ADVERTISEMENT

Solo Trip 4.0 : Istanbul in short

Something was unexpected happen again...
i miss my flight??? what??
Haha terkejut beruk aku apabila dekat setengah jam aku duduk kat depan departures gate, dengan tiada anouncement langsung pasal final call or what so ever.. aku pergi ke officer di depan gate. dan katanya flight dah berlepas..

Entry sebelum ini, KLIK SINI

Masa tu aku rasa macam nak meraung je.. how come you never announce.. or maybe the way deorang pronounce tuh tak dapat di proses oleh telinga aku ke??? Alien betul orang sini..

Dengan hati luka lara aku pergi semula ke kaunter, mengadu domba kat situ.. tapi flight ke Kayseri semua dah penuh.. kalau nak duduk tunggu standby boleh la.. Kebanyakan orang Istanbul akan pulang ke kampung halaman dalam waktu macam ni sebab Aidiladha hampir tiba. Jadi kat area kampung ni lah yang ada majlis qurban. Nak tumbang lembu, kambing, unta semua kene buat di luar Istanbul~ sebab dalam Istanbul banyak tourist jadi mereka taknak aktiviti sedemikian rupa di salah erti kan.

Oleh sebab aku dah ada tiket balik dari kayseri, why not try my luck untuk ke sana.. janji jangan bazirkan flight dan hostel yang dah sedia di book. So far takde benda menarik pun sepanjang masa singkat di Kayseri.. Aku mendarat malam.. Ke hotel di Goreme dan pulang semula ke airport di belah pagi.. ada beberapa gambar hot air balloon sempat di tangkap masa dalam perjalanan.. Nak menaiknya? jauh sekali....

#simpan wishlist ini untuk repeat nanti... Hehe
#jangan sentap dengan tajuk ni sebab semuanya aku nak buat entry short & simple lagi sebab banyak lagi entry menunggu.. hehe
#yang penting sememangnya nak repeat trip ke istanbul~ jadi para blogger budiman mohon teroka tempat2 yang awesome kat turkey dan share yer.. saya menunggu.. hehe

________________________________________________________________________
Aku menjejakkan kaki semula ke Sabiha International Airport~ kali ini aku menghala ke main attraction di Istanbul iaitu Sultan Ahmed~ kawasan kota lama yang meletakkan tarikan utama istanbul iaitu Masjid Biru dan Hagia Sophia.

Sistem pengangkutan awam utama di Istanbul adalah tram.. Dari Taksim square kalau malas nak jalan korang boleh la ambil classical tram (warna merah) yang beroperasi sepanjang shopping street dari Taksim square ke The Tunnel.. Untuk pengetahuan tram merah ni merupakan tram yang tertua di Istanbul, mostly sekarang hanya sebagai tujuan pelancongan, orang banyak buat untuk sightseeing merasa naik tram ni.. seat pun tak banyak.. Boleh jalan kaki je sampai ke The Tunnel.


Classic train.. banyak tu je seat dia.. 

Di Tunnel station pula menggunaka perkhidmatan tram pertama yang di cipta menuruni bukit. tram ni adal second generation yang ada di Istanbul menyambungkan Karakoy dan Taksim.. pun kalau gigih boleh jalan kaki menuruni tangga bersebelahan dengan Galata Tower.. Setiap perjalanan one-way berharga 4TL..

Second generation pula..

Di Karakoy pula korang boleh ambil tram moden sikit dari rupa bentuknya.. tram ini menyambungkan kawasan-kawasan utama di Sultan Ahmed. Harga pula depends kepada jumlah station yang di lalui. Untuk ticket memang kene self-service sebab memang tiada kaunter tiket pun di setiap station.. Yang ada pak guard je duduk perhati perangai korang... Perhatiiiiiiiii je perangai ko! haha

Usual train as what we see now.
Aku menghabiskan 3 malam di Cordial House, Sultan Ahmed (klik sini) yang aku book dari Hostelword~ disebabkan area yang strategik dan senang nak menapak..



