ADVERTISEMENT

Magnificent iceland : The scandiadventures Part 2

Sebelum melabuh tirai 2015 yang entry semua tersangat hambar dan ibarat siput.. Moh lah layang sambung "setoit" lagi dari bumi Iceland tempoh hari..

______________________________________________________________________

Actually di Iceland ni mostly semua benda free, kalau sesapa yang pernah roadtrip atau backpacking ke New Zealand, korang dah tak bermasalah untuk buat semua benda kat sini.. Tidur tepi jalan dalam kereta pun boleh.. Jadi sebelum sampai silalah buat research terperinci.. Macam jarak setiap kawasan pun kene tau jugak untuk korang estimate harga minyak kereta, jenis kereta pun kene fikirkan juga sebab kena tau lah diesel ke petrol ke~ baru nak budget semua..

Timbullah mentari pagi hari ke-2 aku di Iceland.. Hari pertama dah "burn" perjalanan sahaja sebab bertolak petang dari London (demi tiket paling murah, tinggal yang hujung2 je.. Haha sadis).
Jadi waktu pagi aku di hidangkan dengan breakfast ala rumah sendiri.. Owner ni tabur semua breakfast atas meja, segala makanan ada.. Ada juga ak nampak macam tomato paste with some bacoon, tak berani nak usik... Tak tahulah sebab lapar ke atau memang kita ni umat yang bangun subuh hari, jadi akulah orang pertama yang duduk kat meja tu.. Lagipun owner ni cakap dia nak keluar pergi kerja, jadi dia siapkan awal-awal.. Lagipun dapatlah beramas beramah mesra dengan owner, lagipun banyak benda nak kene tanya.. Especially minyak mana yang bagus/ yang murah / supermarket etc... Tips dah disediakan di entry yang lalu.


Selamat bangun awal sebab dapat tengok sunrise pada tingkap jee.. Jealous betul rumah sebegini..


Selang beberapa jam, tunggu kedai sewa kereta buka, kawan aku terus pergi dapatkan kereta.. Actually terpaksalah akur dengan nasib bila pada awalnya aku tempah Volkswagen Polo (compact car) tetiba yang dapat masa hari tu Audi A3 (Sedan). Pakai diesel pulak tuu.. Terasa macam naik ni kene masuk office pulak, walhal nak meredah jalan berliku-liku.. Nasib ko lah kereta..


Untuk memulakan roadtrip ni, korang kene awal-awal decide nak buat clockwise atau anti clockwise.. Aku buat anti clockwise sebab Keflavik ke Reykjavik (main city) pun dekat 40 minutes, sebab antara attraction dari Reykjavik adalah Golden cirle area yang terletak berdekatan dengan Keflavik.. Jadi tak payah lah aku berpatah balik ke Reykjavik.. Will save the city for the last.. Lagipun tak sabar nak tembak "aurora boreilis"

Dah nama pun Golden Circle, jadi kawasan ini lah yang akan penuh kebiasaanya dalam peak season, aku pun tak tahu kenapa September dah start low season.. Masa kat sana tengok cuaca cerah je~ sejuk sangat pun tak juga..

Di Golden circle ni lah terletak National Park Pingvellir, Geysir dan Gulfoss (merenjes air liuq nak sebutkan, akan ada lagi nama tempat yang lidah boleh tersepit kat gigi tau haha)

Kawasan Golden circle ni kira dah keluar dari bandar lah, tapi tak sejauh mana sangat lagi, still boleh balik ke Reykjavik dalam kurang 2 -3 jam perjalanan.. Sebab tuh tours ke sini sangat popular dari Reykjavik lagi-lagi kalau waktu siang yang panjang...

Aku start dengan National Park Pingvellir, di sinilah tamadun pertama di bina di Iceland setelah tanah ini di jumpai.. Ada tinggalan parlimen pertama di celahan batu bata kat sini kalau korang larat nak jalan satu kawasan ini.. Kawasan ni besar yang amat.. Kat sini juga ada earth plate ataupun rekahan yang dinamakan Silfra fissure.. Orang kata rekahan ini bertambah 2.5 cm dalam setiap tahun.. Bermakna bumi Iceland ini membesar 1cm setiap tahun.. macam tuuu2.. Kagum tak~ Owh lupa nak khabaq setiap tempat ini masuk percuma.. cuma basuh kaki jedan masuk~ hahaha



Tempat kedua yang aku cover seterusnya adalah Geysir.. Satu lagi fenomena unik di Iceland. The real Geysir ada di kawasan Golden circle ini.. Bila wap panas terkumpul dari dalam tanah, terhasilnya gelembung air yang besar dan pecah... Setiap fenomena ini tak berhenti, bakal meletus dalam 5-10 minut sekali.. Maka gigihkan lah diri dan perhatikan tanda-tanda letusan dia.. Selalunya time dah penat pusing-pusing kiri kanan barulah dia akan meletus.. geram pulakk...



Selang beberapa kilometer dari Geysir ini terletaknya Gulfoss. Orang Iceland kate "The Golden Waterfall". Di Zaman dulu kala di sinilah mereka janakan elektrik.. Waterfall ini berpunca dari pencairan Glacier berdekatan.. Kawasan ini terasa sejuk sedikit dari tempat lain.. Mengiggil jugak badan ye~ Jadi kalau ke sini turun kereta siap-siaplah pakai baju tebal.. Dari sini pun dah nampak glacier berdekatan tu..

Nampak tak tebalnya Glacier kat sini. Setinggi gunung~


Di sebelah petang, aku sempat singgah di pekan kecil berdekatan.. Walaupun tengok hari tetap tak gelap-gelap lagi terus aku teruskan perjalanan ke Reykjavik.. Sempat singgah di Islamic centre yang berperanan macam masjid.. Berkenalan dengan sedara se-Islam, terus tau mana nak makan dan kenal dengan komuniti di sini..


Malam tu memang Aurora tak nak keluar pun... Maka mereputlah aku didalam kereta di tepi jalan antara Reykjavik dan Selfoss..
~sedey~


1 comment:

Krishna Thapaliya said...

Set out your remarkable holidays with the best price along with quality services and safety tourism. Kathmandu based travel and tour agency, Nepal Footprint Holiday offers you all kinds of tours like pilgrimage tours, leisure holiday tours, honeymoon tours, adventure tours, village and home-stay tours, cultural and sightseeing tours, wildlife safari tours, sunrise and sunset tours and Nepal city tours. You can also customize our tour itineraries according to your availability of time and budget, for the customization, please email us at info@nepalfootprintholiday.com. Visit www.nepalfootprintholiday.com/nepal/tour-in-nepal.html to book your holidays in Nepal.