ADVERTISEMENT

Footprint - Europe : London- One day trip (Part 2)

Tak sangka bangun pagi kali ini aku di bumi London.. Dok sebut dari dulu, baru ni nak jejak kaki sini.. Tengok luar tingkap~ ooo London (expressionless)

Jam 5.00am... 
Jadi untuk tentatif sehari di London, mostly penuh dengan aktiviti sightseeing.. Dan dari semalam duduk ber-confirm dengan Byya dan John yang kebetulan ada di London~ Memang detail mereka berdua ini siap tanya aktiviti segala.. Ye lah bukan selalu jumpa kan.. Lagi-lagi semenjak mereka menetap di bumi Inggeris ni.


Dari Gatwick Hotel ini, kami sekali lagi menaiki bas yang sama ke Terminal South (Gatwick Airport). Di sini terletaknya train station untuk ke Central London.. Harga yang paling murah ke London adalah dengan menggunakan train biasa ke London dengan harga GBP12+..(Berdasarkan apps London Tube) Tapi kalau beli di kaunter dan beli dengan bilangan yang banyak, harga Boleh jadi lagi murah pula.. Asalnya GBP 15 jadi GBP 9.00+ sahaja.. Rase nak masuk dalam kaunter peluk makcik kaunter ticket ni~ banyak tuh dapat kurang~ haha #drama
Perjalanan mengambil masa 40-45 minutes untuk sampai di Victoria station.

Sebaik sampai di victoria station, kami bergegas ke kedai storage untuk meletakkan luggage yang ada. Caj dikenakan GBP10 bagi setiap bag.. Diulang semula supaya korang tak sibuk-sibuk tanya, harga dikenakan untuk setiap satu beg.. tak kira besar mahupun kecik.. Dah memang tak jumpa yang lain jadi tutup mata je dengan redha simpan beg disini..

Cuaca??? Cuaca macam sangat tidak gembira dengan kedatangan kami di London.. atau mungkin disebabkan message simbol PETIR dan AWAN HITAM dari ahli group TA yang tau aku ke bumi eropah.. terus hujan sehari tanpa henti.. AWAS korang~

Victoria Station, London.
Di sini aku dapatkan Oyster card (bukan octopus yer) dengan deposit GBP 5 di dalamnya yang boleh dikembalikan sekiranya refund di lakukan. Aku dapatkan juga segelas hot Latte dari costa coffee~ tempting nyer bau coffee dia di pagi hari..
Buckingham Palace, London.

Jadi destinasi pertama kami adalah ke Buckingham Palace.. Dari victoria kami jalan kaki sahaja ke sini.. Kelihatan ramai orang di pintu pagar menyaksikan pertukaran shift penjaga istana.. Hujan masih renyai-renyai tapi masing-masing gigih berdiri di tepi pagar.





Dari perkarangan istana ini kami berjalan lagi ke Trafalgar square. Kat sini terletaknya National Gallery of London.. Pusing punya pusing dah nampak Big Ben dari sini. Jadi kami terus berjalan ke arah Big Ben tersebut. Sambil melalui kawasan Post penjaga Istana.. Ramai juga orang datang sini tengok upacara pass-over mereka.. macam berlakon je deme ni.. ape kate??





Perjalanan diteruskan ke perkarangan Big Ben dan terus ke Eyes of London.. Nak naik biq wheels ni, of course la ramai orang~ walaupun ada yang nak naik, tapi bila tengok line panjang macam nakHar*m terus tak jadi nak naik.. Katanya untuk tebus perasaan sedih tak dapat naik Eyes of London, deorang ni nak masuk ke Madame Tussaud pulak.. kira counter back feeling tu..



Jadi expidisi pertama menaiki tube di London, dah nak tengahari baru dapat naik tube ni.. madame tussaud di London terletak berdekatan dengan station Marylebone, selang beberapa blok sahaja dengan shopping street terkemuka di London, yakni Oxford dan Piccadilly road.. Aku ber-tiga rasa taknak masuk ke museum wax ni pun bergegaslah tengok-tengok kedai di oxford road dan Piccadily~ Serious happening.. Boleh tahan tempting jugak tengok semua benda kat sini.. tapi perjalanan masih jauh, rasa tak perlulah nak beranakkan beg awal2..


