ADVERTISEMENT

Footprint - Europe : Country hopping (Part 4)

Im back as you wish.. (gituh confident ada pembaca setia konon!)

Lupa nak introduce para-para jemaah pada kali ini.. Memang lah semua kawan-kawan aku, tapi ada yang lama ada juga yang baru first time jumpa.. tapi as long kepala sama, sure terus jadi rapat punya.. Dah biasa kerja berpasukan kan, jadi senanglah masing-masing dan masuk~ lagipun kami ini semua di background tempat kerja yang berbeza-beza. Tapi pengalaman berkerja sebgai satu pasukan memudahkan kami membuat keputusan.. Poyo gile 
1. Doktor Ju dari Hospital kt Kedah bahagian Perbidanan dan Sakit Puan, bukan selalu nampak dia senyum tau katanya~ haha 2. Ni doktor Dr Nadia bahagian Emergency dan trauma di Hospital Klang 3. Dr afiq yang tengah stress dengan boss dia di Jabatan Pembedahan Plastik 4. well its me part time doktor full time traveller~ haha 5. Dr Ameen dari Jabaran Anesthesiology Hospital Kuantan. 6. Dr naufal pun dari anesthesiology Hospital Sandakan 7. Dr Anuar (kiri) dari jabatan Ophthalmology Hospital Queen Elizabeth Dr Harriz (kanan) Klinik kesihatan kota kinabalu 8. Staff nurse Ameera (kiri) dan Dr Alif (kanan) dari Klinik kesihatan Kundasang, baru kahwin deorang ni, jadi kira honeymoon sekali kot~ 
Perjalanan kali ini merentasi beberapa negara, aku tinggalkan bumi Amsterdam seperti yang dijadualkan, mahu tak nyer sebab bukan aku yang drive megabus ini kan~ Wifi on board? system ni memang 100% perjalanan takde connection, mungkin sebab bas ni tak bayar bill berada di luar sempadan Great Britain.. Kalau perasan bus ni je driver seat belah kanan, manakala kereta di euro country adalah left sided.

Pape pun apabila bas bergerak terus masing-masing tertidur.. Bas ini memasuki perhentian di Brussels. Tak lama rasanya terus sampai Paris, 90 % perjalanan memang aku tidur je, sekitar 5am kami semua selamat tiba di Porte Maillot Station, Paris. Di sini merupakan perhentian bas, dan kebanyakkan airport bas berhenti di sini. Ada 3 airport di Paris, jadi sila research macam mana nak dapatkan shuttle airport masing-masing.

Pagi ini aku akan menaiki pernerbangan Easyjet ke Geneva dari Orly Airport. Direct shuttle bas aku tak jumpa yang tersedia di sekitar Porte Maillot, salah satu alternative adalah dengan menggunakan system subway. Dari Porte Maillot station kami ke Pont De Rungis - Aeroport d'Orly, tambang yang dikenakan adalah sebanyak Eu 12.05. Jangan sesekali lesapkan tiket train ini sebab bila keluar dari station ni, ada shuttle bas pulak yang bawak ke airport. Jadi tunjukkan sahaja tiket train tu dan terus dapat naik bas free, kalau tak menangis nak menapak.

Ada 2 terminal di Orly, terminal Sud (sebutan huruf Sowd dalam jawi agaknya) dan terminal Ouest. Actually dia membawa maksud South dan West je sebenarnya.. haha


First time aku manaiki Easyjet, dalam booking aku buat siap-siap check in 60kg untuk share, kejap lagi katanya tak boleh share, 60kg untuk one bag. Dan ko nampak ke aku bawak beg sebesar seekor lembu? Bila aku dah pissed off, aku campak je beg sekitar 20kg kat atas belt kaunter tersebut, dan sambil perempuan kaunter tanya, anything you want to add? Aku terus bengang dan start meninggikan suara kat situ, dan siap berlagak i can pay the excess..Lol..

Setiap beg dia nak check dan even kene ada satu bag je yang bole bawak naik masuk cabin, tak kira lah size kecik mana tapi dia allow SATU beg sahaja.. ntah pape ntah~ Bersabar je lah sebab aku ambik easyjet dari Paris ke Geneva dan Geneva ke Venice dengan harga Eu80 per person.. harap another flight will be cool dari orang kat Paris ni~



Perjalanan memakan masa dalam sejam lebih dan akhirnya tiba di bumi Switzerland..

Pertama kali terbang dengan easyjet, Airbus A320 tapi space dalam ni rasa lagi besar dari pesawat airasia.. Off course nak makan dan minum kene bayar.. tapi disebabkan sejam journey, perut tak terasa lapar pun..

