ADVERTISEMENT

Day 1 : The Great Outdoor : Royal Belum Adventure

Sambungan sebelum ini <Click here>

Permukaan tasik nampak tenang, houseboat mula berlabuh dari Jeti Awam Pulau Banding dekat jam 2 petang. Tamat sesi briefing bersepah lah masing-masing ada turun bawah, duduk atas, terjah toilet dan sebagainya.. Mesti menyesal owner ni bawak all TA & friends sebab semua benda deorang geledah..
but overall houseboat memang selesa, toilet bersih dan selesa..


Drama diteruskan lagi dengan menyinggah  di Raflesia Rafflesia X-ray (double 'F' rupenye eja nama bunga tu).. Bila dengar X-ray terus nak menyorok belakang baju besi, sebab kat hospital bila radiographer jerit "Dr, X-ray shooting" berlari kami lari menyorokkan diri sebab dah banyak sangat radiation kene kat badan ni.. So kat sini ada radiation?


X
Bunga rafflesia ni di fahamkan mengambil kitaran 9 bulan untuk tumbuh semula, nasib tak menyebelahi kami sebaik tiba naik ke kawasan yang disebut-sebutkan itu.. kesemua bunga rafflesia dah layu dan mati.. terus keluarkan phone book Airasia ke kinabalu.. tapi lupa plak takde line 3G..



Tolong sikit, ni bukan kubis ye kawan kawan
hahaha
 Walau apa pun kami semua tetap "enjoy" dengan pengalaman mendaki bukit semput ini, bermacam perangai baik dari penganjur dan juga pesertanya tak kira yang cilik dan yang besar. 










Selepas meninggalkan tempat x-ray ni, kite pergi ke Ultrasound pula, haha area yang safe and sound pula namanya Kampung Aman damai.. Perjalanan dari persinggahan rafflesia tersebut ke kampung aman damai mengambil masa lebih kurang sejam.. Jadi masing-masing layan borak, berangan, dan ada juga yang layan lentoq (anak sapa la tuh)

erk mata saya kecik bukan bermakna saya mengantuk
Perjalanan ke Kampung Aman Damai akan melalui di hadapan kem tentera di kawasan tasik temenggung ini, jadi segala rakaman kamera atau video amatlah dilarang sama sekali, bukan sebab tempat ini cantik..tapi ye lah National secrets~ AWAS setiap muka akan diteropong oleh mereka ye, jangan cakap mereka tak nampak..

Dalam duduk kami lambai-lambai ke kem tentera tersebut:

Some says: lambai.. lambai..
Some says: ekh boleh lambai ke? serious?
Some says: ek dia lambai jugak lah tuh, ok lambai jee lambai..
Some says: ok buat muka tourist semua ~ annyeonghaseyo..

Dengan gembiranya kami melepasi post pengawal deorang dalam 3/4 badan kapal dah lepas kawasan post (wah detail betul ni) tetiba kene panggil patah balik.. pastu semua stress tetiba,

Some says: eh dia tak kasi lambai ke sebenarnya...

Aku pun duduk berdebar siapalah yang gatal tangan ambik gambar ni, jadi wakil dari pihak penganjur turun menggunakan boat yang ada ke post tentera, dan rupanya mereka hanya nak minta pass/permit lawatan kami.. semua itu diuruskan oleh penganjur, so dont worry.. Drama kan~ kan kan..


Aqilah: ok mama dah tidur, i'm freeee...! 


Akhirnya kami menghampiri Kampung Aman Jaya Kampung Aman Damai.. Penduduk di sini adalah kaum orang asli jahai, mereka di bawa keluar dari kawasan asalnya yang lebih jauh di pelusuk dalaman.. dan di sini banyak disediakan kemudahan untuk mereka..





Seperti yang dijanjikan kami bertemu dan beramas beramah mesra dengan mereka di sini, sambil memberi sedikit sumbangan, cukuplah untuk menghiburkan hati mereka.

Layan gambar je lah, taknak comment panjang nanti menangis~ (padehal takde idea nak tulis apa~)



Agaknya bebudak zaman sekarang main lagi tak permainan ni??? "galah panjang"
Sesi selfie~
 




 Sekali lagi kami menyusuri tasik temengung ke Kg Sungai Tiang, sebenarnya kat sini terletaknya rumah penginapan tapi disebabkan ahli jemaah yang ramai maka kepada mereka yang sudah berkeluarga dan wanita di beri keutamaan untuk tidur di chalet yang terdapat di situ.. tapi disebabkan masalah bekalan tenaga elektrik dari generator, maka semua end-up dengan berkongsi houseboat untuk malam tersebut~


Houseboat park kat bawah tu~
Sebelum hari yang penuh drama ini berlabuh, kami sempat terjun ke tasik.. Air tasik tenang, suam-suam je rasa.. dan bila naik atas houseboat dah boleh get ready for dinner~ thanks kepada warga dapur yang menyediakan makanan yang lazat dan sedap..

