ADVERTISEMENT

New Year Starter : back to Gold Coast

Akhirnya tamatlah dua malam di Brisbane , Jadi seawall pagi dalam pukul 8am aku dah checl out dan keluar dari hostel, keadaan pagi kat sini sangat cepat, pukul 5am hari dah terang~ nak subuh kene pukul 430am macam tuh~


Jadi aku kembali menapak ke Cenrtal Station, menggunakan train yang sama untuk ke Nerang station~ Perjalanan dalam 40 minutes dan Ka-Ching AUD9 di tolak dari GoCard.. terbeliak juga mata aku tengok screen tuh.. haha



Di sini aku ambil bas ke Surfer Paradise, bila turun tengok-tengok caj AUD 0.00, semakin banyak guna semakin jimat temanya kalau pakai GoCard nie~

Bus 740 from Nerang.
Kali ini adalah kali ke-2 aku sampai ke Gold Coast, 2 tahun lepas aku pernah menginap di Broadbeach, tuh pun couchsurfing.. dan aku pernah stay kat Surfer paradise ni, jadi aku pilih hostel yang sama sebab hostel ni berdekatan dengan centre.

Aku memilih menginap di Backpacker in Paradise, walaupun dah 2 tahun tak banyak benda berubah.. rasa seronok balik ke tempat yang sama, walaupun sampai awal pagi tuh, aku di beri check-in awal dan bilik pun dapat upgrade secara percuma.. best kan~

Aku habis kan selama 3 malam di Gold Coast sebelum bertolak balik. Aim kali ni kepada aktiviti yang tak sempat aku buat 2 tahun lepas~ pastinya theme park dan observatory deck tower kat Gold coast ini.

Pada hari pertama aku kat Gold coast, aku masih familiar dengan setiap jalan kat sini, tapi first day tak perlu bergopoh gapah~ aku banyak habiskan masa kat Hostel, dan sekitar surfer paradise centre sahaja. Beli barang-barang dapur, masak, makan dan sebagainya~


Pantai? Hmm panas lah dan aku tak rasa nak balik bekerja dengan muka mengulupas dan tanned~ so aku banyak habiskan masa di bawah bumbung.. ombak memang dahsyat kat surfer paradise~ tengok dari jauh sahaja.

Langit yang cerah

Ombak pun tak ingah!!

Dont feed the bird.. 
 Hari berikutnya di Gold Coast aku ke movieworld~ ada 2 company yang uruskan theme park kat Gold Coast, jadi kalau beli ticket sentiasa dalam bentuk pakej, boleh dapat lagi murah. reference

Pengangkutan awam memang sangat mudah di sini, kekerapan pun agak tinggi. Aku mulakan thempark trip dengan melawat Warner Bros movie world dulu. Excited nak jumpa hero kegemaran kata kan, semangat siap bawak kasuk lagi dari Malaysia.. haha



Sambil breakfast, nasi goreng .... asal boleh~
Dari Surfer Paradise aku ambil bas TX3, bas ini akan terus ke kawasan theme park sebab area sebelah highway ni memang terletaknya Wet & wild waterpark dan Movieworld.. Perjalanan mengambil masa 15-20 minutes, 
Tunggu bas di sini, Surfer paradise bus station
Nak kata jadi kanak-kanak dalam waktu sehari ni, memang terkejar-kejar sini sana dalam tu~ haha lagipun themepark ni tutup pukul 5pm, jadi make sure plan masa tu bebaik~ walaupun bukan public holiday tapi themepark ni penuh je.. bila aku pikir2 balik dah sah2 orang dating Gold Coast untuk bercuti, so what! Memang semua orang tengah cuti laa..

Tak lah ramai beratur macam aku pergit themepark kat korea dulu.. just nice~
Aku mulakan sesi terjah dengan menonton filem 4D, abam The Rock berlakon, citer bukan animasi kartun, so effect atau kesan 3D dan 4D dia ala kadar je~ tapi takpe, baru warm-up je.