Nak dekat malam juga aku sampai semula ke Taksim, berjalan beralaskan beg di belakang aku gagahi juga untuk ke Tunnel station.. Orang kat atas jalan sangatlah ramai, yang naik tram pun x kurang ramainya..
Save duit berjalan sejauh itu.. dari Tunnel aku turun melalui tram dan mengambil tram ke Sultan Ahmed dengan harga 2.5 TL.

kesesakan shopping street di Taksim


Scammer alert kalau korang di Istanbul.. aku pun pada awal memang tak sangka yang sudah ramai scammer duduk approach aku.. Sebaik turun di Sultan Ahmed aku didatangi lelaki lingkungan 20-an.. sangatlah mesra tetiba bila dengar aku dari Malaysia. Siap tunjuk jalan bawak aku sampai Cordial house.. Katanya dia kerja di Izmir dan sekarang bercuti ada bussiness meeting.. siap tunjuk kad kunci bilik di Hotel Mewah~ Double tree by Hilton katanya.. dan di akhir perbualan deorang akan ajak lepak makan/minum/clubbing.. tak minum??? No hal boleh minum coke katanya..



Sebaik aku sampai di Hostel, berkenalan dengan 2 roomates Fath, warga Pakistan yang berkerja di UK dan dalam Escape mode juga dan seorang warga Turkey Alan yang bertugas di Sabiha Airport buat seketika di bahagian aviation bagi Pegasus Airline..

Check in dulu.. dan selfie~

Sebaik dengar cerita aku ada orang ajak lepak kat kedai Kebab sebelah hotel dan plan mengajak ke club, Alan terus bagi nasihat supaya berhati-hati.. trick orang di sini memang macam tuh, in the end ko akan bayar charge kedai minum/pub/club yang super mahal..

Disebabkan aku dah berjanji dengan orang yang menemani aku sepanjang perjalanan tu, aku terpaksa lah pergi ke kedai kebab tuh, aku pun tak makan lagi.. lapar kot.. makan di sini selamat senang.. Lepas makan ada 2 pula rakan budak ni yang datang ntah dari mana.. sangat mesra, ntah2 berlakon.. aku pun tak tahu.. at the end dia ajak pergi club.. Terus signal alert berbunyi dan aku terus lari dari kedai tuh.. selamat semua makanan bebudak tuh dah bayar.. nak belanja aku katanye.. aku memang lari sepantas kilat la kalau boleh memang taknak jumpa deorang~ sebab aku jenis susah nak menolak ajakan orang ni~ hehe Thanks sebab belanja yer..

Siap sesat jalan nak balik hostel, selamat seorang warga turkey yang terserempak dengan aku menunjuk arah pulang.. lelaki dalam 40-an yang berkerja sebagai pengusaha kedai barang hiasan di Grand Bazar menemani aku pulang.. Sambil tu banyak lah benda dia borak~ dan katanya tak selamat jalan malam-malam kat Istanbul.. ramai scammer... fuhhhh begitu lah kisah satu malam..

Pada keesokan harinya aku bercadang ke Grand Bazar sebab esok dah masuk aidiladha.. selepas aidiladha grand bazar ditutup selama 5 hari.. sehari ni je la peluang untuk explore grand bazar. tak jauh dari hostel aku.. cuma perlu lintas landasan tram sahaja.. Pagi tu aku di temani Alan, banyak berborak pasal aviation dari mamat Turkey ni.. Kebetulan hari Jumaat, tapi disebabkan budaya Liberalism of islam kat sini.. dia acuh tak acuh je bile aku tanya nak pergi solat jumaat..


Aku ke Grand bazar... penat duduk berjalan pusing-pusing dalam bazar ni.. memang pelbagai barang di jual.. aku mencuba mencari kedai pakcik semalam tu.. tapi tak ingat nombor kedai yang dia bagi..

Apabila bacaan al-quran mula kedengaran aku segera berjalan menuju ke masjid. Di Sultan Ahmed sendiri dah ada 3 masjid utama.. tapi yang bedekatan semua dah penuh..sempat tak sempat aku terus ke Masjid Biru..

antara masjid terdekat.. pun dah bentang tikar sampai luar..

Sebenarnya senibina masjid di sini memang gah~ tapi bila aku masuk ke dalam.. rasanya kecik je rupanya.. ntah lah.. perasaan aku berkata sedemikian..

