ADVERTISEMENT

Intro : The Great Outdoor : Royal Belum Adventure

HeLLo...

I'm back in track, kebelakangan ni takde mood update blog sebab something goes wrong with blogspot feeder, so post yang baru update tak di-update-kan pun kat any refferal site, terus membuatkan blog berlalang dan bersawang~ 

After i google it, i found the solution.. memang ramai blogger yang berkongsi masalah ini.. 

Sekian melaporkan..

_____________________________________________________________________________

So i will just start dengan trip terbaru aku bersama-sama dengan blogger-blogger tersohor tanah air pada hujung minggu yang lepas. Kali ini trip bersama travelholicawesome & Friends~ 

Walaupun nama aku ada tersenarai dalam traelholicawesome ini, sebenarnya aku pun lama dah tak hang-out atau pun travel bersama setelah 2 tahun meninggalkan KL, apabila mula berkhidmat demi rakyat jelata di JB..  muahahaha Jadi hi semua, salam perkenalan lagi sekali~ 

Selain daripada geng travelholicawesome ini, we meets a new friends~ another blogger tersohor tanah air yang lain termasuk lah:

http://timetravelafif.blogspot.com/

right to left: 1. Videomaker Hang Dhamin in action, 2. Pasangan bahagia merangkap abg senior skolah  Fadzly & Zara,
3. die-hard fan k-pop malaysia tersohor : Pae, dan 4. Seorang periang dan gembira ustaz Afif (nampak "NUR" terlebih)

Macam biasa disebabkan "long working hours" bak kata Ely, aku hanya dapat tidur 2 jam setelah berkerja dari 8am hinggalah 10am keesokkan hari nya~ meradang juga aku bila dapat patient purposely datang nak minta MC di pagi hari Jumaat tersebut, memang zaaasss kene sembur~ haha

After sleeping almost 2 hours then extra 1/2 hours time khutbah jumaat, aku pun terus bergerak ke Putrajaya, plan nya, aku akan dipungut oleh kak Anash dan untuk memudahkan mapping kak anash jadi aku terus ke putrajaya untuk meletakkan kereta di situ..


bagi mendapatkan "nur" di sepanjang perjalanan nanti..amin

Aku sampai agak awal dalam jam 5pm~ jadi sempatlah menziarah rakan-rakan di putrajaya sementara menunggu kak anash tiba jam 7pm.

Tapi malangnya aku gagal untuk navigate rumah Janggel, aku pula hanya mengikut arah panduan GPS dari whatsapp yang telah di-shared oleh janggel.. alamatnya jauh ke pelusuk sepang aku tersesat~ dan setelah 2-3 map yang turut di-share kan, aku berjaya menemui rumah beliau..

Sekitar jam 7pm camtu kami bergerak memasuki lebuhraya menghala ke hentian rawang.. kene refuel coffee kat starbuck dulu temanya..

here we go..
*pastikan anak-anak anda cukup - kata Ely
(Gambar ikhsan yang di share di whatsapp)

Meet up with almost everyone kat sini, first time jumpa Fadzly & Zara.. borak punya borak, actually he is my super super senior, masa aku form 1 dan dia dah upper 6 dah kat sekolah aku~ waaaa Helloo Senior!

Dan pertemuan buat kali pertama dengan Hang Dhamin & Afif..

Disebabkan area hentian Rawang ini tersangat sesak weOls made another stop di Hentian Tapah, jadi dapatlah makan makanan yang telah dibawa oleh Afif~ Boleh siap prepare makanan lagi.. di tambah kek yang di bawa oleh kak Anash~

Jadi setelah perut kenyang perjalanan di teruskan ke Ipoh.. sempat lagi singgah makan di dataran Ipoh. Terpaksa lah makan tengah-tengah malam ni selain Nasi goreng yang Afif bawak aku cuma sempat sarapan kuihmuih je pagi tuh.

