ADVERTISEMENT

Solo trip 2.0 : Expect the unexpected.

Dengan tema solo backpacking aku melangkah ke gerbang perlepasan.. travel sorang memang banyaklah bunyinya kalau time check-in.. Habis di mintanya semua jenis tiket yang ada.. selamat yang ni sempat print~

Selesai urusan check-in aku terus ke balai perlepasan.. berbekalkan duit malaysia aku ke exchange counter~ fikir punya fikir, kira-kira pun di buat sekali dengan orang yang jaga kaunter tu memang rugi kalau aku tukar duit ke bath dan bath ke Turkish Lhira ataupun sweedish krona.. Haha memang dah agak dah~ tuh la padahnya kalau tukar duit pun tak sempat..

Jadi duit tuh terus aku lipat selit di mana-mana bahagian bag.. cuma perlu bawa sekeping kad kredit je lah kali ni temanya~ withdraw terus macam lagi jimat walaupun ada sedikit percentage charge~

Aku sempat breakfast sandwich tuna di Subway~dan seterusnya tak sabar nak try dreamliner787.

Basically airline ni pun is like another low cost airline.. makanan kena bayar, bagasi dan seat assign pun kena bayar. bukan Rm 10 atau 20.. Ni pakai Euro tau~ hehe Euro 30 for meal dan Euro 30 juga untuk assign seat.. ya amponnn mahal tuh~

Sebab tuh tiket RM680.. apa pun tak payah ambil janji sampai Europe.. Demi keriangan berganda temanya~ haha Tapi dalam flight terpaksa juga beli air dan bahan-bahan kunyahan yang di pastikan halal.. hehe kena kekalkan hydrasi badan yang cukup semasa di atas sana.




Kebanyakkan anak kapal syarikat penerbangan negara Norway ni adalah warga Thailand sendiri, tak nampak omputih pun~ slang thai pun pekat lagi bila dia cakap.. untunglah dapat ulang-alik ke europe ye tak~

Boarding tepat pada waktunya dan aku di-assign-kan di tempat duduk paling belakang, dan window seat pulak tuh~ habislah kalau nak terkencing kene mintak permission kat orang~ 11 hours flight, ada sampai buah pinggang bengkak kalau menahan ye tak~ haha


Excited? Aku punyalah excited tak terkira nak terbang ke Europe ni~ Naik dreamliner bagai yang di war-warkan design paling meletop dan canggih. Selepas mendapat isyarat perlepasan.. Dreamliner 787 terus taxi-ing ke runway..

Tiba-tiba bunyi "beepppp".. flight stop sekejap dan ditunda ke aircraft hangar.. dilaporkan ada masalah di bahagian enjin.. hampir 2 jam flight restart berkali-kali tetapi tetap sama.. brother sebeah seat aku dah start hentak-hentak kerusi.. dah ape hal? jangan hentak aku sudah~ besar wei badan dia!.

Tapi setelah di uji selamat.. inspection bagai, dreamliner menuju ke runaway semula dan memulakan acceleration.. dari mood excited tuh terus tetiba duduk bertafakur sekejap.. dreamliner sangat!!! haha

Pakai button je nak adjust tinted window tu.. takde tarik-tarik shed bagai~ 
Alhamdulillah perjalanan selamat sampai ke destinasi lewat satu jam seperti yang terjadual. Immigration di sini tidaklah seketat mana~ tapi banyak sangat warga thai yang datang ke sini berkerja. Sebabnya officer kat situ mintak aku translate kan kat orang thai yang ada masalah bertutur.. muka aku muka thai lah sangat!!! hahaha Dan yang paling best, rupanya tak perlu isi any departure form atau sebagainya~ tunjuk passport sahaja..

