ADVERTISEMENT

Autumn Moment: Japan another visit (Part 3)

Ekh tak sangka kali ini macam paling meriah sikit ada 3 entry dalam satu bulan.. berbanding bulan-bulan sebelumnya~ haha Kira ada kemajuaan juga lah ni.. demi azam tahun baru.. Sorry memang banyak sangat pending entry yang tak di siap-siapkan.. aku macam nak skip je masuk dalam tong sampah entry-entry yang berhabuk ni, tapi tak tahan dengan carutan yang bakal di terima apabila terjumpa para-para readers~ #angkat_tangan_macam_baca _ikrar


Semalaman di dalam capsule~ cewah ko ingat ko umpama cyborg nak duduk dalam capsule lama-lama..? Actually capsule hotel yang ini sangat modern style bukan seperti yang aku pernah masuk di Tokyo 2 tahun lalu di mana konsep open bathroom gituu... haha  #ok_tak_nak_sambung


So selesalah untuk aku mandi.. bersiap-siap dan terus meneruskan hari esok~ Aku keluar pun agak awal sebab nak meet up semula dengan kawan-kawan aku untuk sama-sama bergerak ke Nagoya..
Deorang nak merayap di nagoya sebelum keberangkatan pulang.. jadi di sebabkan aku naik bullet train umpama naik bas U80 (rapidKL) deorang pun nak merasa juga.. jadi sanggup saja meleretkan kad kredit demi keriangan berganda.. haha


Walaupun hotel masing-masing jauh tapi senang sahaja nak meet up kat station-station JR ini sebab most station ada free wifi.. senang lah nak berhubung.. nampak tanda bertukar hijau kat whatsapp maka dah online la mereka di situ menggunakan wifi station.. LOL cheapskate sungguh.



Setibanya di Nagoya station memandangkan hujan renyai dari belah pagi masih turun dan kali ini agak lebat di sebelah Nagoya, sempatlah aku merasa Ebi burger. Burger udang je uolls~ Bolehla buat alas perut pagi tu memandangkan apa je yang ada untuk di makan kat sini.

Nagoya on rainy day.
Check availability.
Tapi hujan masih bertaburan di sekitar Nagoya membuatkan aku rasa nak teruskan sahaja perjalanan aku ke sebelah barat. Lagipun rugi lah kalau nak menunggu hujan berhenti.. Kene lah menggunakan train pass dengan sewajarnya.. Lagipun aku travel sengsorang ni tak banyak halangan, cuma akan ada internal argument sahaja... haha

Sebelum bertolak make sure lah ada tempat tinggal di tempat yang di tuju, taknak jadi peristiwa di Kyoto berulang kembali, di station Nagoya cepat-cepat google dan buat tempahan untuk bermalam di J Hoppers Hida Takayama Guesthouse.. Kali ini memang nak thight budget, rehat pun dah terlebih cukup... So ekspedisi bermula journey to the west menaiki Limited Express HIDA train.. train ini dilengkapi dengan wide window untuk korang menikmati pemandangan di luar~ ini antara scenic train lah kiranya.
Nagoya JR station

Di sebabkan kali ini bukan di station shinkansen... terpaksalah berhati-hati mencari platform sebab JR line sangat banyak.. Aku rasa macam sangat familiar dengan  kedudukan platform di Nagoya ini seakan Central station di Sydney..

Interior.
Train berlepas tepat pada masanya, so jangan expect train lambat, dan ko jalan seperti suster ngesot.. Perjalanan dari Nagoya ke Takayama mengambil masa sekitar 2 jam.. selepas Takayama, train akan meneruskan perjalanan ke Toyama pula, another west city of japan.. Pada suku pertama perjalanan memang train ini bergerak ke belakang, tapi jangan risau sebab selepas sampai di satu terminal tuh, dia akan bergerak ke hadapan sahaja.. so takyah lah nak cari-cari seat yang bertentangan sebab memang tak ada.. cuma perlu duduk dan pasrah.. Selamat lah aku tak termuntah...

Tak ada apa yang dapat aku tengok disebalik wide window ini sebab keadaan hujan di luar.. dapat curi-curi gambar sikit.. feeling-feeling artistic value la bila tengok-tengok gambar yang aku snap masa waktu hujan ni, sendiri imagine ok~ haha


Takayama cumalah pekan kecil yang terletak di pinggir banjaran Alps di Jepun.. Pekan ini pun tak semoden bandar-bandar besar di sini seperti Nagoya, kyoto mahupun tokyo.. Kira macam masuk kampung je, tak ada bangunan tinggi-tinggi.. Susah nak cari kawasan macam ini..

