ADVERTISEMENT

Autumn Moment: Japan another visit (Part 1)

Hello readers...
 Sorry atas kesibukan yang melanda...

So last autumn, hajat tahun lepas yang nak tengok daun warna warni di musim autumn tercapai juga setelah aku melakukan tempahan di timing yang betul.. Harus diingatkan kalau end of summer is in September~ silalah book tiket sebulan atau sebulan setengah selepas itu~ sebabnya hajat tahun lepas nak tengok daun bertukar warna di Korea, hampa..

Alhamdulillah tahun 2014 dapat menyaksikan sendiri di Jepun...

Trip ini dirancang bersama-sama rakan aku semasa kami di Krabi.. Asalnya tarikh semua dah siap dan kebetulan sempena jualan Airasia yang mane ntah bila aku splitkan booking:

Kuala Lumpur - Nagoya   RM225
Nagoya -Kuala Lumpur RM 299

Terus kami sambar tapi memerlukan split order~ sebab bila beli tiket return nampak lagi mahal sedikit~ Rezeki tuh...


Jadi bermula penantian demi penantian.. Last minute dapat khabar dari boss untuk menghadiri kursus di hari aku sepatutnya bertolak.. walaupun cuti awalnya diluluskan tetiba boss keluar perintah membekukan cuti... Nangis aku teresak-esak~ ceit drama..

Tapi akhirnya aku mencuba perkhidmatan "Multiple booking option" dari optiontown~dengan bayaran RM60++ akhirnya aku berjaya menukar tarikh penerbangan aku.. walaupun agak lambat sebenarnya optiontown nak confirmkan tarikh tuh.. tapi aku berserah je.. Tiket balik juga aku tukar~ dan semasa dalam perjalanan hari-hari akhir di Jepun baru dapat tau permohonan berjaya..
Jadi dalam perjalanan kali ini, aku banyak berserah~ semua benda pun tak book sebab tak tahu di mana pengakhirannya.. haha cewah~

Sehari sebelum menghadiri kursus apabila aku sampai di rumah, tetiba risau tentang modus operandi perjalanan aku di jepun.. hati berbelah bagi sebab untuk mendapatkan Japan rail pass aku perlu ke  Japan travel agent (JTB) yang terletak di Kuala Lumpur.. memang tak sempat sebab aku rush dari JB, takkan sempat nak keluar airport untuk ke KL..

Jadi selepas pulang ke rumah pada pukul 530pm.. aku terasa nak google agensi tersebut di Singapore~ waktu operasi sehingga jam 8pm dan JTB terletak di Ion Orchard.. tanpa berlengah cepat-cepat ambil passport dan drive ke Singapore~ cuma berserah jalan tak jem tanpa sempat google keadaan traffic di sempadan..

Walaupun nampak dah nak gelap.. aku gagahkan juga memecut ke Singapore~
Moga tak terkena speed trap.. haha
Selamat imigresen tak sesak...

Jam hampir 5 minutes ke jam 8 malam.. aku sampai di pintu hadapan cawangan agensi tersebut. Dia dah letak tanda "out of service". Punya lah sentap.. buat muka seposen pandang-pandang ke dalam tu sehinggalah "oneee-chan" datang menegur.. Reka-reka story sedikit dengan muka seposen ni akhirnya dia menerima aku masuk dan Ka-ching duit melayang~
Untuk membeli Japan railpass di Singapore.. mereka akan convert dari Japan ke Singapore Dollar.. dan seterusnya pandai-pandai lah ko convert kan.. Harga dalam RM890 pada rate semasa.


Hati sangat berbunga memandu kereta pulang ke rumah.. dan akhirnya aku menghadiri kursus dengan aman dan tenang.. malam tuh juga aku buat kira-kira perjalanan menggunakan train agar segala perbelanjaan perjalanan itu membalikkan modal.. malah lebih lagi.. Korang boleh refer website hyperdia untuk mendapatkan harga dan waktu perjalanan setiap train di Jepun..