Sekali tengok studio car stunt tuh macam tak banyak je show dia, so aku pass dulu sign tersebut, terus ke Scooby doo yang berdekatan, agak panajng orang que, tapi tak lah sapai sejam.. benda yang pantang aku naik roller coaster adalah roller coaster versi reverse kebelakang.. Its happen in Scooby doo..macam &^%%&^*& ..!



Sekali lagi aku pass dari menunggu di hadapan pintu stunt studio tuh sebab Nampak kereta batman dating.. OMG, sapa yang ada di depan aku akan ku tendang! Haha 




Sekembali aku ke hadapan pintu stunt studio tuh, one of the worker dah siap angkat sign NOW SHOWING tersebut, pe ke hei… Last show pukul 1pm.. WTF~ melepas!!!!!!!!!!!! Padahal tutup pukul 5 kot~ moral of the story time management kene betul walau dimana anda berada.. tak kira lah dalam dunia movie seperti ini, berakhir duka jua~ cewah! Haha


 ronda-ronda berterusan...

Show bersepah, cuma terpulang nak tengok ke tak~ haha



Its OK its OK, perut dah minta di isi.. ada 2 kedai yang aku google dan menurut sumber ianya halal.. satu adalah burger shop bersebelahan Justice Palace, burger depa Nampak sedap dan gemok.. tapi aku ke Rick’s CafĂ© Anerican, kedai ni halal, makan buffet pizza sampai muntah.. haha aku memang GILA pizza.. per habeh segala lemak aku bawak balik.. haha makan kat sini AUD19.. lepas makan kalau lapar boleh datang balik..





Perut kenyang maka bermulalah sesi ber-roller coaster.. teringat team travelholicawesome kat USS dulu.. hish best ni kalo tarik korang bersama.. betul cakap Biqque rollercoaster superman tuh memang laju sampai aku rasa naik kapal terbang nak take off tak berbumbung.. mata pun tak leh bukak sebab laju dia..





Superhero geeks.. ek aku sekali termasuk! Lol. Besides banyak juga character superhero dalam ni, kalau korang nak ambil gambar, deorang ni suka duduk kat area-area lorong yang sunyi.. cari je sure jumpa.. 

Batman: where are u from?
me: Malaysia..
Batman : nice shoes, bagusss bagussss..

Bagus meeh~ haha



Satu lagi rollercoaster adalah rollercoaster yang kaki tergantung, yang kat sini part pusing ni sampai double triple sekali, mak aih pening.. tapi sebab themepark ni agak lama..seat sekali trip dia tak ramai, jadi que agak lambat sedikit.
Ok lah penat duduk bercerita pasal themepark.. layan je gambar, dan akan ku sambung dengan segera ya..! 





 Sebelum penutupan majlis, ek silap! penutupan pintu gates, cam biasa lah ada parade.. cuma takde bunga api je.. huh demand yer! jadi seronoklah depa berjalan-jalan ala catwalk, especially catwoman.. uuu



Till then...

5 comments:

Chawanna Na said...

Hahahah best!

Nanti nk repeat bawak Aqilah plak..aku nk ikat dia kat roaller coaster Superman tu..hew hew hew

shah_rule said...

wah extra care gile-gile nyer siap tambah ikatan. gigih mak die! btw lame tak jumpe aqilah, mesti dah bising bercakap dah kn!

Time Traveller said...

Ini lah blog Tuan Yang Terhormat Shahrul.. Salam berkunjung kesini..
Mana gambar batman kene sepak? tak de ker? hahahaa.. ok time management kene betul kan .. akan ingat jika ada rezeki ke sana :D

shah_rule said...

terima kasih kerana berkunjung disini ya ustaz..

mane de nak sepak batman, tak takut kene sepak dengan die? ade terpelanting 2m kot..

haha

The Travelling 3o said...

Awesome!! Hujung tahun ni nak pegi dgn parents. xdpt sgt la nak themepark. Kena cari leisure activities ni. btw kalau ada masa singgah la jenguk travel blog saya di thetravelling3o.com