ADVERTISEMENT

Footprint - Europe : Intro (Part 1)

Salam semua..Bersiaran kembali buat julung-julung kalinya~
Sekarang sudah pun selamat tiba dari trip yang tak seberapa panjang ke benua Eropah..
Selamat sudah masuk kerja dan dugaan kesibukan tahap jonah atau maksima sebaik sahaja oncall sehari selepas pulang dari travel..

Post travel blues...
Kemudiannya aku tertido sambil menaip report CT scan dan menaip perkataan pelik-pelik..
Sebaik boss nampak "Since when you know to report in Greek ?" **Blushing

Sebaik tiba rasa tak sabar mem-blogging jelajah Eropah kali ini, sebabnya masih fresh dalam ingatan Haha You will see after a few week.. lupe sudah agaknye~

BTW perlu ke korang rasa aku teruskan entry "Sunflower field Trip" tuuu? hehehe

Mukadimah untuk trip kali ini, aku pada mulanya memang berkeinginan nak ke Europe dalam waktu spring/summer.. tapi tiba-tiba aku di jemput oleh tiga sekawan yang dah siap beli ticket ke Paris melalui Qatar~ deorang ini diam-diam je rembat ticket Qatar dengan harga RM2100++/return. Dan aku sempat melihat harga tersebut dipaparkan di website Qatar Airways tapi sebaik habis aku fikir masak-masak, promotion pula dah tamat~ Nangisss

Tapi selang seminggu dua, Emirates airline pula menyambung legasi harga runtuh~ kali ini RM2200++/return. Mesyuarat tergempar dilakukan end up lagi 7 orang sepakat untuk join.. Maka bermulalah aktivit locum bermati-matian untuk kumpul duit.. Haha Boleh~

Maka masing-masing mengalami kesibukan tahap melampau~ dan sempat juga aku buru ticket2 murah untuk regional airline di sana, setelah confirm ticket flight yang lain barulah decide activities dan tempat-tempat yang bakal di kunjungi.

Untuk menjimatkan masa dan meringankan beban masing-masing, setiap seorang di agihkan untuk mengetuai rombongan cik Kiah di kawasan2 tertentu. Maklumlah semua busy~ Senyap dekat sebulan seminggu nak bertolak baru semua came out with tentatif masing-masing. Sebenarnya most of them tak selalu sangat travel dan travel cara sengkek/minima macam ini.. Sangat kene set mind set masing-masing~ actually bukan untuk murah je tapi keselesaan di utamakan memandangkan masing-masing pun stress dengan kerja..

Pengenalan

Trip kali ini disertai oleh kawan-kawan aku sendiri yang sama-sama menjalani latihan housemanship dari awal hinggalah tamat dan sekarang semua dah jadi residence di Jabatan yang berlainan.
So specialty masing-masing agak berbeza jadi kalau ada isu boleh dibincang dari persepsi yang berlainan.. Berilmiah juga trip ni ye dak~ di samping rasa selamat dan terjaga kalau jadi pape.. Bekalan ubatan pun lengkap..

Permulaannya apabila kami start decide untuk berangkat pada 2 May, sebab perlu di ambil kira yang turut serta ini bukan semua accessible nak sampai KLIA, siap ada yang bertugas dari Klinik Kesihatan Kundasang dan Hospital Sandakan.. Jadi tak perlu rush sangat.. Kesian pula~

2 weeks cover Europe~ actually memang akan terlintas kat kepala korang, sebab trip ini hanya singkat untuk jelajah europe.. Kami memang bersepakat untuk jalan dan have some happy times together~ Kerja macam kami ini bukan dapat cuti lama pun.. As long as we having fun dan lari sekejap dari hiruk piruk kerja dah memadai.. Dan tak ada apa aku nak buktikan (bak kata chawanna) Dan dah alang sampai tuh apa kata kita lanyak je sekali.. hehe

Main target kami pada mulanya adalah Switzerland dan Santorini, Greece.. Tapi disebabkan aku dapat ticket murah ke London.. Jadi aku re-route trip sendiri sehinggalah kami dapat menjejakkan kaki ke Greece. Dan terpaksa patah balik melalui Paris disebabkan harga ticket yang murah. Faktor aku buat route seperti ini bergantung pada kos perjalanan. Jadi terpaksa lah gigih dan tabah demi harga murah~ cheapskate sikit... Total expenses will be summarized later~ sebabnya aku tak habis buat kira-kira lagi.. Maklumlah balik travel terus kene oncall bertalu-talu.

