ADVERTISEMENT

Autumn Moment: Japan another visit (Part 5)

Hi (*Tersengih sambil berpeluh)
Kagum tengok ada orang pergi Jepun time winter pun dah habis blogging..
Rasa nak buang cerita ni kat tong sampah je~ hehe
_________________________________________________________________________

Sekitar Tokyo Day 1.

So here we continue the cold morning in Asakusa.. Pagi tu selesai breakfast aku check out awal2.. Hari ini bercadang nak ke Kawguchiko.. tapi bila tengok cuaca pun nampak berkabus je, aku tabahkan diri je.. so in case kalau cuaca tak cantik, aku boleh stay area sana je..harapan agar hari keesokan lagi cuaca akan cerah.. Nak tengok Mount Fuji oit~


Seawal jam 9am aku berlepas dari JR shinjuku station ke Kawaguchiko. Perjalanan mengambil masa dekat 2 jam.. Harga Lt Express Azusa termasuk dalam Jpass cuma apabila sampai di station Otsuki, korang kene tukar train dan caj sebanyak 1140Y di kenakan untuk Fujikyu Limited express.

Express Azusa
Fujikyu Line Limtd Express

Apabila sampai di area fuji aku perhati kat luar tingkap memang bayang si Fujisan tu tak nampak langsung.. stress dah dua kali datang sini tapi gambar si fujisan tak dapat-dapat nak snap.

Cuaca bertambah sejuk sebaik tiba di station Kawaguchiko disebabkan hujan rintik-rintik. Hujan macam ini terpaksa bertabah sebab hujan macam ni bukan senang nak redup. Kebetulan time ni ada autumn festival yang mengajak orang ramai untuk turut serta dalam programme hiking. Memang di sediakan bas untuk ke tapak festival tersebut. tapi disebabkan hujan aku tak tahu la program diteruskan atau tidak.

Selesai meletakkan bag di locker penyimpanan, aku terus keluar menunggu bas ke tapak festival. Bandar di Kawaguchiko tak sebesar mana, nampak macam pekan Takyama pun ada. Tapi terserempak dengan ramai backpacker warga malaysia.. Aku buat muka neutral je aku rasa, tapi takde orang nak tegur.. muahahaha ada aku kisah?
Kalau hari cerah belakang station ni dah tercegat si fujisan.. malang sungguh!

So terketar-ketar menanti bas datang duduk kat bus stop luar station ni.. Bas sampai tetap dalam masa yang di tetapkan.. Aku tak berapa ingat harga ticket bas ni~ tapi perjalanan tak berapa minit pun.


Sebaik bas berhenti aku just follow the crowd..kelab pencinta alam kat sini kebanyakkan nye semua warga emas.. hehehe jadi ikut lah the crowd ni walaupun terpaksa berjalan dalam kadar perlahan.. haha

Kawasan tepi tasik kawaguchiko ni dah bertukar kemerah merahan.. Cantik surrounding dia.. Ada parit tapi takde air.. dan banyak gerai-gerai jualan kat sini..Yang nampak menyelerakan, epal Fuji~ hehe







Sebelum keluarnya Axia kat Malaysia, aku ternampak ini dulu kat japan..


Yang ini menyentuh jiwa sikit.. it show how good family support among Japanese.. walaupun mak dia dari apa aku nampak macam ada hemiparese (lumpuh sebelah badan) anak-anak still sanggup tolak bawak jalan-jalan menikmati keindahana alam.. Kat Malaysia... hmmmmm jarang nampak sesihat macam ni~ 


Epal Fuji..
Camera action.

Puas aku berjalan tapi masalah semasa nak balik aku tak tahu nak tunggu bas kat mana.. Sebab sejam bas tak datang-datang pun.. last-last bila nampak bas turunkan penumpang aku terpaksa kejar nak tengok dia parking kat mana.. rasa macam &*#^#&*@&*.

Apabila sampai semula di train station.. Bila fikirkan surrounding sejuk beku dan tak banyak sangat populasi kat area sini, aku mengambil keputusan untuk pulang ke Tokyo semula.. Lagipun time macam ini malam sangat panjang.. nanti aku mati kutu tak tahu nak buat apa kat sini.. at least kat Tokyo ada juga tempat nak merayap atau cuci mata..Ops~

Fujikyu line versi antik.. 

