ADVERTISEMENT

Magnificent iceland : The scandiadventures Part 1

ter-update tanpa sengaja..Hehe
Harap-harap korang pun ter-baca tanpa sengaja pula yer~

Aku rasa cukuplah aku memerah kepala aku untuk menyambung sambungan trip ke Europe pada bulan 5 tempoh hari. Dah basi berair dah cerita tu, jadi secara rasminya aku menyambung kisah kali ke-2 ke Europe.

Alhamdulillah dapat rezeki sekali lagi merasa terbang ke Europe, kali ini dengan penerbangan Etihad Airways pula. Tiket seperti mana yang aku dah katakan memang murah~jadi dapat terbang ke London berbekalkan kurag RM2000 untuk pernerbangan pergi dan balik.

Initially tujuan utama ke London atas sebab "rasmi", tapi biasalah perangai yang sentiasa ambik kesempatan yang ada~ kita panjangkan kaki sehingga ke garisan artic sane. Terima kasih juga lah kepada rakan yang banyak bersabar menunggu aku habiskan urusan yang wajib dulu dan di ikuti yang harus..
Kaunter check in, Senai Airport

Pukul 4pm aku terbang dari Senai ke KLIA, dah lah sampai airport lambat, bila sampai tengok panjang pula barisan check in untuk drop baggage di kaunter MAS, dan semuanya warga Bangladesh yang nak balik kampung dengan TV, mesin basuh semua dia nak bawak.. Terpaksa pasrah sebab kali ni aku feeling keluar Malaysia untuk berbulan-bulan, bag 70L aku angkut yer~ Taubat dah lepas ni cari beg troli je~ hehe Tapi apa-apa pun sempat menaiki pesawat on-time. Lain macam pula flight MAS penuh dengan warga deorang ni.. krik krik krik

Sampai di terminal KLIA aku terlupa yang kertas booking tiket flight, hotel, bus semua tertinggal dalam kereta.. Damnn tapi mujur ada kawan kerja KLIA ni, sempat masuk office dia print segala booking.. Terus terkantoi dengan member yang aku cabut tak ajak dia. puihhhh

Musim jerebu masa ni.. dengan harapan balik dah reda~ hehe

Selesai urusan imigresen, damn baru terdetik hati nak check duit Pound dan Euro yang aku dah tukar aritu... sebab rasanya tertinggal.. Sekali memang betul pun tertinggal dalam laci meja~ rasa nak pengsan bila tengok rate tukaran dalam terminal satelit ni~ menggigil keluarkan duit nak tukar yang baru..

Khabarnya layanan Etihad Airways ni gempak sikit, jadi aku tak sabar nak terjah masuk ke dalam pesawat. Dari KLIA kami disambut dengan pesawat A330 dan dari Abu Dhabi merasa pula pesawat A380. Apa yang aku boleh simpulkan untuk perkakasan di Economy class di Etihad adalah lebih bagus berbanding Emirates.. Hidangan makanan dan minuman juga lebih kerap~ Harap ada lagi tiket murah untuk trip tahun depan pula.. Hehe

in flight amenities yang ada~ dari selimut siap bersarung, best ni nak rembat~ hehe
dan persiapan untuk tidur.berus gigi etc...

Di Abu Dhabi, aku menghabiskan dekat 2 jam untuk proses transit. Sempat ke Surau dan stretching our leg before another 6-7 hours journey to London. Abu Dhabi juga merupak salah sebuah kota di dalam negara Emirates Arab, tapi ia menempatkan penerbangan nasional Etihad sahaja, kalau korang transit menggunakan emirates, terpaksalah keluar airport ni menaiki bas ke Dubai.. Tapi suasana di Abu Dhabi terminal tak ubah macam zaman menaiki bas di puduraya sehari sebelum raya.. haha sangat padat dan sesak.. I think they should improve on transit terminal ni..