Departures:

First flight untuk trip ini bermula di Johor Bahru.. dah macam ada rasa nak start Amazing Race time ni~ 

Jadi ini pertama kali aku menduduki penerbangan Emirates, sibuk orang kata mahal tapi kami dapat harga murah~ lagi murah dari penerbangan nasional malaysia airline.. Penerbangan di jadual di sebelah pagi jadi aku terpaksa menghuni airport antarabangsa KL takut flight awal pagi delayed.. Jadi aku sampai malam sebelum berlepas. Untuk pertama kali aku ke Capsule hotel, selalu asyik penuh je. Dan kali ini aku dapat duduk dalam capsule ini dengan harga RM 80 untuk 6 jam. Jadi dapatlah merehatkan diri di dalam capsule feeling-feeling transit kat Japan.. Haha

Back into the capsule.. Cyborg No 18.2 Lol

Meet up semua ahli jemaah di ruang daftar masuk~ tapi apabila tengok beg masing-masing.. "erk nak backpacking ke??" sambil jeling kepada semua beg tarik yang ada.. Whatevar it is, semua sanggup mengangkat dan berpindah randah dengan beg deorang~ jadi aku dah brief awal-awal takut ada complaint masuk facebook, boleh buat bergaduh nanti.

Banyak tiket dia bagi..jangan hilang sudah~
Kuala Lumpur International Airport.

Ready for boarding..
Selesai check-in dan melalui immigration clearance, salah seorang pula tak lepas.. sebab? passport expired within less than 6 months.. Macam ini lah ragam kalau semua duduk busy kerja~ passport pun tak sempat tengok agaknya.. Tapi setelah di-interview pihak immigration lepaskan dan scary part is "bergantung pada immigration sana nak terima ke tidak".. Agaknya debor macam mana lah perasaan tu kan.. And we will landing in London, banyak ragam juga orang kata immigration dia..

Penerbangan tepat pada waktu yang di jadual. Penerbangan ke Dubai mengambil masa 6 jam setengah menggunakan pesawat Boeng 777-300 dan bertukar ke Airbus A380 dari Dubai ke London yang mengambil masa lebih kurang 6-7 jam macam tuh.. Aku super-excited sebab pertama kali menaiki pesawat besar ini. Dan setelah naik still rasa macam naik pesawat biasa dan kelajuan tak beberapa nak laju jika dibandingkan dengan B777 tuh.. transit kami di Dubai cuma sejam setengah, custom clearance di bahagian transit di Dubai airport nampak lancar~ dan sempat menunaikan yang fardhu disini.. Mungkin ramai yang risau kalau transit singkat macam ini, tapi memang sempat je..

Menghampiri tanah arab~
Landed in Dubai International Airport..
Ready for borading A380.. rakyat marhaein di kelas bawahan sajork..

Kami disajikan dengan satu heavy menu dan snack di setiap perjalanan. Tapi misalnya kelaparan yang serious, korang boleh minta instant noddles secara terus~ aku nampak crew dari Dubai ke London dan London ke Dubai sangat friendly tahap dewa kalau di bandingkan yang serves bahagian asia. Kebanyakkannya tidak duduk diam dalam menghulur air ataupun snack.

Main meal..
Snack petang.. 

Akhirnya dekat jam 8 malam kami selamat mendarat di Gatwick airport.. Airport ini seakan KLIA2 sebab selepas mendarat terpaksa berjalan melintasi skybridge tapi boleh tahan lah tak sejauh mana.. Di kawasan custom pun segalanya berjalan lancar.. Kawan aku yang passport nak expired tu pun langsung tak di-check expired date-nya. Cuma tips berdepan dengan orang di sini, jawab kene clear dan lancar.. Confident level kene 150% maybe dari situ dia nampak kita prepare everything for the trip.

