ADVERTISEMENT

Footprint - Europe : Santorini, Greece (Part 9)


Ok nak rush habiskan entry tertunggak ni.. Bertabah lah untuk next trip yang mendatang.. Macam dah terlupa saje.. hehehe

Bangun pagi rasa sejuk je dalam rumah yang seakan igloo ni.. haha tapi diperbuat daripada tanah gunung berapi, bukannya ice.. Semua buat tugas masing-masing untuk sediakan breakfast.. Ntah taktau tetiba aku terbeli tepung cucur masa kat Jaya groceries kat KLIA2 tempoh hari.. hehe
Disebabkan nak balik dah esok paginya, maka makanan free di dalam peti wajib di habiskan.. terhirup plain youghart dalam peti tu.. tapi rasa lain macam pulak, semua cam tak lalu.. Alamatnya ke tongsam jawabnye..

Good morning santorini... ekhh cekodok?

Aktiviti hari ini seperti yang di rancang adalah untuk cover beberapa attraction di bahagian selatan pulau Santorini ni.. Disebabkan sistem pengangkutan yang hanya bergantung dengan perkhidmatan bas, jadi kami bergegas ke pekan berdekatan iaitu kamari beach.. Kat sini banyak tour company.. terselisih dengan auntie dan uncle dari Penang, katanya sewa saje kereta.. Tapi agak2 lepas ke kalau hanya ada lesen dwibahasa yang baharu ni? Sebab tak terlintas nak drive, jadi takde sape pun yang buat international license.

Antara mode transportation yang ada.. Naik keldai pun boleh kalau takde lesen.. hehe
Keras jugak nak menunggu bas.. hehe
Tapi setibanya di kaunter Kamari Tour, setelah panggilan ke kedai sewa kereta dibuat, permintaan kami yang ter-over dan tak sedar diri ni di-reject.. tapi ternampak iklan tergantung di dalam kedai, Euro 35 per person untuk sewa satu van... Maka  kitorang setuju dan pasrah je untuk ambik tour tersebut.


Wahh ingatkan aktiviti ini hanya mampu buat kat Indonesia je, tapi sapa sangkaboleh supir kat Santorini.. Jadi bermulalah aktiviti jelajah wilayah selatan pulau ini.. jangan tetiba sampai tangkupan perahu sudah~ haha

banyak seat kosong lagi.. meh la tumpang~ hehe
Overall trip banyak singgah di kawasan perkampungan atau perumahan lama.. turun-turun tengok -testing wine.. Ekkkk ! Siap kene kejar anjing pun ada.. ko mampu? Pemandu ni tak reti sangat cakap English jadi bertabahlahhh.. Mana dia bawak kami redha jee..

Antara highlight trip ini kami dibawa ke Prophet Elias Mountain.. Hah dah balik baru aku perasan nama tempat ni.. Sebab sepatah haram orang tu cakap kami tak paham.. tahu tunjuk jam saje~ yang kitorang nampak cantik je terus tak sabar nak turun.. tak bother langsung pasal name tempat ni.. Kawasan gunung di terletak berdekatan dengan airport.. Aku mcm rasa tempat ni ke yang paling tinggi dalam pulau ni.. Tapi view memang superb awesome.. Angin pula bukan tahap sipu sipu bahasa, nak terbang di buatnya.. haha

Mount Prophet Elias

Setelah melalui pekan kecil di Pyrgos untuk short break. tapi nak naik tangga tu azab sikit sebab atas ni banyak jual sourvenier dan lagi murah.. haha parah betul duduk banding harga fridge magnet..
Sekitar Pyrgos
Trip di susuli dengan Akrotiri, melihat sendiri tinggalan kota purba zaman lampau.. di sebabkan kawasan ni di jaga dan kawal rapi supaya tinggalan ini terus kekal, maka Euro 5 dikenakan untuk seorang pengunjung..

Tak jauh dari Prehistoric town ni, terletaknya red sand beach.. Air laut dia nampak jernih dan pasir pantai pula warne merah bata.. hmmm tak pernah pulak nampak camni.. ok checked..hehe


Dan akhir sekali kami minta driver ni hantar kami ke Fira, last sunset kat Santorini.. Another best sunset spot adalah Fira.. Cantik juga view kat Fira ni memandang terus ke Caldera (tapak gunung berapi).. Boleh juga kalau nak turun naik ferry atau boat ke Caldera, atas tu ada hot spring.. Tapi apakan daya masa tak banyak..


Semasa tiba di Fira, langit masih biru.. duduk dulu meneguk ice latte..
Here goes the last sunset.. 


Jadi malam tuh menangis lah, bukan sebab apa, sebab nak kene mengangkut beg lagi ke airport.. haha dah penat dah ni.. hahaha

2 comments:

Ren said...

wow cantiknya santorini!!!

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)