Dan seterusnya ke perkarangan rumah family Chawanna di Ipoh.. aku adalah makhluk yang paling happy sekali sebab at last aku dapat tidur dengan selesa dan nyenyak... di tambah pula breakfast yang lazat termasuk lah kuih badak dan kasuwi yang menjadi topik hangat diperkatakan di kemudian hari.. haha
Terima kasih untuk hospitali yang telah di beri kepada warga TA & Friends.. Owh untuk pertama kali juga aku bertemu dengan Pae yang baru sahaja tiba dari JB..

crew sarapan pagi.. haha ade ke?
(Gambar ikhsan yang di share di whatsapp)
Flag off dari Ipoh dan dalam 3 jam perjalanan serta pelbagai drama dan emosi~ kami tiba di perkarangan jeti Pulau Bading, Gerik. Kali ini kami semua akan mendiami houseboat dan meneroka kawasan Taman Negeri, Royal Belum, Gerik, Perak. Tasik yang mengelilingi kawasan hutan ini adalah tasik temengung merupakan antara tasik buatan yang terdapat di negara kita.

seronok tak? seronok tak?
(Gambar ikhsan yang di share di whatsapp)

Keseluruhan trip kali ini dikenakan bayaran Rm150/pax, merangkumi penginapan, makanan dan pengalaman yang jarang di dapati. Trip kali ini telah dianjurkan oleh Belum Outdoor Adventures, mereka lah menjemput para blogger seperti TA & Friends.. Walaupun ada juga houseboat company lain tapi khabarnya yang ni paling murah setelah beberapa ahli jawatankuasa (merapu la aku ni) membuat survey ke Belum.. Bersesuailah dengan prinsip hidup "backpacker" "cheapskate" "travel cheap" "everyone can discover belum" tuu.. muahahaha

Sampai di kawasan jeti, terasa lapar balik sebab tengok semua tengah makan, dan ayam goreng kelihatan lazat pulak tuh, zass mencekik buat kali ke-2 untuk hari ini dan di khabarkan takde lunch on boat.. haha tapau la isi terus dalam perut.

jambatan yang menyambungkan Pulau Bading.






Sementara menunggu beberapa peserta yang belum tiba, kami di-briefing dulu oleh En Hisham, selaku guide kami di atas houseboat ni~ Houseboat ni sangat selesa, konsep open-air gituh~ dan tidur lah mana ko rasa boleh tidur.. Aku sebenarnya first time jumpa benda ni kat Malaysia jadi agak kagum dan "jakun" sikit.. Tapi houseboat ni kelihatan seakan boat di Halong bay, Vietnam.. konsep tidur atas boat dan lompat ke dalam tasik lebih kurang sama juga dengan konsep di Halong... yes semuanya kita ada di Malaysia.. #visitmalaysia2014


Briefing by Mr Hisham buka icam.. 
Yang baju hijau barulah icam sebenar.. 
Merekalah kaki jalan, kaki pose, kaki bergambar, kaki ambik gambar.. 

Now the houseboat departing..

Till then~



24 comments:

Dede Ruslan said...

sepertinya saya melihat ada kakak lily :)

shah_rule said...

ya Dede, kakak lily on board..
salam perkenalan ya, terima kasih kerana singgah di sini :-)

Dede Ruslan said...

kemarin sewaktu ke kl bertemu beliau, jika bertemu salam yaa untuk kakak lily :)

shah_rule said...

insyaallah Dede..

Naramas Aman said...

Nyesal tak ikut hu hu hu...Tp saya ada versi saya sendiri..jangan lupa singgah blog saya ye...

shah_rule said...

kak naramas; tuh la, kalo kak naramas join brtambah lagi kenalan baru.. insyaallah mungkin dapat jumpa satu hari nanti..

Chawanna Na said...

Femes kuih mak aku, setiap blog ade mention hahahaha...

Hang Dhamin said...

