ADVERTISEMENT

Footprint - Europe : Meninjau antara puncak Eropah di Switzerland (Part 5)

Pagi pertama kami di Interlaken di selaputi hujan renyai-renyai dan cuaca yang kelam. hmmm nothing to said on spring weather yang selalu bertukar-tukar macam ni,


Walaupun sejuk di gagahi juga untuk berdepan dengan air sejuk di waktu pagi..hehe dan selesai mengalas perut kami keluar dari hostel seperti yang sudah di jadualkan~ tak kisahlah cuaca macam mana pun sebab dah sampai takkan nak duduk bilik saje kan~

Sesi bertafakur... 

Kami memulakan ekspedisi pagi ini dengan menaiki train ke Lauterbrunnen.  Lauterbrunnen ini terdiri dari beberapa perkampungan di kawasan hilir bukit yang juga terletak dalam daerah Interlaken ni, jadi perjalanan tak mengambil masa panjang dari Interlaken West, tempat kami menginap. Difahamkan kawasan Lauterbrunnen ni mempunyai lebih kurang 72 watefall, jadi dah boleh bayangkan betapa cantik landscape di sini..


Terdapat banyak peak atau puncak yang boleh di sambungkan dengan menggunakan cable car dari Lauterbrunnen, cuma kami semua bersetuju menaiki ke Schilthorn/Piz gloria yang mana kawasan ini mula di popularkan di dalam filem agen Bond pada suatu ketika dulu.. Jungfraujoch terpaksa kami lepaskan dulu disebabkan budget yang paras-paras hidung.. hehe

Jadi dari Interlaken west kami terpaksa menukar ke train laluan khas di Interlaken Ost ke Lauterbrunnen~ Jangan risau sebab harga tiket semua adalah percuma.. Kibas sahaja day pass depan konduktor train tersebut... Perjalanan memakan masa kurang 20 minute untuk sampai di station Lauterbrunnen~

Pernah tak korang senyap-senyap cabut cuti kejap lagi terserempak dengan boss di tempat ko pergi tu? Itulah terjadi pada salah seorang ahli dari Hospital Sandakan ni, turun-turun train terserempak dengan boss.. kene tepuk sekali dengan boss... hahaha mesti mengigil nak balik masuk ward agaknye~

Secara ringkasnya terdapat 2 laluan cable car untuk naik ke Schilthorn ni, tapi masa ketibaan kami di sini hanya satu lalun sahaja yang beroperasi manakala satu laluan lagi masih dalam proses pembaikpulih. Dari train station kami menaiki bas yang kebetulan berhenti di hadapan train station ini, Jadi kami menaiki bas tersebut dan berhenti di Stechelberg, yang merupakan station bagi cable car yang menaiki ke Gimmelwald. Gimmelwald adalah antara perkampungan yang terdapat di Lauterbrunnen.. Apabila tiba di Gimmelwald kami terus berpindah ke cable car satu lagi, kali ini ke Murren. Disebabkan waktu masih awal pagi, jadi tak banyak orang berkeliaran dan banyak kedai masih tutup.. tapi perkampungan di sini nampak antik dan sangat menyamankan.. Untuk tambahan, cable car sehingga ke Murren adalah percuma dengan day pass cuma dari Murren menaiki ke Birg dan Schilthorn, bayaran akan di kenakan~ dan untuk pemegang day pass harga diskaun yang dikenakan cuma CHF 40.

Rumusan perjalanan ke Schilthorn
Setibanya di Murren, sebelum kami membeli ticket cable car ke Schilthorn, boleh semak dulu cuaca di kawasan puncak, tapi dari cctv nampak lagi nampak biru di kawasan puncak, di fahamkan kabus bersama awan akan naik ke atas di waktu tengahari, jadi tak lama lagi kami bakal disajikan dengan hari yang terang diatas puncak kata penjaga kaunter di sini.. Jadi gembiralah hati tak sia-sia gigih menempuh hujan dari interlaken pagi tu..





Aktivit membuang masa di Murren.. 



View dari Birg, first station sebelum ke Schilthorn.
Selain pemandangan yang memukau sehingga nampak tasik di Interlaken, sudut informasi lakonan filem Bond turut di letakkan di sini.. pameran kat sini sangat interactive juga, bolehla korang posing dengan pelbagai prop dari filem dia ni... siap ada helicopter bagai~ percaya tak? haha Kene pergi tengok dan alami sendiri~ cewahh

Restaurant di puncak Schilthorn ini pula menawarkan pemandangan 360, rupanya restaurant ni berpusing 360 secara perlahan.. Nak tengok makanan, nak tengok pemandangan~ pandai2lah..

Bond exhibition on level 1
Magnificant view in Level 2

Turun semula ke Interlaken, hari semakin cerah dan cantik~ 


Setelah setengahari di habiskan menikmati pemandangan indah, kami pulang semula ke Interlaken OST dan berhenti makan tengahari di sebuah kedai masakan Turkey, tak kisahlah makanan apa janji halal~ Disebabkan taknak sia-siakan day pass yang ada, kami menaiki Golden Pass Panoramic train dari Interlaken ke Luzern.. Boleh ambil pemandangan petang sambil berehat di dalam train~


Perjalanan petang tersebut memakan masa hampir 2 jam.. Banyk sebenarnya sejarah atau architecture value yang terdapat di Luzern, tapi disebabkan masa yang ada pun tak banyak..Sempat menyusuri beberapa jalan sahaja di Luzern~


Chapel Bridge, 
Water Tower
Muat 10 orang dalam gamba tanpa monopod :-P

Bawa hasil tangkapan di supermarket untuk makan kat hostel :-)

Bersambung kot... Hehehehe

5 comments:

crescent said...

cantiknya switzerland...part gunung ganang bersalji tu tak tahan...jeles lah...hahaha...

Aku Seorang Pengembara said...

wow..jelez mata akak tengok gunung bersalji tu

John | Kaki Berangan said...

ahhhh rindu swiss! cantkkan lauterbrunnen. actually ade satu waterfall kat situ boleh lalu bawah dia. aku pn xtau kat celah mana nk carik! kah kah kah

shah_rule said...

Cresent : cantik sini.. Waktu musim cmni dah nak tertanggal dah salji die..

ASP: dpt ambik gamba je, bukan dpt bawak balik pun.. Hehe

John: ak rase yg dkt dgn pekan die kot.. Ke depan cable car station ni.. Ntah la x g carik pun..

Ren said...

uuu cantiknye swiss...ok nak pegilah bulan doblas ni.