On the way to the hostel.

Udara lepas hujan sangat menyamankan.. cuma masih ada renyai-renyai sedikit.. Aku segera ke information counter di hadapan JR station dan mendapatkan map.. sebab banyak juga tarikan yang korang boleh pergi kat sini.. 

Hostel aku tak beberapa jauh dari JR station memang boleh berjalan kaki sahaja.. selepas melintas di traffic light selang 2 block dah sampai.. check-in dengan Billy, pemuda jepun yang fasih bercakap english.. sangat banyak membantu~ you name it what you want! haha 

Hostel ini sendiri ada menyediakan trip ke Shirakawa-Go, tapi memang dah lambat untuk aku join, last minute call trip tersebut dah penuh.. ada 2 trip disediakan sehari.. pagi ataupun tengahari..aku prefer pagi lah sebab petang esok nak gerak~

Walau bagaimanapun ada bas hourly basis ke Shirakawago yang boleh di beli over the counter kat Takayama bus station, station ni terletak bersebelahan dengan JR station. Perlu tempah awal? Aku gamble ikut suka je beli on the day itself.. Tak dapat ticket balik je lah.. haha
illumination bridge.. nanti tengok malam nanti.
Selepas loading barang, aku ke pekan semula mencari stock makanan.. sambil tuh berjalan lah menjengah rumah-rumah tinggalan zaman Edo kat sini.. Majoriti rumah ini dijadikan kedai menjual cenderhati.. FM ada? macam takde lah bro~


Terasa yang aku berada di Queenstown. NZ.. haha

Selesai menguruskan diri yang seakan tak terurus dan mengisi perut.. aku duduk sahaja lah baca tour guide dan belek-belek info pasal takayama dari Billy.. tiba-tiba keluar wanita bertudung..

Jemput makan makanan dalam tin.

"Alamak orang Malaysia..kene posed muka foreigner sikit~" mesti korang macam tu tak bila jumpa orang Malaysia kat luar negara? Haha aku takde pun fikir macam tuh.. aku terus senyum je lah bila kakak ni pandang-pandang aku.. dan terus perbualan bermula..

"ekh orang malaysia ke?" sapaan kakak tersebut..
tetiba pakcik sebelah aku pun tersenyum dan menjawab "pakcik orang Sabah" 
Serious ingat pakcik ini dari China... haha

So malam tu kak farah dan kak fiza (erk betul ke nama deorang, was-was sudah~) ajak aku jalan-jalan ke old town.. katanya nak cari kedai makan.. hmmm aku tak rasa senang nak makan kat sini~ tapi deorang berusaha juga usha every restaurant.. end up beli nasi kepal kat Lawson.. haha

Illumination bridge.. nampk apa?
Tapi dapat lah jalan meredah kesejukan kat area Takayama ini..

Kalau aka berdua terbaca blog ni silalah add sya kat facebook... haha 
Deorang baru sampai dari Toyama.. katanya dah bersalji tebal.. dan sangat sejuk kat sana.. temperature turun below 0. Apakah??? Aku memang nak ke Toyama untuk naik cable car dan nak cuba tracking feeling-feeling atumn kan.. tapi dah bersalji.. baju tebal pun tak ada.. Baju ala cardigan je yang aku bawak.. failed betul!!!!

"cable car? deorang dah buat ski resort dah sekarang.. dah bole main ski" tambah deorang.. 
#putih_mata

So aku decide malam tuh lepas Shirakawago bersedialah untuk berambus.. tak sukanya sejuk-sejuk ni.. Jadi malam tu pun berakhir dengan kepenatan perjalanan seharian suntuk ini.


5 comments:

syieda said...

Doc..
Laa kita beli buah2an kat kedai yg sama la. ...kecik nya dunia...

Kak fiza tu mcm bukan nama sebenar je...ahaks...kak fiza. ..Owh kak fiza...lekas lah komen..hiks

NEKCIK said...

kena simpan angan angan ni..

nana tron said...

jalan jalan redah hujan...
makanan dalam tin pun nmpk menyelerakan ! *adakah ni pantun dua kerat. huhu

Anash said...

untunglaa..nak autumn ..dapat plak snow????

btw..elok dapat jumpa orang malaysia yang tak sombong.

weh..sapa kenama kawan tu?
ala...aidil,kan?

Farikica said...

Awalnya turun snow....weeee... gigih doc bulan ni ya...nk habiskan citer..good..good... keep it up!
Shirakawago memang angan2ku musnah..perhaps one fine day...huhuhu..