ADVERTISEMENT

Footprint - Europe : Venice, Italy (Part 6)

walaupun asalnya semangat berkobar2 nak siapkan entry europe ni, ni tetiba datang penyakit "M".. terus merangkak bagaikan kura-kura..haha
___________________

Another day well spent in Switzerland, dan tibalah masa kami berangkat meninggalkan Interlaken.. Selepas bersiap kami ke station Interlaken West, dari sini kami dapatkan train intercity.
Train kali ni memakan masa 2 jam setengah termasuk pertukaran train di station Bern.
Sebaik menjejakkan kaki memasuki train express ini pun dah terasa exclusive train di Swiss ni..

Berbaloilah dngan bayarannya.. tapi kalau tengok warga emas di sini sangat terjaga dengan pelbagai pass aku nampak deorang dok pakai.. banyak keistimewaannya di hari tua mereka...
Pemandangan pun memukau sepanjang tasik Interlaken..


Yang paling tak sangka ada starbuck dalam train.. Yang ni aku jakun sekejap.. haha


Memandang masih awal untuk kami ke airport, sempatlah aku keluar menapak ke Tasik Geneva dan memborong (taklah memborong sangat) coklat-coklat swiss dan sourvenier di pasaraya terkemuka di Geneva..

Geneva train Station

Lake geneva



Sekembalinya kami di Geneva airport, sekali lagi kami menaiki pernerbangan Easyjet..Kali ini prcess check in berjalan lancar, walaupun ada beg-beg yang tak di check in pun x menjadi masalah di bahagian kaunter check in..Jadi kami memasuki balai perlepasan dengan gembira hati.
Sebaik tiba di pintu perlepasan, kali ini dia tunjuk belang balik.. check beg semua orang.. nak make sure satu beg sahaja... terus reject dah nak naik flight ni lepas ni.. tak boleh tahan betul..

Penerbangan berlepas tepat pada waktunya merentasi pergunungan Swiss Alps yang diliputi salji.. dan kami mendarat dengan selamat di Marco Polo Airport, Venice.

Sebenarnya aku tak jumpa ticket murah ke Rome, tapi di sebabkan ticket dari Geneva ke Venice tersangat murah, aku terus beli tanpa berfikir panjang.. Jadi sempatlah berjalan dalam setengahari di Venice dan pagi keesokkannya bertolak ke Rome.. Hahaha Kira sekali jejak dan tawaf je bandar Venice ni...
Arrival hall, Marco Polo Airport, Venice.

Dari Marco Polo Airport, sebaik keluar dari balai ketibaan dah nampak bas menunggu.. Ticket bas boleh didapati di bahagian kutipan beg.. One way transfer berharga Eu 6. Bas dari airport akan terus ke hentian Marco Polo yakni center dan tarikan utama di Venice.. Cuma kelainan sistem pengangkutan di sini, sebelum menaiki train atau bas, ticket yang di beli tu perlu di-validate kan menggunakan mesin penebuk yang terdapat berdekatan dengan pintu masuk bas atau train.. Kalau tak validate nanti disuruhnya keluar.

Itulah rupa tempat nak validate ticket..

Dari aiport perjalanan mengambil masa dalam 20 minit. Kami bergegas meletakkan beg di kaunter penyimpanan beg yang terletak di deretan kedai berhadapan station bas Venezia Santa Lucia. Tanpa berlengah kami berjalan dan menyusuri terusan San Paolo sehinggalah kami sesat dalam tu.. Haha


In front of Piazza San Marco. Simbolik macam dataran merdeka bagi deorang kat sini.

Jalan dan lorong di sini kelihatan sama.. Jadi kalau tak peka, lagilah disebabkan kerja waktu nak sampai ke Piazza San Marco dengan cepat, semua main jalan je ikut signboard.. Tapi semasa balik semua jalan dah jadi tak familiar dan akhirnya sesar lah kami... tapi di sebabkan kegigihan yang ada terpaksa lah gagahkan diri untuk berjalan sehinggal tiba di terusan San Paolo semula.. Selain hati berdebar2 secara tak langsung banyak juga jalan yang kami masuk..tiba-tiba jumpa hard rock cafe walaupun tak termasuk dalam ittenary.. haha



Terjumpa hard rock cafe di penghujung jalan..

Amazing sunset...

In keeping of searching for the cheapest souvenirs...


Pada sebelah malam pula kami sekali lagi menaiki bas ke Hostel Dori, pada mulanya aku pun tak tahu mana lokasi hostel ini sebab dia terletak di kawasan mainland.. tapi bila bertanya pada driver bas dan terus dia tahu nama hostel ni, ingatkan salah sebuah hostel yang senang di access..tapi end up kami berjalan sejauh 5km sebelum sampai dan kawasannya yang agak ke dalam pulak tuh.. Bersabar je la.. sampai2 pun apa je yg boleh buat..Tidur je la bila nampak katil..

Hostel Dori ini merupakan banglo di dalam kawasn perumahan yang diubahsuai menjadi hostel..Pilihan bilik yang banyak dari dorm sehinggalah ke private room yang agak bersesuaian dengan jumlah kami ini. Walaupun kawasan agak ceruk, tapi bilik dan toilet yang selesa, dan restaurant ala vertigo kat belakang tu.. sebab dah lapar sangat terpaksa sauk makan rumput roll.. tuh je yg nampak halal di makan...


Haha Pagi keesokkannya bergegas lagi kami ke station keretapi Venice bagi meneruskan perjalanan ke Rome..




To be continued...

3 comments:

crescent said...

bestnya dalam train ade starbuck...hurm bila nak lepak belanja starbuck ni...hahaha...

NEKCIK said...

memang superb view view di sana tu ye...iyalah pestaim jumpa starbuck dalam train ye....nnti kalau kopitiam ada dalam ktm dah tak heran lah kan

NEKCIK said...
This comment has been removed by the author.