Anterior di reka khas bagi mengurangka kesan jet leg~ Lampu dah macam disco~


Jadi aku hanya ada beberapa jam untuk singgah di Stockholm.. Kalau nak ikutkan memang nak ke Kiruna tengok Northern light~ tapi banyak juga masalah yang bakal dihadapi hasil dari research sebelum ni~ cukuplah sekadar merayau sekejap ke pusat stockholm dan mencari hard rock cafe~ siap dah print screen awal2 kat dalam phone.
Ticket kaunter~ 

Dari airport ada 2 cara ke stockholm central~ tapi aku ambil bas flybusarna disebakan harga yang murah dan kekerapan bas yang ada~ jadual dan harga boleh dirujuk di website. Memang complete details dan tepat. Bus mengambil masa 40 - 45 minutes bergantung pada lalu lintas~ train arlanda express menawarkan masa 20 minutes perjalanan tetapi kos 2 kali ganda dari bas..

Aku sempat ke Gamla Stan, satu tebing kecil yang dikelilingi air~ di sini terdapat banyak bangunan lama~ dan panorama memukau.. hari pun hampir gelap dan sejuk~ udara kat sini terasa tak tumpah seperti berada ni new zealand.. aku pun tak tahu kenapa aku ada perasaan macam tuh.. selesai snap picture sini sana..

Sekitar Gamla stan.. 

Aku kembali semula ke airport~ hati rasa gelisah bila tengok hari dah gelap~ kang sesat kang buat hal je..

Jadi aku spend sejam lebih lagi di airport sebelum masuk ke departure hall sekali lagi.. Kali ini menuju ke Istanbul~

Macam pernah nampak kat ikea kan! haha
Belanja selfie satu~ 
tak sangka sama ejaan polis sana dengan sini ye dak~

To be continue...

12 comments:

radin fadli said...

Eh ni trip nak kemana? istanbul? lagi murah daripada bertolak dari Malaysia eh? Rm680 tu return ke macam mana? Cantik lampu dekat dalam tu hahaha

shah_rule said...

radin: flight rm680 ke stockholm dari bangkok..one way~ last minute cancel trip ke stockholm terasa nak ke istanbul je.. murah sikit.

Mie said...

Sayangnya cuma sekejap saja di Stockholm...

Buruk warna luaran kapal terbangnya... tapi dalamannya nampak canggih...

Mie said...

Sayangnya cuma sekejap saja di Stockholm...

Buruk warna luaran kapal terbangnya... tapi dalamannya nampak canggih...

Aku Seorang Pengembara said...

Ooo.. baru akak tahu, kalau tahan kencing bengkak buah pinggang yer...

Trip Dr ni macam tak sempat panaskan Vontot jer kat Stockholm tu...

Miss said...

best dok travel sensorang?

NEKCIK said...

dapat jugak jejak kaki di stockholm ye..letihnya 12 jam tu..hu..hu
kalau nekcik kena ambik ubat tido nak hilangkan stress terbang..takuuut

shah_rule said...

PLM: tuh la rasa cam tak habis cat je flight ni~ saya rase flight 777 cam lagi besar dari 787 ni~ haha

ASP: haha betul tu.. temanya tak panas bontot pun~ sejuk pulak tu time2 masuk autumn ni.. haahaa nak buat cam mane, suruh la repeat la maknenye.. hehe

Miss: boleh la travel sengsorang ni jika kene dengan mase nye~ *ok taktau nak jawab soklan ni cam mane.

Nekchik:boleh la nekchik, tapi saya memang tak jetlag langsung.. siap berjalan dan terus ambik another 3 hours flight lagik.. haha betol2 jetsetter ni..

BIBIE KARIM said...

Xpe nextime boleh repeat Stockholm & layan northern light. Kali ni setakat ambil angin je dulu.

Muhammad Has1deen said...

Boeing 787...katanya best...banyak goyang tak masa takeoff n landing ?

Ren said...

Sape yg baju putih tu?

Time Traveller said...

Waaa... hebat nak ke turkey belasah airline singgah stockholm tu hahaha.. terbaik..!!!
Tak sangka ejaan POLIS sama mcm malaysia :D