ADVERTISEMENT

Autumn Moment: Japan another visit (Part 4)

Sorry for the delay...

Semangat menyiapkan entry jepun secara kelajuan maksima terhenti seketika bagi memberi peluang kepada musim exam dan post exam blues~ lalala
Lepas ko habis exam serious ko rasa macam..lalalalalala~ kan ntah ape yang aku jawab dalam exam. haha
___________________________________________________________________________
Sambungan al-kisah <Sebelum Ini>

Pagi di Takayama teramat dingin dan beku. Cepat-cepat mandi kambing dan bersiap. Plan hari ini aku ke Shirakawa-go. Walaupun tiket bas ataupun tour tak book mana-mana aku selamba je buat breakfast pagi-pagi tuh. Sambil di temani kakak2 yang aku jumpa kat sana.
Waktu malam memang riuh kitchen ni dengan omputih2 yang duduk lepak dan memasak. Pagi ini ada family uncle dari sabah dan kami. Haha orang malaysia pula konker diwaktu pagi.


Apabila jam menunjukkan hampir pukul 7.50 am aku terus bergegas ke bas station. Debor jugak rasa takut-takut bas dah jalan ke.. bas dah habis tiket ke~ sekarang baru nak rasa.

Aku tiba pun lagi 5 minute nak pukul 7.50am. Cepat-cepat beratur bila aku nampak ada bas park di depan pintu station.. Beratur di kaunter beli tiket sambil tengok jam, lambat pula tu line beratur ni.. memang bas ada pukul 8am.. dan selamat aku sempat naik.. Duduk je terus bas gerak. Fuhhhh


Bus details <Sini>

Perjalanan ke Shirakawa Go mengambil masa hampir 45 minutes. Jalan tak ubah macam kat New Zealand.. Ek ape ke betul aku ni? 
Bas akan melalui beberapa terowong sehinggalah sampai di satu kawasan perumahan.


Cuaca cerah pagi ni, matahari pula hampir nak naik. Cepat-cepat aku berjalan ke information counter dan mendapatkan map di Shirakwago.


Perkampungan sini sangat bersih. Even air longkang belakang rumah pun warna jernih. Kelihatan asap-asap keluar dari bumbung atap setiap rumah.. Deorang pakai heater ke ape?

Mari layan gambar:


First of all, aku berjalan menuju ke look out point. Dari sini boleh nampak kawasan perkampungan di Shirakawa-go. Untuk ke sana memang memerlukan tenaga yang cukup. Aku macam nampak banyak shutle tapi semuanya macam kumpulan tour dari Takayama kot. Yang naik bas awam, sila jalan kaki.

Permulaan tempat mendaki..
Pemandangan kat atas memang cantik. Boleh nampak terowong, kampung, dan awan. Ek? Pokok-pokok yang bertukar warna.


Selepas lama duduk bersidai kat atas tuh, aku mula menuruni bukit. Aku tak perasan rupanya tulisan "beware of bear".. Haha kawasan ini di datangi oleh beruang rupanya.. Ingatkan dia suruh buat-buat pengsan.. rupa-rupanya just buat noise dan nanti lari la beruang tersebut. Terus teringat cerita "brother bear" awwww~

Kelihatan penduduk-penduduk di sini sedang sibuk membetulkan atap dan dinding rumah. Sebab tak lama lagi dah masuk musim sejuk.. Rumah pun papan sahaja~ jadi persiapan perlu dibuat kalau tak mati keras dalam tuh.. teringin juga nak shoot kawasan kampung ni di penuhi salji..

Dalam perjalanan aku pulang semula ke hentian bas, sebab aku tak sure bas yang mana aku boleh ambil untuk balik semula ke Takayama, Lagipun kalau time korang sampai di Shirakawago, korang boleh terus ke information kaunter, kat sini dia ala kaunter ticket bas juga memandangkan dah book tiket, korang boleh terus buat reservation untuk bas pulang ke Takayama station. tadi aku pass through je sebab tak sure nak balik pukul berapa.. harap bas tak penuh...

