ADVERTISEMENT

Short Trip - Krabi

Hi

Sorry sebab lama gila tak hapdate blog.. Almost a few month dah~
Semoga di beri kekuatan dan kerajinan untuk saya menaip yer~ haha
Thanks for still setia menunggu para pembaca maya~ baru perasan ramai betul yang mengintai blog yang
tak di update sekian lama..

____________________________________________________________________________

YES krabi again~

After been tiring with job, aku plan untuk mengambil mana-mana trip murahan untuk mengisi waktu kesenangan selepas penat berkerja di hari raya.
Pencarian berjaya mendapatkan tiket ke Krabi dengan harga RM89 one way.. Ok la tuh~ Jadi trip kali ini disertai 2 pengikut yang dipaksa-rela oleh aku~ haha mereka ni kawan aku time zaman matrikulasi dulu. Ada aku introduce masa trip ke korea sebelum ni..

Nak cakap time ni 1st time datang KLIA  (**orang kampong!)

Jadi bertolaklah kami menaiki pesawat A320 kegemaran ramai.. Masa dalam flight baru aku terpikir kenapa tak ramai sangat pun orang ke krabi.. adakah ?????? Musim Hujan???? Ombak tinggi???

Persoalan terjawab apabila pengumuman juruterbang dibuat melaporkan keadaan di lapangan terbang Krabi di landa hujan lebat. Terus kami pasrah dengan percutian ini. Lagipun aku bercadang sekadar merehatkan diri.. jauh dari kesibukan.. Mixing with different people, different language.. that can make me better.

Pendaratan di buat dengan selamat dan jayanya, kali ini aku tidak ke hostel / mahu pun hotel. Aku ingin mencuba menempah penginapan di AirBnB apps~ aku sangat tertarik dengan kediaman yang disediakan.. cuma nak jauh dari kesesakan.. Jadi aku memilih untuk ke The Sea scenary apartment.. Aku terus direct tempat melalui AirBnB dengan harga RM209 per night, first time aku mencuba airBnB ni, terus direct ke owner, Mr Alex (iklan sikit) . Selain kami ada satu couple dari Spain yang tunggu dia kat airport. Pick up disediakan dengan caj THB450. Dan sebelum sampai ke Apartment sempat dia bawa kami ke tesco dan night market sekitar Krabi town.. top up fridge temanya..


Apartment ni terletak jauh dari Aonang, ko nak ketenangan kan.. hambik ko~ jauh dari kesibukan dan kesesakan.. berdekatan dengan Khlong Muang beach..tapi aku tak pernah pergi pun~ ada juga deretan-dereten kedai saloon dan restaurant. Tapi tak semeriah di Aonang. yang penting ada 7 Eleven berdekatan.. Sebab aku memang suka sangat dengan 7 Eleven thai ni~ macam-macam ada jual dan murah~

First and the most.. Wifi mesti ade~ 
Betul tekaan aku selepas interview Mr Alex, sekarang memang musim hujan, kebiasaanya hujan di bahagian petang~ pagi memang cantik.. dia advise untuk cari half day tour kalau nak ke island.. air pun tak beberapa cantik kalau nak diving sebab musim hujan.. "So what you guys plan to do tomorrow?" begitu lah soalan Mr Alex sampai ke malam.. siap sampai ke message handphone.. oo Mr Alex siap bagi handphone lagi yang bole call bila-bila masa.. takut kami sesat kot~

Sangat berpuas hati dengan apa yang kami bayar dan apa yang kami dapat.. 

By the way Mr Alex ni ade 3 buah rumah dalam kawasan apartment ni~ ada yang satu bilik, ada 2 bilik... banyak betul harta dia~

At last kami perlukan sebiji motorsikal untuk berjalan sendiri.. Island trip will be considered depends on weather~ (gituu speaking)

good morning Krabi... 

Bermulalah hari pertama di krabi, pagi-pagi lagi Mr Alex dah ketuk pintu, katanya motor dah sampai boleh check dulu, tak suka boleh cari yang lain.. dan aku sangat excited sebab ada motor warna kuning, kebetulan aku pakai baju kuning.. Lets hit the road!!!!!!


