ADVERTISEMENT

Footprint - Europe :Amsterdam - Super Rushing day (Part 3)

Setelah di kacau berkali-kali akhirnya bas berhenti.. Bila tengok luar tingkap apesal tak nampak pun bangunan yang ala-ala klasik.. Bila turun nampak lah tram station sebelah Station bas ni.. Rupanya lepas turun bas ni semua kene naik tram (bayar sendiri ok!) untuk ke Amsterdam Central Station. Tambang di kenakan EU 2.90/one way.. Tapi aku macam nampak orang terus beli Regional pass kat dalam tram ini.. Yang kami terpinga-pinga tak tahu pun sebenarnya nak dapatkan Regional pass tu kat mana..

Amsterdam Central Station
Sebaik tiba di Amsterdam Central Station, kitorang start bongkar baju mana untuk di pakai dan kemudiannya ke tandas, terdapat shower room kalau nak mandi sekali kat sini.. Dan seterusnya kami ke luggage storage untuk simpan beg.. Storage room kat sini dia sediakan locker pelbagai size dan ianya self service.


Locker yang hanya menerima kredit kad. 
Mungkin semua dah sedia maklum antara tarikan-tarikan utama di Amsterdam. Bunga tulip, Kincir angin, terusan-terusan berserta bangunan yang berumur ratusan tahun. Ya kami akan cover semua ini dalam kurang dari 24 jam.  Haha patah kaki di buatnya..

Untuk menjimatkan dan memudahkan perjalanan  korang untuk cover satu Amsterdam ini, terdapat pelbagai pass untuk pelancong, jadi pilihlah mana yang sesuai. Untuk trip kali ini, aku dapatkan Regional transportation pass yang berharga EU 13.50.. Dalam regional pass ini, dia akan cover semua jenis tram, dan bas dalam Amsterdam ini. Aku pun agak confius sebenarnya mana nak beli ragional pass ni, puas kami belek setiap mesin yang ada ternyata gagal. Dan rupanya regional pass dan segala pass mereka jual di satu post berhadapan dengan Amsterdam Central Station ini, ada post untuk tourist information di hadapan station ni.. Kene keluar melintas landasan tram..

Regional pass berserta map kecil di dalamnya.

Setelah tiket masing-masing di tangan, dan di sebabkan sumpah seranah "petir" team TA dah expired, di hari yang cerah kami mulakan dengan menaiki bas ke Zaanse Schnns.. Kawasan kincir angin yang menjadi daya tarikan di Amsterdam.. Perjalanan menggunakan bas mengambil masa dalam 40 minit dan kekerapan bas setiap 30 minit.


Tiada bayaran di kenakan untuk masuk ke kawasan kincir angin ini. Actually pada zaman mereka bergantung sepenuhnya pada tenaga angin, merata-rata terdapatnya kincir angin.. malah pelbagai jenis dan teknologi yang berbeza diguna pakai bagi setiap satu kincir angin. Jadi deorang dah bawa segala jenis kincir angin dari merata tempat dan di letakkan di daerah Zaanse Schans ini.. Ada yang boleh masuk kalau korang nak jengah meniliti setiap kincir angin yang ada, rasanya ada caj di kenakan.. Selain kincir angin, kat sini deorang jual banyak cheese. Pelbagai jenis ada.. Kalau tak beli pun pergilah rasa tester yang ada... Hahaha keji tak aku!

Souvenir pun banyak di jual disini.. Kalau di bandingkan dengan souvenir kat city centre, harga tak jauh beza pun. Jadi tak rugi sangat kalau awal-awal dah beli kat sini.

Sempat berkelah kat sini.. Ikhsan selimut emirates di buat alas.

Kemudian kami mengambil bas yang sama kembali ke Amsterdam Central Station.. Kali ini kami menuju ke Keukenhof Garden, yang merupakan kebun bunga yang menempatkan lebih 7 juta bunga pada musim bunga dan early summer. Kawasannya pula adalah dalam 32 hectares, mahu tak tercabut kaki~ Harga ticket EU 16.

Untuk ke Keukenhof, kami menggunakan tram untuk ke station Leidseplein, kemudian menaiki bus Connexxion 197 ke Schipol airport dan dapatkan bas ke Keukenhof di perkarangan airport.. Total perjalanan mengambil masa dalam 20 - 30 minit.. Cuma perlu tunjukkan sahaja regional pass pada driver, dan segalanya percuma. Haha

Schipol Airport, Amsterdam
Setibanya kami di Leidseplein, berhati-hati lah ketika nak melintas menuruni tram sebab jalan dia sangat berselirat (complex).. tiba-tiba kumpulan kami di sapa seorang auntie melayu yang dekat 20 tahun menetap di Amsterdam..  Banyak juga tempat dia syorkan untuk kami lawati di Amsterdam~ dan yang paling best dia tanya group study kat mana ni?? London?? Owh well semua terasa diri masing-masing muda ibarat baru habis SPM.. haha



Setibanya kembali kami di Leidseplein, mulalah mengingatkan kembali direction yang auntie tadi kasi untuk mencari kedai makanan.. Sambil mata mengusha kalau ada starbuck sebab nak dapatkan thumbler~ haha akhirnya kami end-up dengan early dinner di kedai masakan Istanbul.. Haruslah makan kebab.. Oleh sebab kami sahaja yang ada dalam kedai dia, terus susun meja-meja dia siap buat partition untuk solat.. uncle ni pun ok je~


Apabila dah puas berjalan dari Leidseplein sampailah dah takde tram yang lalu.. Nak tak nak kene pecut juga balik Amsterdam Central Station tu sebab nak kejar bas ke Paris pula pada malam tu.. Kebetulan pada malam tu ada hari peringatan bangsawan ke ape di perkarangan Dam Square, agaknya sebab tuh tram semua ditutup.. Kejis tak bagitahu awal-awal ada event.. Jadi memang melecet kaki jalan nak balik semula ke Central Station dan kemudian mendapatkan tram semula untuk ke terminal bas..

Marathon berakhir di sini..
Next destination.. mengigil selamat sempat sampai..

To be continued..

12 comments:

Aku Seorang Pengembara said...

Somput akak bace...

NEKCIK said...

cantik banget kawasan situ..fresh bau kampong yang nyaman...

shah_rule said...

Marathon satu hari nak mengingatnye pun semput.. Hehe

IBU PUSPITA said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ren said...

Ui bestnya kincir Angin, tulips dan berkelah di tepian kali!!!!

PaE said...

Canteknyer tulip!! Running man sgt cover sume dalam sehari..

PaE said...
This comment has been removed by the author.
anyss said...

assalamualaikum,
fuhhhhhh bestnya. ambo tak pi tempat kincir angin tu...dahhhh nyesal

MASHIRNANI said...

nmpk cm laju...tp pict2 die romantik eh...kn g ni...

crescent said...

update please...hahaha

shah_rule said...

Anyss: wsalam memang banyak tempat nak pegi lagi sebenarnye kat amsterdam tapi apekan daya ada satu hari je.. hehe memang kene repeat la next time hehe..anyss pun jom repeat same.. haha

Mashirnani: bole la layan blues romantika kat sini.. hehe ape yg laju? kincir angin? tak laju laaa..

crescent: tengah update dalam hati.. LOL

MASHIRNANI said...

Lol kompem bkn kicir yg laju tu
tp.... x ngat dh ap...hahaha