ADVERTISEMENT

Autumn Moment: Japan another visit (LAST)

Akhirnya berjaya habiskan entry Japan walaupun sedikit rojak..
Terima lah seadanya~ :-P
_____________________________________________________________________________

Malam kat Tokyo kali ni aku duduk bertapa bawah kolong.. Haha bukan bertapa kosong, tapi pertapaan penuh dengan research bagi melengkapkan visi menangkap si Fujisan..
Sebelum tidur sempat berdoa supaya sang matahari menunjukkan paras rupanya..


Di sebabkan terover semangat, jadi terjaga awal~ memang lah tingkap nampak gelap lagi sebab awal pagi. Selepas menyiapkan sarapan.. Dari kitchen dah ada view area Asakusa. Senoji temple pun kelihatan bersebelahan.. Owh yes hello sunshine..

Sekitar hostel..

Punyalah berkobar-kobar nak keluar pagi tuh.. walhal reception pun tak bukak lagi aku dah siap check out. Ke mana tujuan hari ini? Aku akan kembali ke Nagoya dengan route Osaka dulu makan sushi dan kemudian ke Nagoya.. Sebab hari esoknya dah nak balik.

Pagi ke-3 di Tokyo barulah merasa di limpahkan dengan cahaya matahari pagi.. Dan misi menangkap si Fujisan diteruskan..

Seakan jakun bila tengok pelbagai model Shinkansen.. Double decker pun ade.

Waktu malam tu sempat mengadu kat kawan aku, dia pernah lama merayau kat Tokyo. Ceruk mana dia masuk tangkap si Fujisan.. jadi aku dapatkan khidmat dia.. Memang banyak spot bersebelahan railway sekitar Fuji menarik minat penggemar photography menembak keindahan Mt Fuji, volcano tertinggi di Jepun. Aku pun tak nak melepaskan peluang untuk mendapatkan gambar sedemikian. Jadi gigih lah bertukar train dan menapak. <klik MANUAL>

Tempat yang paling legend yang banyak orang jepun ambil untuk komersial terletak di pekan perndalaman di sekitar kawasan Fuji. Kawasan ini tidak jauh dari station JR Yoshiwara. Dengan menggunakan JR pass maka perjalanan pergi dan balik adalah percuma. hihi


Dari Tokyo aku ke Shizuoka menggunakan Shinkansen Hikari.. Sempat juga snap gambar dalam shinkansen sebab terlalu gembira tengok hari yang cerah.

View dari Shinkansen..

Dari Shizuoka setelah membenamkan beg di dalam locker, aku menaiki Ltd Exp Fujikawa ke station JR Fuji. Dan dari sini aku ke Yoshiwara menggunakan JR Tokaido Line.. Perjalanan memakan masa dekat sejam setengah.

Kejiranan Fuji
Kalau ada anak aku tuition kan kat Kumon sini.. Haha

Sebaik tiba di Yoshiwara, aku berjalan merujuk kepada map, dalam anggaran 20 minutes merentasi kawasan perumahan dan perindustrian sehingga sampai di kawasan sawah lapang bersebelahan dengan rail Shinkansen dan di belakangnya tercegat si Fujisan.. (Cubit pipi sikit)


Walhal aku sengsorang je makhluk yang ada duduk camwhore dan snap berpuluh-puluh gambar kat sini.. konon2 terharu.. haha

layan tak?? haha
Kemudian aku berpatah balik ke station, haus? Jangan risau tepi-tepi jalan banyak vending machine..


Jadi misi terakhir aku ke Osaka, sempat setakat berjalan-jalan kat Namba, Osaka.. Sambil makan sushi. Hehehe

Approaching last Shinkansen usage.. sedehhhh


Sistem metro Osaka

Malam tu aku berlepas ke Nagoya, untuk makluman ini adalah hari terakhir penggunaan JR Pass, aku yakin aku dah gunakan lebih daripada apa yang di bayar~ hehe puas hati aku.. Memang berbaloi kalau kaki jalan pakai pass.. nak make sure lebih daripada apa yang di bayar~ haha


yummy sushi.. sebelom cherry berry..



tetiba terpukau.. best siot~
Malam tu aku singgah di Ann Hostel.. Hostel yang di ubahsuai dari sebuah rumah terletak di kawasan Kanayama.. Aku pilih ke sini sebab berdekatan dengan metro.. dan dari sini juga boleh naik train terus ke airport.. Penerbangan di jadualkan pukul 6pm keesokan hari.


Budak reception ini suruh aku makan segala benda dalam fridge.. its free. tengok tengok semua buatan malaysia..
Malaysian people are too kind hearted.

Malam agak sejuk, aku sempat juga berpusing-pusing di area Kanayama ini~ boring juga duduk akt hostel malam yang panjang...

Sekitar Kanayama
Keesokan pagi ini sepatutnya aku nak bangun awal untuk bergegas ke Korankei Valley, at least boleh la mengisi aktiviti last day kat Nagoya sebelum pulang ke tanah air.. Tapi subuh keesokan harinya aku diserang sakit perut cherry berry yang melampau.. adeeh~ pape ntah yang aku dah sebat masuk perut kat Osaka tu.. perut tak tahan ikan mentah agaknya.. sampai lah pukul 9 baru perut beransur pulih.. jadi aku tak berani nak mengambil risiko jalan jauh-jauh..

Akhirnya sebelum trip berakhir aku sempat meronda-ronda di Ossu Kannon Temple..


Aku bukan nak ke temple ni, tapi berdekatan kawasan temple ini ada macam-macam kedai jualan.. rupanya macam shopping complex je~ aku layankan saja sambil makan kebab di restoran abam turkey~ dah dia cakap melayu dengan aku.. erk singgah la.. (Senang terpedaya kan! ) haha


Orang kata pekan ini semirip Akihibara shopping street di Tokyo.. Tapi bagi aku biasa2 jee.

Dekat jam 3 petang aku kembali ke hostel dan mengambil beg untuk bergegas ke airport.. Airport Nagoya pun boleh tahan sebab ada open area untuk public tengok plane secara dekat.. dan para-para plane spotter pun bersepah kat sini..



Sekian entry penghabisan trip Autumn tahun lepas versi super malas,... :-)

8 comments:

John | Kaki Berangan said...

Cunnyaaaa fuji dicelah rumah tuh! Tepuk tangan dari jauh sbb dh tamat. Hiks

mrs.smile said...

clap clap clap..pencapaian membanggakan juga tu doc! agak cepat juga siap entry nie :P



Azra said...

Gambar Fujisan + Shinkansen tu ... terbaekkk!!!

PaE said...

Ko sempat naik observation area kat Nagoya Airport tu ea.. aku yek2 jer plan nak naik tp dah kepenatan. Pengsan kat hotel jek.

Kegigihan mencari Fujisan aku bg 5 bintang!!.. nasib dapat.. klu x sure frust.

Chawanna Na said...

ala bestnye jalan2 kat area kampung fuji tu, lawa plak tu..

Anash said...

akak tak pernah tengok gunung fuji
ok
bai


ripit? jom...

NEKCIK said...

Soon

Farikica said...

Oohh fuji..kenapalah ko menyorok hari tu...? sob..sob.. aishh... cantik sungguh fuji itu... berbaloi ya penggunaan pass...memang untung sesangat, digunakan semaksima mungkin...haha...