Sunset tak nampak pun, tapi ada kelibat cahaya oren.

BBQ kambing

Sesi diteruskan dengan ice-breaking session dan sedikit taklimat mengenai Royal Belum, mungkin En Hisham rasa semua info boleh kami kaitkan dan masukkan ke blog untuk entry ke Belum ini, tapi tak ada sesiapa yang keluarkan kertas dan salin.. haha tapi sangat informative.. dan sebaik habis sesi ilmu tu mereka beralih ke sesi kelas photography... zzzzzzz aku terus tidur sebaik dapat bantal dan selimut..~

to #royalbelummomment yang lain:

hangdhamin Chawanna TimeTraveller Janggeltrekkers Life Living to explore  Zaraab & FF Coco Nutz Traveller's Anatomy KakiJalan ,This Is Our La La Land  Globetrotter,Pengembara Tumpangan 

11 comments:

Hang Dhamin said...

part depan camp army masih segar di ingatan . mati 2 aku lmbai ingt tu penduduk kampung ! hahaha. kalau kene tahan jgn lupe jenguk aku kat belum haha.

tetiba annyohesayo tu yg x tahan !

Iza Hyun J @ paE said...

Sempat jugak hapdate blog.. ingat blog dalam hati jer.. huhuhu..

mrs.smile said...

memang doktor sejati nie..dari xray ke ultrasound..walaupun dalam hutan masih tak meninggalkan kerjaya gitu :)

Anash said...

pesal la updet laju2? akak baru citer kisah bunga...shahrul dah masuk makan malam?



INI TIDAK ADIL!!!!!

#campak pinggan dalam guni beras pastu tak basuh tangan#

shah_rule said...

HD: yela sibuk sangat lambai melambai, tak nampak die ade teropong.. zoom muka sorang2..dengar annyohesayo tp muka suam suam korea je.. haha

paE: sempat la sebab idea datang mencurah2 sbb duduk bace blog korang.. haha

mrs smile: haha pasal die guna name x-ray dalam hutan ni.. knape ntah~ lupe nak tanye.

Kak Anash: saya nak cepat smpaikan part tidoo tuh, di akhir skali.. haha

#tarik selimut sambil tutup lampu meja tepi katil. (panjang pulak)

Ren said...

Tak bleh blah ko masukkan unsur2 dalam bilik Xray kat hutan belum ni kan...

Part depan kem askar tu memang mati2 aku ingat sebenarnya tak boleh lambai tangan kan...

Naramas Aman said...

Ha ha X-ray and Ultrasound dalam hutan Belum. Canggih tu.

Kenapa agaknya Raffelisia tu layu? Adakah sebab ia dah tua? Atau cuaca panas?

Berlainan sangat kampung Orang Asli yang saya pergi di Kampong Semelur, Tasik Banding, Lembah Belum dengan di Aman Damai. Rumah-rumahnya juga jauh berbeza. Penampilan kanak-kanaknya juga berbeza. Saya rasa Dr Shahrule dan geng tentu dapat menimba ilmu yang banyak.

Ely Hasrul said...

doc, tensi tau ada pembelajaran xray bagai..

napa tak tunjuk muka baby tuh? yang tak pakai spek... sapa punya gambo la tuh.. hehehehe...

Lily Riani said...

bab lambai tuh mmg panic kan tetiba... suspense giler.

Khalid Kyle said...

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H
Cantik lah semua pics dlm entry ni, boleh saya tau ambil guna kamera apa, effect tu guna lightroom ka, preset apa ya

Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak :)

The Travelling 3o said...

Bestnya pengalaman ni. Galah panjang tu memang teringat blk zaman awal2 uni dulu. hehe

Thank you for all the info. Boleh jd rujukan ni nnt kalau pegi jepun. X pernah sampai lg.

btw kami 3 sekawan baru je launch travel blog. Kalau ada masa, singgahla, boleh tinggalkan komen dan feedback ;) blog kami www.thetravelling3o.com kalau dpt exchange link pun ok. 1st entry kami psl backpacking di New Zealand.

Terima kasih ;)