Shahrul : muka ustad kemain penuh nur. muka aku kelam seribu bahasa.

lawak wei selfie tu ! hahahahha monopod detected. hahahha smpi keluar kereta nak nmpk effect bergaya hahah. sampai skang gelak.

shah_rule said...

chawanna: bukan saje femes, malah sedap~ haha ntah la weh melekat plak name kuih kasuwi tuh.. haha

HD: satu kereta gila selfie, pantang ade kamera standby.. haha

Farah said...

your photos are the best! which camera are you using yeah? :))

x, Farah

Ely Hasrul said...

cane la muka org yg geli2 dtg mintak mc? xleh ke pura2 sakit? hihihihi

Nasik lemak n kuih mak Na mmg terbaek, besh penginapan kat Taman Anda. Tak sangka akhirnye kita dpt jumpa balik.. after 2years plus, pasni ukur ikut umur suci.. hihihi

Ren said...

Sempat jugak singgah di Masjid Besi... patutlah perjalanan diberkati penuh nurrrr katanya ahahah.

teringat kat kuih Kasuei.

Lily Riani said...

sesat barat gitew tuh ha... hahahah... otw gi ipoh tuh mmg al-lawak taak ingat dunia, giler berselfie, siapa ntah start dulu? ehheheh... best kan

shah_rule said...

Farah: gambar biase2 jee.. tak banyak ambik gamba sangat sebab ramai photographer tersohor dalam trip kali ni.. segan skill xde.. hehe
saya guna samsung semi SLR.

Ely:sebab die tak reti buat2 sakit la jadi menyampah sangat tuh.. haha
yes terbaik layanan di ipoh, kome jangan lupe datang lagi yob!

Ren: haha "tunjukkan la aku jalan yang lurus ke rumah ren"
lupe nak doa camni, tapi alhamdulillah sampai juga~

Lily: terus perang selfie, semua ahli jemaah adalah kaki selfie, kaki jalan etc.. seronok, sume sporting and steady~

mrs.smile said...

selain entry trip menerjah sakura blogger2 lain...entry nie sangat ternanti-nanti sejak memasing post gambar kat instagram..nampak happening sangat korang dlm trip nie!

shah_rule said...

ye ke mrs smile... harap bersabar yer, ttbe takde idea nak sambung entry.. haha
layan gambar je la dulu..

Biqque said...

Hahahaha sorg2 post lawak psl belum..haih sungguh xjumpa doc.shahrul ni..

Anash said...

la? akak lum komen ker kat sini?
sori...
heheheh
iyaaa...marahkan suara pompuan tu...yg buat sesat ke sepang...
kiki

memang satu kete tu kaya dengan aksi selfie...ntah kete sapa ntah????


jaga2..akak nak pastelink nih...
hahahah

shah_rule said...

biqque: masing2 kalo dah bercerita menang cenggitu la gaye nye..
haha walopun dah lame tidak berjumpe tapi still rase cam biase, caj2 sume same je lagi.. cam selalu jumpe plak..

kak anash: haha sekarang google map dah pandai kuarkan suara.. tuh la nyampah tu..
time kasih la kak anash kasi tumpang populariti itu.. haha

Time Traveller said...

First : Nasib baik muka aku kat sini lebih dari yg sepatutnyer.. maka boleh la komen hahahaaa..

Baru perasan kat sini jer tak ada gambar seorang doktor tertido di atas boat hehehee :D

shah_rule said...

terus terasa nak kurang kan muka ko lepas ni.. haha

aku tak selfie tau time tido~ so takde la gamba tuh.. hehe

Zara AB said...

Baru perasan gambar kitaorang kat whatsapp pun ada dalam nie! I totally missed the boat. Baru la nak update weii! Dah berbulan! Desktop buat hal. Masuk workshop! :D

*Btw, it was nice meeting you Doc!

i'm shin... i'm inesen said...

#best

NEKCIK said...

doc..boathouse tu sape saper boleh sewa ke..mcm satu family gitu ke kena campur dgn orang lain