Dari Piccadilly aku terus dapatkan tube untuk pulang ke Marylebone station.. Bertemu kembali dengan pengunjung2 wax museum tadi.. tapi rupanya deorang tak masuk pun sebab que yang tersangat panjang...

Setelah dipersetujui ramai, kami semua ke Knightbridge station dan menatap beberapa blok dari Harrods ke Harvey Nocholas Building.. di tingkat 5 bangunan ini terletaknya restaurant Burger & Lobter.. Hanya Lobster di hidangkan di sini.. menu dia simple je~ Lobster yang korang nak gigit2, Lobster roll (deorang dah keluarkan isi dan di masukkan dalam roti), ataupun Lobster burger.. Semuanya dengan standard harga GBP 20.. layan jugak lah kot~ kat malaysia pun aku tak makan lobster tau~ haha Tapi kedai ini agak ramai pelanggan, jadi terpaksa menunggu dalam 20 minutes.. elakkan waktu lunch hour atau dinner.. sure panjang que~


Kebanyakkan kedai dah mula nak closing kalau jam 5 petang~ jadi waktu yang ada aku cuma spend di perkarangan station bus di Victoria.. tuh pun kene menapak sedikit dari train station.. dan apabila sampai di Victoria station aku dah di buru oleh 2 alien dari #travelholicawesome.. Byya pun bawak John jalan-jalan kat London, dia pun nak jadi tourist kat sini.. Sempatlah kami berborak-borak sebelum keberangkatan ke Amsterdam petang tu..

Terpaksa beli coffee untuk ambik hati orang cafe ni.. haha
Owner Nero Cafe berdekatan station ini sangat baik sebab dia siap kasi kawasan tersorok sikit untuk buat tempat sembahyang~ deorang ini open minded je, so tak perlu rasa susah kalau nak berurusan dengan deorang ini.. Di sini juga kami berjumpa dengan 3 ahli kumpulan baru yang akan menyertai rombongan The Amazing race kali ini yang menjadikan kekuatan jemaah menjadi 10 orang.. haha

Bas ni mengamalkan konsep free seating, siapa cepat dia dapat seat tepi tingkap.. Setiap satu tu ada plug untuk charging,, dan yang penting free wifi~ haha 

Selesai seharian jalan tanpa henti di kota London, kami menaiki megabus ke Amsterdam.. Megabus ini merupakan antara bas tambang murah di Eropah.. Jadi tema macam airasia, belilah awal dan dapatlah harga murah.. Untuk perjalanan kami ke Amsterdam dengan menggunakan bas dan feri cuma berharga GBP 10 per person.. Perjalanan pula di waktu malam kira dah sekali dengan tempat tidur untuk malam tuh~ bangun-bangun dah sampai Amsterdam, walhal banyak kali kene kacau tidur sebab korang akan lalu di imigresen, kene keluar beratur dan kemudiannya kene kejut lagi sekali apabila bas memasuki ferry.. kat sini kalau dapat tidur pun dalam sejam - dua dan kemudian dikejutkan lagi untuk menuruni ferry.. kene masuk bas balik.. tapi demi kemurahan dan keriangan berganda kami gagahkan juga.. hahaha

Dalam ferry memang macam-macam ada, siap ada starbuck bagi yang penggemar coffee.. tapi you know what time is it?
haha untuk bershopping pun banyak free duty stuff... Jadi bila tak dapat tidur, aku merayau je turun naik ferry ni..

to be continued...

7 comments:

Anash said...

hahhahahaahah
kena tulah dari kami TA
kan....
kikikiiiiiiii

Anash said...

eh? FIRST?????

(sejak dapat hidayah..akak kembali cergas..hihihi)

Ren said...

UNTUNGLA PI LANDEN!
PETIRRRRRRR~

shah_rule said...

kak anash: terharu akak org first.. tapi part petir sambar menyambar tu tak terharu ke tgk gamba saye gelap jee.. haha

Ren: korang mmg perbuatan mak esah sangat.. haha

Aku Seorang Pengembara said...

Org kaya jjcm lobster kat landen.... Yong mampu tengok jer ler.. Menggeletor urat tekak...

kama maya said...

Tolong comment blog saya.
http://mybeautifuljourneydream86.blogspot.com/

NEKCIK said...

Nekcik pun makan lobster tau doc..tapi kena balik kampong sinuuun baru boleh...wah tumpang baca citer orang gi londong jerlah..macam tak mampu pergi rasanyer