ADVERTISEMENT

Solo Trip 5.0 Istanbul in Short (part 2)

Malas nak fikir tajuk entry, tambah part 2 je la belakang title ni... part 1 KLIK di sini.



Actually aku pun tak berapa tau range harga setiap aktiviti tour yang ada.. Kebanyakan Bosphorus tour kalau dalam perjalanan aku sepanjang Sultan Ahmed, mostly letak harga dalam 60TL dan ke atas. Mungkin boat dia maha canggih dan cantik kot.

Ada kata mungkin dalam dalam 10TL.. harus di cari yer bagi siapa yang ke sana.. murah yang amatz dah tuh~
Aku beli dari seller yang approach in front of Sultan Ahmed Mosque (Masjid Biru).. Memang ramai ahli risalah ini berkeliaran~ dan di offer nya harga 45TL..

Untuk pakej dengan deorang ni, trip mengambil masa 45 minutes, berlepas dari jeti berdekatan dengan Sultan Ahmed.. tepat jam 430pm kami berkumpul dan diaturkan perjalanan kami beramai-ramai menuruni bukit dari dataran Sultan Ahmed ke Jeti.. Agak jauh juga perjalanan ini, semasa pergi sedaplah turun bukit.. agaknya nak balik~ terbelit salur darah yer tak~ haha


Tapi perjalanan beramai-ramai tak begitu terasa penatnya, sambil dapat berkenalan dan tolong menolong antara peserta rombongan.. Selain aku, ramai juga yang join trip solo ke Istanbul. Aku kenal seorang pelajar dari indonesia, warga Pakistan pun ada yang tengah travel sendiri.. So bile dah suai kenal nanti senanglah nak minta tolong snap gambar.. haha



Suhu boleh di katakan agak sejuk.. tambah pula bila mula belayar lagi terasa sejuk.. mengigil tangan pegang kamera~ tapi pemandangan petang yang memukau sekitar Bosphorus tidak menghalang untuk terus gigih menahan suhu sejuk..

Topkapi Palace dari Bosphorus
Sekitar Golden triangle di mana senibina Islam di sebelah ini.
Dan English colonies di belah yang bertentangan
Kapal besar pun berlayar di sini..
Maiden,s Tower, mercu tanda Bosphorus..
Setiba aku ke jeti, kami menapak semula naik semula ke kawasan dataran, tapi untung lah mana yang menyewa kediaman di sekitar cerun bukit ni.. boleh terus balik je~ aku memang kene menempuh jalan ni dan sempat singgah solat di salah sebuah masjid di main street Sultan Ahmet.. betul-betul bersebelahan dengan station tram.. Selesai solat aku terus ke Taksim.. mengintai malam di sana..


Makan kebab sajork..
Jalan di Taksim sangat sibuk~ memang penuh manusia membanjiri kawasan ini.. termasuklah aktiviti jual beli yang berterusan sehingga tengah malam.. Dalam perjalanan ramai juga yang datang buat trick ajak minum dan sebagainya.. katakan je aku student and dont have enough money~ terus lari deorang.. haha

Kesesakan di belah siang sama saje.
Kebanyakan  kedai makan malam menyajikan tarian pusing-pusing, whirlind Dervishes.. mereka adalah dari pengikut fahaman imam Ali yang di gambarkan sebagai berzikir dalam pusingan bagi mengingati Maha Pencipta.. actually aku pun tak beberapa jelas sangat dengan sejarah ni.. tapi music yang di mainkan semua nya dalam perkataan puji-pujian kepada Tuhan..


Aku nak concentrate makan pun terasa pening.. hehe

Selain daripada itu aktiviti harian di teruskan sahaja dengan melawati Masjid Biru sempena Aidiladha.. Apabila selesai solat, ada beberapa penduduk sini sempat aku borak.. katanya majoriti di Istanbul kalau musim perayaan adalah pelancong..90% daripada penduduk Istanbul akan pulang berhari raya di kampung halaman.. Ibadah korban pun semua dilakukan di luar bandar.. Jadi lihat sekitar kesibukan masjid, kebanyakan adalah tourist.. Camtu kisahnya..


Tak tahan dek sejuk.. so inilah baju raya, baju jalan dan segalanya..satu-satu sweater yang aku bawak..
tapi dalam tukar-tukar yer~ (selepas solat sunat Aidiladha)


Aku sempat ke Hagia Sophia meniliti tinggalan zaman kegemilangan Islam pada suatu ketika dulu.. hati sebak melihat setiap ukiran dan tinggalan agung dari dalam Hagia Sophia. Di waktu perayaan semua tempat tumpuan pelancong ini di buka selepas jam 2 petang..


Bedekatan dengan Sultan Ahmed, aku sempat menapat sehingga ke Eminonu.. Perhentia selepas Topkapi palace, di sini pun banyak survenier yang di jual dengan harga yang lebih murah.


Perjalanan kali ini pun banyak membawa erti untuk diri aku.. walaupun banyak kawasan menarik sekitar Turkey tak dapat nak discover.. tapi cukuplah apabila di kongsi oleh rakan-rakan sebilik yang sampai dari merata tempat menarik sekitar Turkey..

Bring home message, kalau nak travel Turkey make sure travel sini je sebab banyak tempat yang nak discover dan Insyaallah kalau di izinkan memang aku repeat Turkey sekali lagi dan harap tak terlepas mana-mana flight lepas ini.. haha

Perjalanan pulang bersama Turkish Airline memang sangat selesa. Flight occupancy IST - KUL dalam 60 %..masih banyak seat kosong yang menjadi peluang bagi kami di economy seat untuk melunjurkan kaki semasa tidur.. Sajian makanan juga enak~ dan paling penting syukur mendarat dengan selamat. Aku berlepas pada jam 1am dari Atartuk Airport, Istanbul dan tiba di Kuala Lumpur pada jam 430pm..


First time aku pakai sport shoes rather than wearing sneaker.. sangat selesa kot..
First meal sebelum tidur.

Breakfast di pagi hari

The End.

9 comments:

Aku Seorang Pengembara said...

Akak tak boleh travel solo, boleh giler...sebab tak de org yg boleh kite arah2kan tangkap gambor....hehe

BIBIE KARIM said...

Memang kena repeat ah Shahrul. Kejap sangat kan. Ni macam trip menanda arah katanye.

shah_rule said...

pengembara: hehe tuh la depends orang dah timing la kak.. saya pun kengkadang stress bile tak kene timing travel sengsorang.. especially kalo tak prepare buat research. rase cam nk duduk bilik dan balik je.. haha

Bibie: hahaha itulah perkataan yang di cari. trip menanda arah.. btol2..!

Mie said...

Tunggu AAX buat penerbangan ke sana...hehe

Iza Hyun J @ paE said...

Habis dah entry bulbul... hihi. Best gak instanbul. Tp culture depa macam makin tenggelam Islamicnyer.

Okeh dah masukkan dalam bucket list.

shah_rule said...

PLM: harap2 la..dengar2 london la Hawaii la tp xtau tahun bile kan.. bertabahla menunggu..

Pae: ok dah habis..nnti ak smbung japan trip as requested yer.. gigih x.. haha

The Travelling 3o said...

Bestnya weather mcm tu.

Ren said...

Untungla beraya di obersi hiks/

Hazwan Hafiz said...

Si mata biru banyak tak? Haha