ADVERTISEMENT

Autumn Moment: Japan another visit (Part 2)


Pengalaman pertama menaiki bullet train ni Jepun, kagum melihat budaya masyarakat sini.. Kebetulan waktu tu baru habis office hour.. memang ramai lah umat manusia di station Nagoya..
Aku segera ke kaunter penukaran pass J-rail pass di dalam station Nagoya yang terletak berdekatan dengan pintu masuk Shinkansen. Memang sesak sangat jalan waktu macam ni.


Beberapa document perlu di isi.. dan akhirnya.. saya dah ada Jpass.. kad dia kecik je, tapi dia letak dalam kad yang besar.. bagus lah~ susah sikit nak hilang.. Kalau besar tu besar sangat plak.

Tanpa berlengah aku terus menghala ke Kyoto disebabkan kawan aku yang dah sampai dulu dalam perjalanan ke sana dari Osaka.. Dapat bertembung dengan mereka dalam beberapa hari sahaja sebelum deorang ni balik malaysia... lepas tu aku berseorangan lah di Japan..

Tak sangka train Shikansen ni panjang yer..dan tak sangka boleh penuh train ni.. orang memang ramai~ dan kebetulan waktu adalah waktu dinner~ memang semua orang pun bawak bekal berupa bento yang di beli di station.. Semua makan dalam train..

Perjalanan mengambil masa kurang dari 40 minutes dengan membuat perhentian di 2 station kalau tak silap. Aku memang tak book apa-apa in advanced, since kawan aku pun on the way tak tahu sampai pukul berapa..aku redah je booking dengan Khaosan Kyoto hostel.. lokasi berdekatan dengan beberapa tarikan di Kyoto dan berdekatan dengan train station.. Book shared room for 6..


Selesai menuruni subway dan akhirnya sampai di hadapan hostel~

Greeting!
"im already make a booking for shared room .. erk do you have a single room?"

Aku tak tahu dah kenapa sekarang ni malas nak duduk shared room.. adakah dah sampai waktunya aku pencen??? haha

"we dont have any single room.. and we dont have any shared room left for you.."

Habis tu aku nak tidur mana? tapi rupanya ada shared 2 bedroom yang masih kosong.. dia upgrade kan aku masuk situ~ dan kemungkinan hari dah pun malam, takde orang nak masuk dah... tapi the next few days semua dah full.. kalau aku still nak stay kyoto aku tak tahu la mana nak merempatni.


Antara kawasan berdekatan dengan area Khaosan Kyoto ini adalah shopping street seperti Nishiki market dan potoncho.. Sini port usha geisha... haha


Bekalan stock makanan
Selesai bersarapan di Hostel, aku make sure ini adalah heavy breakfast sebab aku rasa susah nak cari makan di siang hari kat sini.. Beberapa jam menjelang tengahari member dari hostel lain datang menemui hostel aku.. sebab dari sini kita just jalan kaki sajork~


Beg boleh simpan di dalam bilik simpanan beg~ aku cuba tanya lagi, kot-kot nak kasik aku katil untuk satu malam lagi.. tapi memang nan ado~

Bilik penyimpanan yang penuh sesak.


Kami jalan menuju ke kawasan taman kiyomizudera~ kawasan ini aku ingatkan kecik.. nak sampai ke temple Kiyomizudera ke naik jalan berbukit.. Memang pancit pagi-pagi ni.. tapi pape pun pemandangan dari atas sangat memukau.. lagipun ramai orang berjalan kaki sama.. jadi sama-samalah kita...

Tapi sebelum sampai ke Kiyomizudera kami melalui area taman di Kodaiji temple.. Kawasan ini pun ramai orang sebab daun-daun autumn dah banyak mekar di sini.. Memang ramai orang datang dengan pelbagai kostum pulak tu.. aku lupa, inikan jepun...


