ADVERTISEMENT

S.E.O.U. L. - Part 1

Hi Readers~

Some update from previous trip sebab aku pun dah lama tak mem-bloging.. rasa janggal pula nak menulis ni sebab skills mengarang dah lama aku tinggalkan.. dan tersangat jarang membaca blog2 lain juga sebab kesuntukan masa... adoiiii!

Jadi pada musim autumn/ luruh yang lepas, walau sebenarnya rasa macam awal autumn lagi aku telah selamat mendarat di Seoul, South Korea. Kadang-kadang bila stress kat tempat kerja aku rasa cepat-cepat nak tinggalkan ward dan lari sejauh mungkin..


Website tourism Korea katanya waktu awal camtuh warna daun dah mula bertukar. Tapi untuk lebih detail ditunjukkan dalam maps dan kawasan ketinggian sesuatu tempat tuh.. aku memang fail kalau keluar map geologi yang details.. So semangatlah aku ke korea untuk tengok daun yang bertukar tuh.. tapi nan hado!

Walaupun sepatutnya aku habis kerja pukul 8pm, pukul 7pm aku dah minta izin daro colleague-ku yang budiman untuk cabut awal, pukul 8pm++ kereta di pandu menggunakan kuasa kuda dari Johor Bahru ke LCCT ( gigih x? ) dan pukul 0100 aku boarding tujuan ke Incheon, Seoul..



Sememangnya hari yang panjang, akhirnya dapat aku menutup mata dengan tidak beberapa lena dek kerusi keras dan tegak AAX ni, dan tiba-tiba air-pocket tahap dewa menyebabkan aku terjaga dari tidur dan menjerit sekuat hati ( seumpama menaiki roller coaster) walhal semua penumpang yang lain senyap dan beristifar je~ malu gila ku... member yang lain ketawa berdekah tengok perangai aku.. i wish to jump out of this plane... malu besar dengan ahjuma dengan ahjussi yang berdekatan...

tak tercapai matlamat quiet zone sebab ade orang jerit macam kene rasuk.. lol
Setelah matahari terbit barulah mereka menyediakan juadah makan minum, baguslah tak menganggu tidurku~!
hello seoul!!! A380 spotted.

Flight touch down seperti yang dijadualkan di Incheon.. segala urusan berjalan lancar di sini...

urusan airport amat mudah dan lancar, mungkin waktu pagi, tak banyak sangat flight yang turun lagi..
macam artis kn.. lol bukan yuna ok!

Korail biasa ni boleh juga menuju ke itaewon. tapi dengan satu penukaran , train ni berhenti di setiap station, jadi lambat sikit lah waktu perjalanan.. harga dalam W4000 camtu. dah lupa laaa

Berhadapan dia adalah airport express, macam ERL kirakan, dia tak berhenti semua station.. tapi dia akan berhenti di Seoul station.. dan dari sini nak ke Itaewon memerlukan pertukaran train sebanyak 2 kali.. leceh jugak laa..Harga prmosi masa tu W8000..Jadi aku sebatlah sekadar nak merasa~ perjalanan mengambil masa 40mnt..

join la tengok running man.

Trip kali ini ikut suka hati, memang tiada racangan terperinci pun, mana larat aku pergi, tak larat duduk bilik makan roti ke pape patutlah.. sebab memang takde masa untuk merancang.. untuk penginapan aku masih lagi selesa dengan hostel, sebenarnya ada kawan aku yang kerja kat Seoul ni, tapi during my visit dia kat Amsterdam ada kerja kat sana, untunglah company ko kaya raya, hantar ko sini sana..

boleh ajak ber-gangnam style la ahjumma ni~ 
Jadi aku memilih untuk stay di Itaewon, mengikut review banyak barangan halal dan kedai makanan halal kat sini, berdekatan dengan masjid lagi. Sekali lagi dengan menggunakan hostelworld aku memilih untuk tinggal di SP@Itaewon Guesthouse, berkonsep hostel juga~ rate pun berpatutan hanya RM39 per night dalam 4 shared bedroom.. kawasan pun berdekatan dengan subway station.

area kejiranan.. 

Pada hari pertama di kala perut masih tidak terisi, aku berkesempatan menjamah makanan di Muree, tapi bukan lah Muraahh pun~ haha kedai makanan ni aku nampak tukang masak pun macam brothers from Somalia camtuh, tapi bagus jugalah dapat merasa makanan tempatan walaupun nama menyembuq2 untuk menyebutnya yang datang hanyalah campuran sayur-sayuran masak air.. haha baguslah untuk hidup 100 tahun lagi...


basikal pun boleh naik train.. 
Aktiviti yang tidak produktif kali ini diteruskan ke station Hongik university, di area sini terletaknya the 1st Coffee Prince nyer coffee shop tuh~ actually aku pernah tengok cerita ni tapi aku takde la rasanya cerita dia best sangat pun.. cuma sekadar datang mencari coffee.. ape rasanya?





bermacam rupa kedai ada kat sini
Setelah mentelaah kawasan sekililing Hongik University aku bergegas ke 63 Buildings, serious dah tak ingat station mana aku turun, tapi dari station hanya perlu berjalan kaki ke 63 buildings, boleh ke observatory deck untuk menikmati pemandangan metropolitan Seoul ini. entrance fees dalam W13000 rasanya~












Hari pun sudah petang marilah kita balik untuk re-charge energy untuk meniti hari esok, dah la aku punya tidur dalam flight tuh je dari hari semalam tuh.. mana mata tak bengkak~

maklumat terperinci untuk korea - layan website ni!