Aku kembali ke Tokyo semula dengan beg sebesar anak tapir.. Kali ini aku menginap di K House, area Asakusa juga.. most hostel murah banyak kat sini je.. sebaik aku check in aku akan di brief pasal Asakusa dan sistem train di Tokyo macam aku first time plak datang sini.. Ingat nak book 2 malam terus.. tapi cuma satu malam je available. ayat clishe setiap hostel kat sini. stress aku hidup pindah randah.


Sekitar Tokyo Day 2.

Pagi keesokkannya ak keluar awal lagi sekali sebab kali ini nak tengok pokok red kokia tuh.. sebab time autumn je deorang tanam di sekitar Hitachi Seaside park (Klik sini).. Sebaik keluar hari ke-2 di Tokyo, cuaca masih sama... cisssss (panjang sangat cisssss tu)


Tapi takpe harap tengahari ada kemajuan dari segi cuaca ni. Sebelum ke station Ueno (JR) aku singgah bersiar-siar kat Asakusa street market ni..cari survenier sikit...

Super hitachi.. 
kastuta city.

Dari Ueno station to katsuta station menngunakan Super express Hitachi. Harga train termasuk dalam JR pass. Dan dari Katsuta bole menaiki bas ataupun local train. Aku nampak train yang digunakan pun agak antik.. tapi masih boleh di gunakan lagi.. kebanyakan penumpang adalah pelajar sekolah.. Sebab ada station yang berdekatan dengan sekolah sepanjang perjalanan ke sana.

Camni rupa train yang antik dan masih digunakan..




Dengan bantuan orang yang lalu lalang dapatlah aku menjumpai kawasan Park ini tapi hujan turun renyai-renyai..

Jadi petang itu aku kembali ke Tokyo, tiba di ueno pun dah dekat malam... erk~ tershopping pula kat sini.. hari tersebut berakhir lagi sekali di Akasuka.. Kali ini ke ke Khason hostel Asakusa.. area hostel ini agak mengelirukan sebab aku tak tahu pulak yang dari Nakamise Shopping Street boleh jalan tembus merentasi Sensoji temple sebab hostel ini terletak di bahagian jalan sebelah belakang sensoji temple. Aku terpaksa buat pusingan besar yang rasa kaki nak patah berjalan malam tu dengan membawa beban kat bahu.. 

Sekitar Ueno

Hostel Khaosan Sunshine ni agak baru.. Walaupun private room aku minta tidak disediakan, tapi room shared 8 orang semua di asingkan macam capsule.. tapi di perbuat daripada kayu dan dalam dia lebih spacious dari capsule hostel.. Haha 

duduk melayan perasan sengsorang... 

 To be continued...

7 comments:

Azra said...

lawanye kawaguchiko time autumn ... doc ko pegi ni on the 12th november ehh?? kirenye time ni dedaun dah banyak tukar kaler la yer kat situ

PaE said...

Hahahaha... jgn la buang tong sampah.. nanti senang aku nk refer next autumnn.. moge complete entry ko ni seblum next autumn... lalalala

Cantik tul bunga merah2 ni.. tp asik ujan jer autumn..

Kire aku bernasib baik la bertemu Mt Fuji aritu ekk... huhu.. Syukurrr..

Ren said...

Cantiknya...mana gambo Gunung FUJI?????


ok tu je nak komen.

NEKCIK said...

Eh doc tolong jangan buang..nekcik belum lagi sampai jepang ni..nanti sosek silap train ...daun daun tu macam lukisaan jer..betol ke..he..he

Mie said...

Dah doc pun mirip Nihonjin... manalah orang Msia nak kenal.

MASHIRNANI said...

Amboi2 bersih mata blk malaysia kan...lol

shah_rule said...

Azra: Betul.. kalau nak datang kene mid atau hujung Nov.. pernah pergi bulan 10 tapi mmg terlalu awal..

Pae: OK ak dah habiskan tau entry.. ceh nak berlagak.. dah jatuh cinta dengan jepun la tuh..haha

Ren: Gambar fuji kat muka train je tu aku dapat time ke sini.. haha

Nekchik:memang train bersepah nekchik kat sana.. kene jugak la rase sesat itu..

PLM: mata sepet sikit nak buat cam mane.. hehe

Mashirrani: cuci pakai clorox kat sane.. haha