Scoot experience to be shared:

Alas perut di malam hari. diet coke berserta biscuit dan cheese~ haha
Sebab aku takde order online

Ruang kaki pun luas, seat ni selesa..tapi masa pergi seat lain, nipis..
Monitor kat depan tuh. cuma hiasan, perkhidmatan sewa ipad ada disediakan.
 aku rasa company ni belum tukar seat dia lagi sebab fligt ni dapat flight dari Singapore Airline, yang ni belum renew lagi interior dia. 
Ini set yang tersedia ada, every meal with set (come with drinks and Pringles) will cost you SGD18
Kalau book online premium meal SGD24 siap dessert ice-cream bagai..
Aku mendarat di Gold coast airport seperti yang dijadualkan, selamat aku dekat dengan pintu belakang almaklumlah airport kat sini lebih kurang dengan airport LCCT, jadi turun tangga kat belakang cepat-cepat beratur kat imigresen untuk cop passport, salinan visa tidak diperlukan tapi aku bawa je in-case depa gatai nak tengok kan.
Hujan teruk agaknya pagi tu.. 
kebetulan pesawat AAX pun baru juga sampai, selamat aku dah lari dulu, 2 flight besar ni aku rase ada 500 orang beratur ni, selamat cepat...

So far imigresen and custom ok je, walaupun aku bawa roti, tuna, maggi semuanya lepas.. cuma beratur sekejap untuk check, dia just passing through xray je.. xde selongkar pun.. deorang sini straight sikit bila pasal barang berkenaan dengan makanan..

Jadi ini adalah kali ke-2 aku di Gold coast selepas trip 2 tahun lepas so aku agak familiar sedikit, aku terus ke kaunter shuttle untuk membeli Gocard, sebabnya aku akam banyak menggunakan perkhidmatan public transport, dan dengan Gocard, korang akan dapat berjimat..

GoCard boleh dapatkan disini.. dan time refund deposit pun boleh dibuat disini waktu balik nanti


Deposit adalah AUD10, dan baki semua boleh refund di saat akhir nanti..


Perjalanan diteruskan dengan bus no777, ke surfer paradise dan dari sini aku ke Nerang station untuk mengambil train ke Brisbane.. sistem train baru sahaja di perbaharui di mana train berhenti di station tertentu shaja, di upgrade kiranya express train la ni, tapi most station dalam kawasan Brisbane dia akan berhenti.. Dan perkhidmatan wifi tersedia, hanya valid untuk 30 minit untuk setiap devices.

Surfer Paradise bus station

Nerang train station


Wifi available

Harga tambang berubah-ubah bergantung kepada kekerapan penggunaan, jadi apa yang kena caj adalah;

GC airport - Surfer paradise ($3.40) Bus no 777
Surfer paradise - Nerang station ($3.60) Bus no 740
Train : Nerang station - central Brisbane ($6.68)

Setelah tiba di station central, aku hanya perlu berjalan kaki sahaja ke  hostel, sebab lokasinya hanya berhadapan Central station.

From central Brisbane Station.. Depan tu je hostel~

Aku memilih untuk tinggal di X Base Backpacker Brisbane, mengimbau kembali hostel XBase yang pernah aku duduk time kat NZ dulu.. memories~ ooo kenapa aku memilih tinggal kat XBase berbanding hostel lain adalah kat Base ade wifi percuma yang boleh di access di common area, yang lain semua kene beli melalui globalgossip dan sebagainya..


TO BE CONTINUED...

10 comments:

marikosan said...

flyscoot seat looks comfy. maybe as u said taken from SIA. better than jetstar/AA kot eh?
so foodwise kene pre-order or bwk sendiri if not mknla mcm ape u mkn tu hehe. tq for the reviews

Ren said...

Hamboih pringles tu nampak sedap la.

farel said...

wow bestnyer macam balik kg jer! ye dak Shahrule.... hehehe

shah_rule said...

marikosan: pre order food tu siap ade signature food from various country, meaning setiap country lain2 die nyer meal.. dan meriah la sbb rase cam premium airline punye meal.

Ren: beli je kat tesco, dapat yang besar lagi kot kalo berbanding harge dalam flight..haha

Farel: haha kalau survey property kat GC cam lagi murah dan best kalo banding dengan property kt JB yang maha mahal.. pindah sane la~ haha

Farikica said...

Hi Shah..

To be honest, I'm also one of the thousands people who mourned for the NZ route's termination... Huahahahaha... Kalu ku tahu begitu jadiknya, i better booked my tickets to NZ dulu baru ke GC hari tu... nasik dah jadi bubur...Anyway, comel la scoot punya pesawat... So, overall berapa star bg kat airline ni? recommendable?

Anash said...

haish...
marah nih
asyik bejalan jee....
err..
tu pesakit panggil tu


*larik...*

shah_rule said...

farikisha: haha betul tu sume orang marah sangat pasal closure of that route. satu2 cara utk ke NZ yg paling murah.. dah xde~ airline ni lebih kurang jugak mcm AAX, flight lama, agak banyak experience turbelence. tapi so far ok je, management quite good. i giv 4 star.. lol

kak anash: haha lari la lari... !

NEKCIK said...

Tiketnya murah ke ...nekcik haritu tak sempat ronda brisbane sbb flight delayed 3 jam ..tiger airways dari syd..landing terus kna ambik train GC!! takde rejeki

shah_rule said...

ticket g GC boleh la murah kot.. airasia promo pun tak sampai harge tuh..

oo mesti nyesal turun brisbane, buang duit je kt train tu.. kan

dah la mahal..tapi nekchik boleh tick dah kat map tang Brisbane tu. sbb dah landing kat situ.. haha

Nh wany said...

Salam bro,boleh ke klu kita org mlaysia naik flight dri singapore?i mean Australia punya visa mcm mne?perlu ke stay sgpore masa nak apply visa..harap membantu..terima kasih bro:)