ADVERTISEMENT

Solo trip 3.0: Selamat pagi Istanbul

Some people said, traveling is about a journey. its on the move.
From another to another~ Kali ini aku menaiki penerbangan Turkish Airline ke Istanbul.. Puas di fikirkan aktiviti di Stockholm.. as last resort aku rasa baik ke Istanbul sahaja~ tak rugi apa-apa sebab tiket pun murah dan dua-dua negara ni cukup asing bagi aku yang pertama kali menjejakkan kaki di tanah Eropah. Memang kalau nak ikutkan aku nak ke Kiruna~ tapi disebabkan faktor masa dan pengangkutan ke sana yang aku masih tak dapat bayangkan.. Jadi ke istanbul kita.

Selain dari Turkish Airline code share with SAS company, terdapat juga flight lain yang menawarkan harga murah ke Istanbul antaranya Pegasus airline. Second Turkish national carrier ni tak tumpah seperti Airasia yang menawarkan tambang murah dan beroperasi sendiri di Lapangan terbang international Sabiha. Pun tak tumpah macam KLIA2. Tapi disebabkan aku mengejar masa aku terpaksa memilih menggunakan Turkish airline. Kalau memburu awal, harga dalam range RM200-350 one way.

Proses custom clearance pun berjalan lancar di Arlanda airport.. Sempatlah beli coklat Daim made in sweeden tulisnya untuk di bawa balik.. Selain tu ada banyak juga coklat-coklat swiss yang di tawarkan dengan harga murah..

Boarding tepat pada masanya, perjalanan mengambil masa 3 jam menggunakan pesawat Airbus A300. First time aku nampak flight ni, seakan A320 tapi jauh lagi panjang dalam dia..


Pesawat kecil ini juga menempatkan bussiness seat di bahagian depan dan ruang kaki yang spacious. Walaupun pesawat seawal 1.00am. Tetamu di sajikan dengan set breakfast~ dan setibanya di Atartuk airport, hari pun sudah hampir subuh..

Siap ada chef on-board

Selesai berpusu-pusu di surau menunaikan yang fardhu, aku terus jalan-jalan dulu sambil mencari secawan kopi.. Lain benar cara ambil wudhu kat sini, serba salah aku bila deorang paksa aku duduk juga ambil wudhu'..selama ni aku berdiri je alamatnya habis basah seluar.. lepas wudhu, pula deorang duduk perhabis tissue, muka, tangan semua depa lap bersungguh-sungguh..

Arrival
Portable internet wifi.. 
Benda first aku buat adalah withdraw duit~ sengkek sangat takde duit turkish Lira pun~ duit malaysia dah aku selit2 kan dalam beg~ Cukuplah aku withdraw 500 Lira, beza duit di sini cuma kali 1.7 dari duit Malaysia~ alamatnya mencekik roti nan ayam tandori ala kadar makan kat kedai mamak atasan kat malaysia.. hehe

Disebabkan trip kali ini sangat rush dan tak sempat nak research~ aku mengambil keputusan menyewa broadband wifi di airport dengan harga EU 4.99 per day~ unlimited internet lagi.. minimum sewaan hendaklah melebihi 5 hari.. Senanglah aku nak berjalan dan buka map di sekitar Istanbul ni.

Di permulaan hari aku mengambil bas dari Atartuk airport ke taksim square~ shutle bas ni dari company Havatas boleh diperolehi di luar balai ketibaan dengan harga 11TL. Suam suam sejuk je luar ni~

Havatas company ini berpusat di Taksim square~ jadi dari sini juga korang boleh tukar bas jika perlu ke Sabiha airport.. airport ni pulak terletak di bahagian benua asia..manakala Atartuk airport di bahagia eropah.. (Klik untuk jadual bas)

Selamat pagi Istanbul.. 
 

Aku tiba pun seawal pagi di Taksim square, memang dalam perjalanan tu rasa semua gambar nak snap, tak sabar-sabar.. akhirnya aku turun di Taksim square, sempat juga berjalan sampai ke Tunnel tram station.. Kawasan ini di kelilingi bangunan lama yang di olah menjadi shopping street.. di barisan kedai ini menempatkan Hard rock cafe, Levis, H&M, dan macam-macam lagi.. tapi sebab aku tiba di awal pagi mostly semua pun tak bukak lagi.. saja jalan ambil gambar.. yang pasti aku akan ke sini shopping sebelum balik nanti.. hehe

Budak turkey dengan kebab
Budak Malaysia dengan kamera

Terasa dah cukup puas aku kat sini, aku menapak semula ke Havatas bus station, kali ini aku ambil bas ke Sabiha airport pula sebab aku sekadar transit je sekejap kat sini.. perjalanan bersambung ke Kayseri menaiki Anadulujet dari Sabiha Airport.. Kayseri merupakan antara airport berhampiran Cappadocia selain Nevsehir airport~ dalam research pun lagi senang katanya nak dapat transport ke wilayah Goreme dari Kayseri~ dan flight pun lagi murah dari sini.. Kalau book awal sure dapat murah tambahan boleh cari menggunakan Pegasus airline..

Perjalanan ke Sabiha mengambil masa 45 minutes bergantung pada keaadan lalu lintas, jam jugak nak menyeberang Faith Sultan Mehmet bridge yang menjadi penyambung antara benua asia dan eropah (gila gempak!! LOL) harga bas 14TL.

Faith Sultan Mehmet bridge 
Airport nie tak ubah macam KLIA,aku pun tak sure sama ada company KL airport yang turut serta dalam mentadbir airport ni~ kurang kepastian di situ.. Kebanyakkan airline yang beroperasi disini adalah antara low cost company.
 
Sementara menunggu aku try makan dan berehat di airport lounge.. makanan dan air free flow buffet berharga 35TL


Bersambung...

6 comments:

Ren said...

Fuyuh ada entry baru!!!!
Esok aku baca eh. HaHaHa!!!

Bibie Karim said...

Shahrul, ambil portable wifi tu kat area arrival hall ke? Tengah nak cari company yang offer sewa wifi murah ni hihi. Urs quite affordable gak.

shah_rule said...

Ren: Comment dulu, baca kemudian.. pakej sangat~hahaha

Bibie: yup kat arrival hall banyak kiosk untuk sim/portable internet ni.. rase affordable juga sebab kat jepun pun mahal lagi.. dan bole share..

Iza Hyun J @ paE said...

Ok bace dah..sile lincah..ku menantikan entry Jepun mu!!!..huhuhu

NEKCIK said...

Besstnyer kan Istanbul nii..Nekcik haritu takat 3mlam jer umrah ziarah..mmg teruja untuk menjejakinya lagi..tapi ongkosnya ....hu..hu
teringin nak merayap sendiri sendiri gitu..

Time Traveller said...

Perghh cheff on board.. tu yg special tu.. :D