Penerbangan di jadualkan di sebalah pagi.. tapi disebabkan tiada penerbangan awal pagi yang boleh membawa aku ke KLIA2, maka aku menggunakan penerbangan terakhir MAS dari Johor Bahru Ke KLIA.. Terpaksa bermalam di airport~ disebabkan hanya aku seorang~ maka aku tak kisah nak end up kat mana-mana.. asalkan boleh tidur~ hehe

Ternyata nyenyak sungguh tidur setelah duduk dalam pesawat.. sampai kacang/jus pun tak dapat... Sentap!

Having date~ alamatnya solo traveller sekali lagi..
Cari port dekat dengan suis.. semua benda pun tak sempat charge.. dan tersorok sikit sebelah ATM machine, kot-kot orang withdraw duit berkepok2 berhati mulia nak sedekah kan... haha

Berkenalan dengan Ryo dalam perjalanan ke Nagoya~ memang banyak cakap juga mamat ni~ english dia pun bole tahan... dan akhirnya dia menemankan aku sehingga di Nagoya station.. Aku akan ke Kyoto bertemu dengan kawan-kawan aku di sana dan dia pula nak turut menghala ke Kyoto tapi rumah dia di pertengahan jalan antara Nagoya dan Kyota.. erk tak ingat which station.. Jadi memang terpaksa ambil train biasa.. Walaupun dan 28 tahun tinggal di Jepun, dia sendiri pun tak pernah merasa naik Shinkansen... erk cam mana tuh?



Alhamdulillah kami tiba di Nagoya lebih awal dari yang terjadual.. urusan imigresen di sini tak straight macam aku pernah alami semasa time ber-visa dahulu kat Osaka.. semua dokumen dia minta, termasuk mana nak tidur.. yang kali ni apa pun aku tak book... dush~ 

Siap aku pass je borang imigresen.. Officer tuh terus senyum membulat : oooo senseiiii~ 
*Pitam~

Di sini kalau nak cari wifi device ada, tapi agak mahal, harga mencecah Y1000 per day~ nak murah korang kene book kat website ini  <KLIK>.. ada yang Y400 per day~

Pelbagai cara nak ke Nagoya station~ untuk penggunaan Jrail pass.. aku masih belum ada pass.. Jadi harusla aku mencuba train laju dari airport ke nagoya station.. yang ini mahal sikit sebab dia stop di station tertentu, dalam setengah jam dah sampai berbanding train biasa yang banyak berhenti. Harga train dalam 870 yen.. tiket dia kecik, harus di ingatkan simpan di tempat yang di khaskan untuk simpan tiket-tiket train semasa di jepun, sebab saiz dia kecik.





Panjang sudah entry pengenalan ini... Haha

10 comments:

John | Kaki Berangan said...

pendeknyaaaaa! mohon sambung cepat! ahaks.

kecikkan tiket dia tu. kalo hilang, beli lain lerr...

Farikica said...

John: mungkin thn dpn sambongannya..haha..jngn mrh doc... i really enjoy reading yr story tp writeups nya slalu stop di tngh jln...

Ryo tu japanese ker? Murah tiket u dpt tu... ☺

shah_rule said...

John: lame tak menulis.. tulis sikit pun rase dh panjang.. hahaha
Tuh la bila tiket dah tak jumpe dalam poket rase la mula nak gelabah... selalu camtu..

Farikica: amboi.. haha akan di sambung dalam 2-3 hari... waah terus rajin ttbe..
Ryo tu japanese.. die travel south east asia lepas habis belajar degree.. katanya malaysia best.. ke buat2 je ngaku camtu.. hehe

Mie said...

Trip doc selalu terkejar-kejar... bila baca pun terasa sama cemasnya...haish..

Muhammad Has1deen said...

Salam kenal.....Jepun...fuh...negara yg segala2 laju...best...

shah_rule said...

Mie: cam biasa la PLM.. sekarang susah nak rancang plan awal2.. nanti end up with chaos juga, haha..lumrah kehidupan..

Has1deen: hi salam kenal. time kasih singgah sini.. :-)

Biqque said...

wah dah blog pasal japan...i tak start2 lagi ni...mau dah lupa ni apa nak cite huhuhu!

Ren said...

Maigosh tu je?????

Amokkk! Hahahaa

Iza Hyun J @ paE said...

X sempat nk jd reference.. Xpe la.. kite blog Japan sama2... hahahaha

Anash said...

apa nih?
tu je nak citer?
haiya!!!!!
lagi ?
(hahahaah)