Pertama kali ke Great mosque pada hari jumat dan solat jumaat menjadi solat pertama
aku kat sini..
Khutbah jumaat di bacakan dalam bahasa tempatan dan second khutbah adalah dalam bahasa inggeris.. Rasa nak menitis air mata apabila berada di tempat asing.. dan tempat bermulanya kegemilangan islam dan rasa perpaduan serta persaudaraan ..


Setelah selesai yang fardhu.. aku di sapa oleh agent-agent pelancongan jalanan yang menawarkan bosphorus tour dengan harga 45TL.. Bosphorus tour adalah boat cruising yang melalui selat bosphorus iaitu selat yang memisahkan europe dan asia.. Aku pilih untuk menyertai programme ini untuk sesi jam 4 petang.. Harap-harap adalah sunset~


Banyak sangat text dah ni.. sesi ringankan minda dengan gambar yer~ taknak komen banyak...

Jauh menapak beramai-ramai ke Jeti.. sangat trip murahan.. Ya ampooon

Masalah betul...!


Sunset from Bosphorus..

Bersambung......

11 comments:

syieda said...

Dr... bosphorus cruise tu mcm mahal la 45TL. Patut boleh dpt 10TL kat pier.

HiDayah said...

Salam,

Mmg dok baca info ramai cakap modus operandi diorg mmg ajak ke pub, minum sembang2..mai bil mau dkt USD500 lepas tu tong2 bayar lah konon..tp diorg guna card..but card diorg tak akan guna pun..nnt keluar drpd pub tu terus cakap babai,then diorg akan patah balik ambik upah diorg nnt.

nasib baik lari laju,hehe..selamat =)

Miss said...

cite pasai tetinggal flight penah jadi kat den..tapi time tu kat korea so xde pe sgt kalo la kat sini kompom x bleh idup..pengsan!! nangis guling2 nak balik..thehe.anyway serious best bace wpun kesian gak kene tinggal flight kan..but great experience kan!! keep writing k!!

shah_rule said...

Syieda: omg ye ke 10TL je?? Wahhh rugi nye.. ni la akibat tak study dulu sblom pegi.. arghh stress bile baru tau.. haha

Hidayah: tuh la lepas dh tau tu bile jalan2 jumpa org yang peramah semacam terus alert.. mmg x mampu la nak bayar kalo dh berharge beribu2 kan..

Miss: selamat tiket murah tuh.. xla meraung sgt tp bile fikir kene repeat tu yg nk meraung tu. Tiket korea mahal jugak ape.. meraung jugak kalo kene beli 2nd tix tu miss..

Saffuan Jaffar said...

melawat ke blog saudara membuatkan saya terkenang sewaktu mengembara di bumi turki dulu... pengalaman sangat manis, sambil melawat tempat bersejarah di turki... kalau boleh nak je pergi lagi...

Time Traveller said...

Bumi turkey... sungguh mempersona.. :D
tapi bila tertinggal flight tu yg tak best tu hahaha.. :D

shah_rule said...

saffuan: ye saye pun harap dapat jejak kaki sekali lagi dan discover the whole turkey.. banyak tempat tak pergi lagi..

Afif: bumi para ambiya ni memang mengasyikkan.. tapi banyak lagi tak discover.. tertinggal flight.. terpakse redha.. hehe

Iza Hyun J @ paE said...

Tang scammer tu mmg scary.. sian la pade y x tau kan...
Tertinggal flight ketika menunggu flight mmg x mencabar. hahahaha

shah_rule said...

Pae: scary yer sebab aku google benda ni malam tu tengok ade orang ikut sampai club.. deorang panggilkan perempuan la bagai.. ada sampai 5000-10000..memang tak masuk akal..

Iza Hyun J @ paE said...

Mak ai.. klu kene mmg tahap phobia nih... gugur gigi nk membayonye.

munis rushdan said...

salam,

saya plan nak ke istanbul 2016. backpackers. ade sesiapa yang berminat tak? mencari backpackers lain utk join sama2 jelajah turkey.

thanks blogger for the great info! appreciated it!
pls whatsaap me

0122985313
harisa