Di ruangan menunggu untuk boarding A380.. sesak gila-gila..
Setelah hari-hari di London aku dah "well spent"..Tawakal jelah setelah habis berusaha, alang-alang tu kita release tension dan radiation di garisan artic sane :-)

Sempat jadi personal shopper sekejap untuk baju2 baby.. almaklumlah tak makan ruang pun.. Ibarat sekotak boxer je~ hee


Bila nampak segala perkataan pun nak tulis Iceland, aku dah start excited dah.. 

Di sebelah petang dari London aku menempuh 3 jam penerbangan ke Kefavik, Iceland.. Rancangan asalnya kami nak je habiskan satu malam di dalam Keflavik airport ni, tapi bila di baca review ramai yang kene halau..dan tidur pun di atas lantai kosong sahaja..So aku telah pun dapatkan rumah airbnb berdekatan dengan terminal.. tapi tak perasan pula rupenya berdekatan dengan syarikat kereta sewa yang akan aku ambil keesokkan pagi nya..


sehening pagi dari rumah sewa airbnb ni~ sunrise dari ruang tamu jee~ 
Terus aku posing satu... haha
Terus aku rasa nak beli tanah kat Iceland~ hahaha 

Di Iceland matawang yang di gunakan adalah Krona, seperti kebanyakkan scandinavian country~ susah juga nak cari di Malaysia, jadi ak tukar dulu dlam bentuk Euro dan kemudian lupuskannya di Keflavik airport.. tak tahu lah murah ke mahal.. Pasrah je~ tapi tak jauh beza dengan nilai di dalam aplikasi currency Exchange.

Starting nak teksi pun dah 800 krona.. menangiskan duduk kat Iceland ni~ Terpaksa bayar dalam 2700krona untuk tambang teksi ke kediaman pertama aku.. sedu-sedu aku keluarkan duit tuh~ Nak sangatkan merasa kesejukan scandinavian,, Hangat je aku rasa kalau part keluaq duit ni.. Tapi selamat keesokkan harinya dah tak perlu naik teksi, hanya berjalan kaki je ke syarikat sewa tu.. Actually kalau hari siang ada je shuttle disediakan, cuma aku pun sampai dah malam.. mana ada orang nak layan dah..:

Mukadimah je ni.. Tak tahu nak tulis apa~ hehe

10 comments:

Diana Diane Teo said...

Suka saya post nie...Hehehe

Saya pernah naik Etihad, 7 years ago dan sekarang planning nak ambil Emirates tapi berdasarkan pengalaman awak yang diceritakan, macam Etihad lebih bagus. Erm.. Ndak apa cause at the end, all depends on cheap airfare.

Jealous yah selalu awak dapat cheap airfare.

Keep continue posting your Iceland trip. Don't stop :P

shah_rule said...

Wow first...!
Anyway Etihad had variety choice of hot drink instead of tea or coffee in emirates.. Haha
The food and snack also delicious.. Hehe
Now its hard to find fhe cheap fare.. Bila ntah nak ada sale ������

Azra said...

doc, souvenirs mahal tak?

shah_rule said...

Memang mahal.. Fridge magnet pun dah rm16 cmtu

crescent said...

berjalan je tau dia ni...tumbuk kang...hahaha...

Kembara Si Mama said...

Doc...
Cepat update cerita yer.
Tak sabar nk tengok iceland

PaE said...

Booking flight tertinggal.. ape ade hal.. dokter byk pk.. normal la tu...
Duit nk travel tertinggal??? i canot brain this!!! hahahahaha..

Ren said...

Cantiknya...
k tu je.
kbye
haha

shah_rule said...

Kembara si mama: Dah update.. silakan hehehe

PaE: betul tuuu.. selamat dalam malaysia ingat lagi..at least bole withdraw pakai akaun.. kalau kat oversea, matilah guna kad kedit.. dah la ade limit per day.. tapi nangis meraung la sebab rate mahal

Ren: k bye.. datang lagi hehehe

MASHIRNANI said...

Best2...hehe