Skybridge Gatwick Airport.

Malam tersebut aku agak risau dengan bekalan makanan yang aku bawak, since memana aku pergi kebiasaanya minched meat, rendang ayam yeos dan sebagainya tumpas untuk diseludup masuk.. Even dia nampak spaghetti sauce yang berperkataan "cheese" terus di rampasnya~ actually dalam beg kawan aku ada juga rendang ayam, tapi lepas je.. cuma aku risau sebab banyak aku bawak dalam satu beg.. so takut lah obvious sangat.. So for maintain selamat dan taknak ambil risiko aku declare segalanya dan tinggal 2-3 tin je bahan makanan yang tinggal.. semuanya paste yang pure tomato.. haha

Untuk malam pertama kami di bumi Eropah, aku bercadang untuk terus carik tempat rehat di area Gatwick sahaja memandang masing-masing penat selepas berjam-jam perjalanan. Jadi kami ke Gatwick travelodge dengan harga lebih kurang RM80 per person.. Di sini kami buat meeting dan plan segalanya.. Kat malaysia ingat sempat ke nak meeting dah sorang kat utara, selatan, sabah.. haha

Bilik untuk 3 orang.. 
Di sekeliling airport memang banyak hotel-hotel dari yang murah sampailah yang berbintang-bintang.. Perkhidmatan bas pun agak kerap dan memang dia masuk setiap hotel yang ada di sini. Sebutkan sahaja nama hotel~ Bus fare dari airport ke hotel : GBP 3.


To be continued..

13 comments:

Farikica said...

Hi doc! Ooohh emirates sampai di gatwick ya..? baru saya tahu... ingat di heathrow... gatwick mcm x berapa strict compares to Heathrow kan..? sbb penah landing sini jugak, kalu stenstead lagikla x herannya mika... kawan u yg pasport x cukup 6 bulan tu mesti x senang duduk dalam flight eh...? haha..dah la flight lama.. ke die buat x reti aje... lama dah x backpack macam ni... rindu... blh pulak u all dpt cuti 2 minggu 1 stretch ya... imigresen uk check makanan beria eh..? x tau plak.. adelah kluar masuk UK beberapa kali, buat bodoh ja bawak food sebab ingat mika x kisah..he..he...

Aku Seorang Pengembara said...

tahniah Doc, berjaya mencutikan diri panjang2...

Cik-Anne said...

wah..bestnye trip u doc...naik emirates...

Mie said...

Bestnya dapat cuti panjang2...tapi ongkosnya pun panjang kan doc...

shah_rule said...

Baru2 ni je kot emirates start turun sane.. Imigresen ok je.. Cume jujur sgt nak g declare.. Haha tapi rasenye lepas ni masuk tak yah declare pun xpe.. Bila sampai dubai member tu jadi gelabah.. Haha ksian kot tak senang duduk..

shah_rule said...

Haha kalau boleh nak lagi panjang.. Tapi apakan daya seminggu hilang pun boss dh tnye mintak naik awal..

shah_rule said...

Biasa2 je.. Jarang cuti panjang..

shah_rule said...

Takde la panjang mane pun.. Kos?? Haha kene bkerja keras la gamaknye..

PaE said...

Tu dia.... tenggelam bunga matehari trus!!.. i want more.. tetibe..
murah tic tu.. sob sob.. nk hunting gak la.. :p

Anash said...

klu akak..
surrender tetiba
sebab senang kena panik attack

huhuh
beribu-ribu rm tuh...

Chawanna Na said...

amboi kemain doc! awassss! sibuk tahap jonah tu apa? hahahah

shah_rule said...

kak anash: ken try la tgk gelagat akak.. kat epot mane2 pun mesti nak panik..

Chawanna: sibuk tahap kesialan camtuh.. haha

budak kampung said...

First time aku baca blog seorang doktor. Awesome. Aku akan tanda blog ni. Hari kau terbang, hari aku balik dari trip.