Setiba keluar dari pintu ketibaan, selain menekan butang free train ke Geneva, aku berhasrat untuk mendapatkan 3 days swiss pass di airport. Sebab pernah ada orang dapat diskaun "buy 1 free 1" jadi sekadar mencuba nasib mana tau senyap2 dia ada balik kan.. Tapi setibanya di kaunter, setelah di sapa oleh wanita pertengahan tahun yang peramah, rupanya tahun ni takde pun buat sale macam tu.. Jadi terpaksa setiap seorang beli satu dengan harga CHF 210 ( dekat RM 900 tuu)..But believe me, it worth it~ setakat dari Geneva nak ke Interlaken pun dah CHF 80 one way~ belum kira naik cable car dan sebagainya.. Terpaksalah terima yang apa pun kat Swiss semua mahal.. Haha

Free ticket yang boleh didapati di hadapan pintu ketibaan..
Tunjukkan pass setiap kali menaiki pengangkutan di Swiss.  

Disebabkan most activity yang aku nak pergi berada berdekatan dengan Interlaken, jadi aku book hostel di Interlaken. Untuk ke Interlaken boleh je direct train dari Geneva yang memakan masa 2 jam. Tapi sebab nak lagi thrill dan merasa menaiki one of the Golden scenic train di Swiss, salah satunya adalah laluan dari Montreux ke Zweisimmen, dan dari sini kami menukar laluan ke Interlaken..
Actually kalau dah naik Golden Scenic train ni bermakna lagi mahal tiketnya sebab panorama yang cantik dan struktur train pun direka supaya dapat menikmati pemandangan dengan semaksima yang boleh..



Rumput menghijau dan landskap gunung bertabur icing.. yummy

Di Switzerland kami menetap di Happy Inn Lodge di Interlaken~ Kos penginapan sebanyak CHF 46.70/person untuk 2 malam.. Kami tiba pun hari dah semakin gelap, dan kebetulan hujan pula petang tu.. Pape pun kami rempuh, check in bilik..Selesai check in macam2 kupon pulak orang hostel ni kasi termasuk pass bas free dari terminal train ke hostel.. tapi tak sejauh mana pun, boleh jalan kaki je kot..

Hadapan Stesen Interlaken (west)

Tak terkata nikmatnya mandi air panas dan selesaikan kewajipan kepada maha Pencipta~ dan katil yang empuk.. hehe Journey yang memakan masa hampir sehari~ Aktiviti malam kami di habiskan dengan menjamu selera masakan india di Interlaken.. Mahal oooi~ sampai CHF 30 seorang.. tapi disebabkan sekali sekala makan di Interlaken, ku gagahi jua~ haha

Misi kemanusiaan yang kelaparan... 

Sambung lagi nanti.. :-)


13 comments:

crescent said...

first...lol...

PaE said...

Gitu ha.. rombongan docte2 sangat.. misi kemanusiaan habis nih...

shah_rule said...

cresent: semakin active mem-bloging skarang.. hehe

paE: nak refer memane bole bgtau.. hehe

Ain Mardhiah said...

macam mengenang cerita lama zaman student2 tu menghopping2 country gama amazing race.. haih, bila lah nk habis housemanship ni... nak travel balikk!

Ren said...

Nasib baik sepital semua tak tutup! Hahaha

PaE said...

hahahaha... gituuu.. pakar Orthopaedic plisss..

NEKCIK said...

Mcam misi mercy pulak ye...wah bestnya..takpelah kita tumpang nengok jer ye..tak kena bayar apa apa kaan

shah_rule said...

Ain Mardiah: habis HO nanti berjalan la memane, sebab cuti dah mcm org normal.. public holiday kita cuti sambung2, haha

Ren: kami pindah bawak hospital sekali, siap ade nurse pun ikot..

PaE: alamak sorry la tak ajak Dr Tan.. haha

Nekchik: pejam celik kang ade gamba nekcik kat swiss nanti.. macam jepun tuu... hehe

Ellie said...

Pertama kali nak komen...maklumlah silent reader eheheheeh.. Mmg betul pengalaman naik easyjet ni bab2 luggage mmg strict sesangat..yang cabin beg tu kena check sekali lagik size dan quantity walaupun about sedang beratur nak masuk kapai dah...cuak kena check berkali2....haihh

Teruskan update Doc..ada org gigih nak baca!

shah_rule said...

ellie: haha silent reader pun terasa sgt geram dengan easyjet smpai terpaksa post entry lepas geram share pengalaman.. hehe
thanks Ellie~ will update soon :-P

Cik Nurul said...

Lamaaaa sunguh CN tak singgah sini. aishhh :D

Part time doc, full time traveller? hmm.. hehe..

btw, selamat aidilfitri! tak kira, wlpn aildilfitri dah habis, tetap nak wish juga. nak pos kad raya, takut tak sudi terima. hehe...

MASHIRNANI said...

Yeaaay! Not so new post...hehe keep writing..we want more!! =)

NEKCIK said...

wallahualam.....