Tanpa berlengah kami ke Aonang, menterjah pakej-pakej yang ada.. 4 island, phi-phi aku dah pergi dalam trip sebelum ni, sebenarnya motif adalah untuk diving.. tapi semua tidak mensarankan~ memang air keruh time musim hujan camni.. pasrah je la..

Tapi setibanya tengahari terus hujan selebat-lebatnya.. Apalah nasib~ setelah lama melepakkan diri di salah sebuah cafe di Aonang kami mengambil keputusan ke Krabi Town, nak ke factory outlet.. at least ada benda boleh di buat..

Sampilah ke petang, kami kembali ke Apartment.. dan seterusnya shoot lah apa yang boleh di shoot di area berdekatan.. :-P


** Sila PASRAH dengan entry ala-kadar ni sebab dah lama nak memblogging
Sekian...

11 comments:

mrs.smile said...

Hi doc!
akak antara yang ternanti entry dari blog ni :P
harga dan apartment tu sangat2 berbaloi, nice & clean

Cik Nurul said...

Semlm CN update list travel blog yang CN follow and 1 of the blog is your blog. Hehe... CN pun perasan dah lama tak baca any update from this blog :)

Me and few of my friends ada plan nak ke krabi, but tak nak naik flight. instead we all plan nak naik train. guna jalan darat. hehe.. will see how :D

Iza Hyun J @ paE said...

Doc hapdate blog!! x sangka!! hahahahaha berkurun dah ni. Dari blum trus ke krabi eh.. kikiki

Anash said...

akak kenal mamat baju merah tu
di uss..kan...
kan
kan
hahahaha

nih la selfie dari motor tu kan???

shah_rule said...

MS: haha thank you thank you sokongan tanpa putus.. saye je yg putus asa kot..tuh la tak pernah mencuba airBnB.. sangat puas hati..

CN: selamat CN tak remove lagi sebab ingat cam ada takde je kan.. haha thanks.. ooo naik keretapi~ best jugak tuh. nanti kene tukar kat hatyai naik bas.. baik2 beli tix bas, nanti kene ketuk plak..naik bas kaler biru yer, bas tu murah sikit..

paE:alamak entry belom tak habis lagi ke? tak perasan.. nanti buat entry refer blog korang je la.. hehe

Kak anash: ye dua dua mamat ni pun pegi USS bersama time tuh.. akak tak perasan ke??? ada banyak lagi selfie menanti kak.. hehe

Farikica said...

Suka tol doc ke krabi yer..hehe... tp aprtmnt u tu mmg berbaloi tu..cantik.... nmpk pon bersih... dn yg penting hos efficient n helpful.
Amboi..sempat berselfie ats motor eh?

NEKCIK said...

woiiit penuh sarang lelabah....letih nekcik nak nyapu baru jumpa pintu
best gak spsrment tu yea..tapi jauh dari bandar lah pulak...x nak lah merempit..he..he
nekcik slalu guna airbnb sbb slalu carik apartment pun..

Cik Nurul said...

Hehe...
CN tak remove sbb CN baca entry lombok ren mcm ada u join that trip. so CN rasa mesti akan update juga nnt. hehe...

thanks for the tip doc! :)
haha...baru nak plan je ni, in shaa Allah CN akan ingat tip yg di beri tu. hehe...

shah_rule said...

farikica: btol2.. memang nampak berbaloi dengan harga tuh.. mr alex pun memang sgt mengambil berat..

nekchik: time kasih nekchik sediakan air dan kuih utk gotong royong tebas lalang.. haha
tempat ni jauh sikit dari aonang.. naik moto pun dekat 15 minit.. tapi kami gigih.. haha

CN:haha tuh la entry lombok dalam waiting room, tak keluar lagi.. tapi dah lama sangat maybe tak detail macam deorang..
plan la trip elok2 ade pape bole pm je~ (bajet gile aku ni)

Cik Nurul said...

haha..
cepat2 bagi keluar dr waiting room tu. CN ni kdg2 rajin jgk nak ber-blogwalking :D

hikhikhik... baik doc!!! :D
bila2 perlu advice dr sifu2, CN pm je

Indra Prasetya Nugraha said...

Apartment Mr. Alex bisa jadi referensi jika ke Krabi lagi. Anyway, Mr. Alex ni orang Thai ya?