ADVERTISEMENT

Short Trip - Krabi (2)

Next day feeling fresh, tengok kat luar tingkap pun cuaca macam menarik, setelah hujan lebat semalam, mungkin hari ini akan cerah sehingga petang.. harapnya lah~

Di sebalik tabir.. ade neutral spotlight di hening pagi.. haha
Jadi kami kembali ke Aonang, orang-orang thai kalau cakap kat jenis berlagu-lagu~ nak buat macam mana bila hati berkenan kat travel agent sini, ke sini lah kami mengambil pakej island hoping.

Kali ini aku try pakej ke Hong islang, first time aku ke sini..sebelum ni pernah ke Phi Phi dan 4 island~ dikatakan mereka pun baru nak promosikan pulau ni~ kawasan dia menghijau.. air pun lain sikit dari Phi phi.. memang hijau juga nampak dari jauh.

Piers in Aonang.

Harga pakej ni termasuk makan tengahari THB650.. Masakan tengahari yang disediakan bukan lah yang di bungkus..tapi macam ala buffet~ gigih deme ni.. Halal? Yup katanya halal sebab area krabi aku percaya sikit.. memang yang naik motor jalan kaki ramai yang bertudung..So tak risau sangat lah.. 


Big tuk-tuk menjemput kami dari perkarangan kedai dan terus di bawa ke pier. sekarang dah ada piers rupanya, dulu semua main naik je depan deretan kedai tu.. nampak banyak boat di letakkan di sini.. memang ramai lah yang berjalan kaki sama-sama ke perkarangan boat tu.

Tak ramai yang menaiki sama boat kami, selain dari aku bertiga, ada 3 lagi warga singapura yang join.. dah satu couple dari india.



Sepanjang perjalanan pun langit sentiasa cerah~ jadi memang puas lah bersnorkeling dan ber-swimming di sini.. air pun crystal clear juga cuma airnya lebih kepada hijau.

Crsytal clear water.
Pasir jerlus halus..
Lunch time

Selain dari aktivit snorkeling, terdapat juga aktiviti canoeing, dah macam pusing satu pulau nampaknya. tapi mereka akan melalui kawasan groove yang nampak cantik, kawasan ni boat dapat masuk sikit je sebab permukaan yang cetek. Tapi aku tau akibatnya kalau canoeing dalam sejam / 2 jam ni, sure dapat extensive sun burn.. jadi aku tolak dan ambik keputusan tidur je kat tepi pantai tu.. tidur???



Kesimpulannya rasa tak rugi ambil mana-mana pakej island hoping di krabi. Makanan yang pasti halal dan tempat yang pergi memang cantik cantik. Seperti mana yang aku pernah pergi ke island hoping yang lain, kira Hong island pun ada tarikan tersendiri. Harga pun tak lah semahal mana, cuma kita spend ikut kemampuan.. hehe


Akhir kata..

8 comments:

Cik Nurul said...

mmg sgt gigih mereka sediakan lunch buffet mcm tu. haha... aishh, rasa mcm nak masuk ja dlm gambar2 tu. cantikkk kot air dia situ :D

The Travelling 3o said...

Cantik gila!! Orang pun cam xramai sgt tu. Btw kami baru post pasal trip 8 hari di Melbourne & Tasmania. Kalau ada masa jemput singgah di www.thetravelling3o.com :)

DzuHata said...

krabi memang berbaloi baloi :D

zarulfarhana said...

gila best tempat nie.. dengan pmandangan pon wowww... berbaloi la..

Anonymous said...

hi awak,
leh x bagi nama sykt yg awak amik pakej island hopping tu.. sy plan nk pegi nanti so nak uat perbandingan...

dan brp hrga sewa motor?

TQ in advance :)

Ania said...

Salam kenal! Blongnya keren! Saya lihat bahwa Anda upload banyak foto travel. Jika Anda mau share dan download foto2 dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya. Coba servis kami tanpa registrasi :)

shah_rule said...

Sorry lambat reply sebab jarang bukak dah.. haha terok btol perangai die~

Cik Nurul: air kat area thailand memang cantik. Pandai deorang memelihara nya..

Travelling 3o: low season mng x ramai sgt..kami salah timing.. wahh sakan roadtrip..

Dzuhata: so dah berapa kali g krabi.. mmg berbaloi utk repeat.. x jauh mana dan tak mahal..

Anonymous.. banyak je travel agent kt sane.. harga pun sume berpatutan.. mmg tak rasa nak mintak murah dah.. haha

Aina: ok terima kasih ya.. udah selesa gambar di share di blog

Cik Nurul said...

Hee.. takpe faham. haha..
kannn... rasa mcm nak bawa blk je air tu. hehe