Selain itu banyak juga orang mengupah abang-abang sado penarik beca.. kuat ok deorang ni.. maksimum speed dia kasik.. aku nak jalan bawak beg sandang ini pun dah rasa tak larat. haha




Sepanjang jalan menaiki ke puncak temple kiyomizudera ni ada banyak jualan cendermata dan makanan-makanan traditional.. traditional ke?? aku main belasah je. tapi ada beberapa makanan ada menampilkan logo halal.. itu kami sebat~



Kawasan temple Kiyomizudera ni agak luas, sampai-sampai je nampak kerja-kerja penambahbaikan sedang di jalan kan. Terus aku tercarut ingatkan tutup sementara setelah setengah mati aku naik bukit ini ko tutup pulak.. haha

Rupanya hanya di bahagian hadapan sahaja.. main temple nye ada di dalam.. Tiket perlu di beli di bahagian tengah temple ini dengan harga Y200~

Kebanyakan deorang ada bakar-bakar kertas wish.. ada gantung plat la.. macam tu kepercayaan deorang.. Penat lelah ko naik atas ni tetiba dia duduk main bakar-bakar pulak yer..


Tapi view memang cantik, dari atas ini kelihatan menara Kyoto dan pemandangan kota yang memukau.. Selain daun-daun yang berwarna emas keemasan.


Selfie semua masuk...

Sementara hari masih lagi cerah, aku bergegas ke station subway dan kini menghala ke arasyimaya station.. harap sempat masuk ke bamboo groves.. ada banyak train yang boleh sampai ke sini..tapi berpandukan Hyperdia, kami tiba di arasyimaya menggunakan Hankyu Arasyimaua Line..


Dari sini kami berjalan kaki sekitar 10 minutes, menikmati panorama petang di sekitar Arasyimaya.. akhirnya tiba di Bamboo groove.. Erk mintak ajar dulu sesiapa yang mahir dalam photography untuk menghasilkan gambar yang cantik semasa di sini.. Aku rasa gambar aku semua buruk.. cam mana??
#gambar hodo 1
#gambar hodo 2

Sebaik hari menuju senja pun mencari JR station untuk dapatkan tiket free ke Kyoto centre.. tak tahu lah macam mana end up jumpa Randen Line (website). Ia menyerupai train kabel elektrik.. Mana-mana nak pergi cajY200.. dan di hujung station aku kembali ke hostel untuk mengambil beg.
Masuk tram dari pintu belakang.. dan bayar semasa keluar di pintu hadapan.. tket diberikan untuk melepasi palang di luar

Its a weekend time ni, memang susah nak cari tempat tidur. Kawan aku mengajak aku ke hostelnya yang terletak agak jauh dari hostel aku.. sekali sampai dah takde katil juga.. kali ini struggle juga pembantu hostel ini mencarikan aku tempat malam.. dan last resort:

Kembali merempat.. 

Beli belah makanan harian

"you can sleep in cybercafe... they have room.."

"whatttttt"

Aku pernah dengar juga pasal addiction effect of online games terhadap remaja kat Jepun, memang sanggup deorang bermalam kat cybercafe.. tapi bila fikir balik memang tak sesuai dengan umur aku yang menghampiri hari tua.. cewah~

berjalan bersendirian dah tengah malam-malam macam ni.

Jadi aku mengesong kembali beg sorang-sorang kawasan main area untuk bertanyakan kesediaan katil di capsule hostel.. end up dengan 9H capsule hotel yang terletak bersebelahan dengan hostel yang aku diami malam sebelumnya.. ceh membazir tenaga sahaja..


Till then~

6 comments:

Iza Hyun J @ paE said...

Hiks.. Nanti sy buat entry versi winter plak kat arasyima yer.. Hahahaha

NEKCIK said...

okay tulis lengkap lengkap..mungkin suatu hari nanti..ada rejeki..ada umur dapat jejak bumi matari terbit ni...insyaallah

nana tron said...

woah tak sangka cybercafe depa pun ada rooms. Tak pegi jenguk kejap ... ?

Anash said...

haip!!
mana tah komen akak hilang?
penat taip weh!!!
pulangkan komen itu!!!

(hentak keyboard bucu tingkap)

Farikica said...

rmai sungguh umat kat kiyamezudera tu...huhuhu.. susah mo jln... nasib baik ade tempat tido mlm tu..he..he...capsul pon capsul la...

shah_rule said...

PaE: nampak sangat aku nyer autumn tak habis2 lagi.. haha

Nekcik: insyaallah nekchik, pape ble terus email je.. saye ni payah skit nk ingat detail pasal dah lame.. hehe

Nana: malas la.. mesti dengan bunyi bising lagi cc tu kan.. adoi~

Kak Anash: anda telah dikesan merupakan seorang robot.. tak lepas la comment.. haha

Farikica: capsule pun bole asala ada tempat mandi dan tidur.. haha