ADVERTISEMENT

mY sTory iS oN LiFEtimes: Another themepark Hopping~ Gold coast

trip Themepark hopping continue:

since dah beli tiket yang campur sekali 3 themepark jadi hari ke-esok-kan nya aku pergi ke SeaWorld themepark, kat sini themepark berunsurkan ocean character dan kartun termasuk spongebob.. PLUS ada ride dalam ni, tuh yang aku nak pergi tuh..

Dalam 3 themepark ni aku tidak berkesempatan untuk ke Wild & Wet Waterpark, sebab malas nak mandi-mandi.. tapi dari kejauhan aku tak nafikan yang themepark tersebut nampak best gila~ Next time la kott.

So seawal 9am aku keluar dari hostel menapak ke station bas, kali ni aku bercadang ke Habourtown dulu dan kemudian baru ke Seaworld sebab dari Harbourtown tersedia bas ke Seaworld. So senang macam one-way gituh.

Habourtown merupakan tempat membeli belah, actually tak jauh beza dengan mana-mana factory outlet yang memberi potongan harga tahap gila.. haha macam JPO (Johor Premium Outlet) juga~ aku datang pun sekadar mencuci mata dan memerahkan mata sahaja~ jam Ted Baker AUD99??? Nak?





Untuk ke Seaworld bas 704 boleh di ambil di hadapan station Habourfront.. 


Setiba di station bus seaworld, agak jauh nak menapak sebenarnya.. haha pasrah.



Seaworld ni kawasan dia agak besar, banyak hidupan akuatik yang jarang dijumpai diletak disini.. dan hidupan seperti spongbob dan rakan2 pun ada.. LoL






Ada 3 rides yang ada kat sini, storm roller coaster adalah benda yang tak sabar untuk aku naik, dari jauh nampak poster dia aku dah rasa debaran, que pun tak panjang kat sini, tapi selama aku naik benda ni 80% perjalanan penuh dengan maki hamun sebab unexpected kene splash air yang ntah dari mana.. dan last sekali ada letupan pula ter-splash sampai lencun.. gila best.. 

Nak kering? cuma perlu berpindah ke another rides, haha sebab kat sebelah dia ada Jet skit Rescue, benda tu super laju ok. tetiba baju dah dekat nak kering.. naik la 10 kali insyaallah kering terus.. haha







Selain tuh aku jalan-jalan menyaksikan haiwan-haiwan yang comel-comel ini~ dan ikutilah show yang ada dalam jadual.. 






 Pada sebelah petang pula aku berkesempatan menaiki skypoint, tiket masuk berharga AUD24/pax, kat atas tu boleh la kalau nak minum coffee or tea, tapi extra charge laa.. hehe terdapat juga package yang include dinner, lunch or breakfast di skypoint ini.. cuma harganya berbeza.



Cukuplah sekadar naik ke tingkat 77 menikmati pemandangan alam ciptaan Ilahi ni, begitu luas lautan tasmania yang bersambung lautan pasifik di belah timur gold coast..










Di atas skypoint ni pun terdapat mini theater, ada sedikit national geographic yang mengupas asal usul dan sejarah Gold Coast, dari mula ditubuhkan dan hasilnya sekarang~ Free jee..~

4 comments:

mrs.smile said...

subhanallah cantiknya permandangan dari skypoint tu..

shah_rule said...

masa saya naik ni hari tak beberapa cerah.. tapi sbb banyak skyscrapper kot, terus nampak macam cantik, lagipun semua bangunan tersusun..

NEKCIK said...

lama benor nekcik tak sinhgah..sebab tenet lemah gemalai....jauh tertinggal keteapi..

marzalina ghazali said...

Hai..saya nak tanya kalau nak ke harbourtown dari surfer paradise tu naik bas no brp??naik Ditempat yang sama dengan bas ke movie world ke?
Setakat nie maklumat dalam page ni sedikit sebanyak diharap dapat membantu saya dalam perjalanan nanti..insyaAllah.tq��