Sebaik tiba deretan kedai-kedai survenier aku sekali lagi terserempak dengan kakak semalam.. Hello guys lets take pic again... haha Since aku still dalam dilema sama ada nak terus ke Toyama atau pulang ke Tokyo.. aku tak dapat nak bagi jawapan kat deorang since deorang akan ambil train ke Nagoya lepas ni.. hmmm

Tapi on the way balik ke Takayama, setelah hari cerah.. baru aku nampak bukit-bukit di sebelah kawasan  Takayama dah mula berubah warna.. Ceit aku akan mengigil kesejukan kat Toyama dengan tak bawak winter coat bagai.. Kasut pun berlubang-lubang ada jaring.. Nak mintak frostbite? Haha

salji dah menutupi gunung... 

nak tunjuk jugak kasut berjaring... sejukkk oi~
So setelah tiba hostel.. kembali sambungkan handphone dengan wireless percuma untuk check waktu train seterusnya ke Nagoya.. dan sempat buka instagram dan whatsapp...

Time ni aku team travelholicawesome dah book ticket ke Bangkok dengan harga RM280 menggunakan penerbangan Royal Jordanian... CISSSSS! Deorang struggle message kat phone, WA, ig dan sebagainya tapi ye la kami di perantauan...terpaksa akur~ walhal menangis teresak-esak..

Dengan menayangkan Jrail pass kat penjaga gate di Takayama station aku berlepas ke Nagoya.. dan seterusnya....erk ? Aku dah mati kutu time ni tak tau nak lepak mana.. So pergi je la tokyo.. sampai di station Tokyo baru lah aku book hostel menggunakan wifi free kat station.. haha

Kali ni boleh tangkap gambar di luar tingkap.. hari dah cerah~~

malam berakhir di Akasuka, tokyo.

Jadi sampai sahaja di Hostel... still sama aku request
"is there any single room i can upgrade?" memang sadis backpacker pencen ni..
Tapi kali ini upgrade berbayar.. saya akur...~

Sorang tinggal dapat lagi bilik macam ni.
Malam tu time aku nak membaham maggi dan milo.. tiba-tiba aku di pelawa bersidang bersama wakil2 negara asia... Terpaksa jadi representive Malaysia.. LoL..

Ada mamat Taiwan, japan, dan awek-awek korea.. agak mengarut juga la sebab aku faham sedikit mandarin.. selamat budak Taiwan ni cakap mandarin, so dia tolong translate kan sikit perkataan jepun tu.. Japan hanya tahu bahase jepun.. dan korea faham jepun sikit-sikit.. haha

So how you guys say hello? How are you ? Good morning?
Setiap orang akan ajar kan 3 perkataan yang lain... cuma untuk korea semua nya

anyohaseyo..anyohaseyo...anyohaseyo.....


ketawa macam tak hingat waktu dah malam... tetiba ada mat salleh datang marah suruh senyap...
adoi~

10 comments:

Aku Seorang Pengembara said...

Assalam yeop
Ngape tak ajak mat saleh tu join skali.?
Dia bengang tu korang gelak tak ajak dia.

Aku Seorang Pengembara said...
This comment has been removed by the author.
NEKCIK said...

Masyaallah cantiknya view....suka tengok rumah 3 segi tu...cantik.....cuaca dingin alohaiii

Ren said...

Wow ko apdet blog! Amazing HaHaHa!!! Petirr

mrs.smile said...

area ni memang cantik..rasanya semua musim ada view yg superb!

Anash said...

sapa shahrul nih?
laju je updet blog?

hahahaha
(ntah apa2 komen )

shah_rule said...

ASP: Wsalam.. rasenye die tak puas hati la tu tengok kami org asia.. hehe nak join pun bertambah pening kepala je cm ayam cakap ngan itik.. hehe

Nekcik: cuaca dingin2 ni selamat view cantik.. kalo tak memang tak nak keluar.

Ren/kak Anash : petir balik.. diish

mm: betul tu.. mana-mana dalam gambar semua cantik.. unik sikit kot tgk~

Chawanna Na said...

wah duta malaysia sangat hahaha..ko jgn ajar bebukan dah la kekeke..

Time ko pegi shirakawago ni nampaknya daun masih merah2, time aku tu byk dh gugur..mebi terlewat sikit kot aku sampai huhuu..oh i miss japan

PaE said...

Cantekla Shirakwago..

Akak aku kate Jepun ni longkang blakang rumah pun cantek.. compare malaysia.. adeh.... jauh lagik malaysia ni..

islah said...

best lohhh....