ADVERTISEMENT

Footprint - Europe : Santorini, Greece (Part 9)


Ok nak rush habiskan entry tertunggak ni.. Bertabah lah untuk next trip yang mendatang.. Macam dah terlupa saje.. hehehe

Bangun pagi rasa sejuk je dalam rumah yang seakan igloo ni.. haha tapi diperbuat daripada tanah gunung berapi, bukannya ice.. Semua buat tugas masing-masing untuk sediakan breakfast.. Ntah taktau tetiba aku terbeli tepung cucur masa kat Jaya groceries kat KLIA2 tempoh hari.. hehe
Disebabkan nak balik dah esok paginya, maka makanan free di dalam peti wajib di habiskan.. terhirup plain youghart dalam peti tu.. tapi rasa lain macam pulak, semua cam tak lalu.. Alamatnya ke tongsam jawabnye..

Good morning santorini... ekhh cekodok?

Aktiviti hari ini seperti yang di rancang adalah untuk cover beberapa attraction di bahagian selatan pulau Santorini ni.. Disebabkan sistem pengangkutan yang hanya bergantung dengan perkhidmatan bas, jadi kami bergegas ke pekan berdekatan iaitu kamari beach.. Kat sini banyak tour company.. terselisih dengan auntie dan uncle dari Penang, katanya sewa saje kereta.. Tapi agak2 lepas ke kalau hanya ada lesen dwibahasa yang baharu ni? Sebab tak terlintas nak drive, jadi takde sape pun yang buat international license.

Antara mode transportation yang ada.. Naik keldai pun boleh kalau takde lesen.. hehe
Keras jugak nak menunggu bas.. hehe
Tapi setibanya di kaunter Kamari Tour, setelah panggilan ke kedai sewa kereta dibuat, permintaan kami yang ter-over dan tak sedar diri ni di-reject.. tapi ternampak iklan tergantung di dalam kedai, Euro 35 per person untuk sewa satu van... Maka  kitorang setuju dan pasrah je untuk ambik tour tersebut.


Wahh ingatkan aktiviti ini hanya mampu buat kat Indonesia je, tapi sapa sangkaboleh supir kat Santorini.. Jadi bermulalah aktiviti jelajah wilayah selatan pulau ini.. jangan tetiba sampai tangkupan perahu sudah~ haha

banyak seat kosong lagi.. meh la tumpang~ hehe
Overall trip banyak singgah di kawasan perkampungan atau perumahan lama.. turun-turun tengok -testing wine.. Ekkkk ! Siap kene kejar anjing pun ada.. ko mampu? Pemandu ni tak reti sangat cakap English jadi bertabahlahhh.. Mana dia bawak kami redha jee..

Antara highlight trip ini kami dibawa ke Prophet Elias Mountain.. Hah dah balik baru aku perasan nama tempat ni.. Sebab sepatah haram orang tu cakap kami tak paham.. tahu tunjuk jam saje~ yang kitorang nampak cantik je terus tak sabar nak turun.. tak bother langsung pasal name tempat ni.. Kawasan gunung di terletak berdekatan dengan airport.. Aku mcm rasa tempat ni ke yang paling tinggi dalam pulau ni.. Tapi view memang superb awesome.. Angin pula bukan tahap sipu sipu bahasa, nak terbang di buatnya.. haha

Mount Prophet Elias

Setelah melalui pekan kecil di Pyrgos untuk short break. tapi nak naik tangga tu azab sikit sebab atas ni banyak jual sourvenier dan lagi murah.. haha parah betul duduk banding harga fridge magnet..
Sekitar Pyrgos
Trip di susuli dengan Akrotiri, melihat sendiri tinggalan kota purba zaman lampau.. di sebabkan kawasan ni di jaga dan kawal rapi supaya tinggalan ini terus kekal, maka Euro 5 dikenakan untuk seorang pengunjung..

Tak jauh dari Prehistoric town ni, terletaknya red sand beach.. Air laut dia nampak jernih dan pasir pantai pula warne merah bata.. hmmm tak pernah pulak nampak camni.. ok checked..hehe


Dan akhir sekali kami minta driver ni hantar kami ke Fira, last sunset kat Santorini.. Another best sunset spot adalah Fira.. Cantik juga view kat Fira ni memandang terus ke Caldera (tapak gunung berapi).. Boleh juga kalau nak turun naik ferry atau boat ke Caldera, atas tu ada hot spring.. Tapi apakan daya masa tak banyak..


Semasa tiba di Fira, langit masih biru.. duduk dulu meneguk ice latte..
Here goes the last sunset.. 


Jadi malam tuh menangis lah, bukan sebab apa, sebab nak kene mengangkut beg lagi ke airport.. haha dah penat dah ni.. hahaha

Footprint - Europe : Santorini, Greece (Part 8)

Mohon bagi laluan express utk habiskan cerita trip yang lepas.. Hehe  

Antara sebab lain aku excited untuk trip kali ini sebab aku masukkan sekali Santorini dalam trip jelajah europe ni, sebab dah diberi arahan untuk jadi masterplan.. zaaass aku masukkan sajork tempat angan-angan aku nak pergi sejak dari zaman student. Semua sebab terjebak dengan cerita sis Lilyrani (jengah la sini) yang ke sana time tuh..time tu dah set angan-angan..haha
Walaupun angan-angan ku musnah dalam trip tahun lepas yang beralih arah ke Istanbul.. Masa tu pun aku dah siap book Vueling airline dari Rome ke Santorini hanya Eu32. Jadi sebab tuh aku dah tau route ni murah. Berbanding sekarang dah ada flight Ryanair dari Athens ke Santorini yang boleh dapat murah juga kalau rajin check harge ticket. Zaman dahulu kala hanya Aegean (national airline of Greece) dengan air Olympia.. Mahal kot~

Bila ada internet ini lah jadinya.... 
Perjalanan dari Rome ke Santorini turut mengalami sedikit delay atas faktor bencana yang terjadi di Fiumicino Airport~ tapi tak lama lah cuma delay nya dekat sejam.. Lagipun sempatlah mengisi perut dengan sebiji croissant berinti coklat.. Sedap okeh..!

Ini kali pertama merasa menaikiVueling airline.. Macam mana nak sebut? Ikut jah ejaan tu... nak pronounce asal confident sudah,, hehe Ticket pun kalau book awal di janji murah sebab aku dapat ticket on way ke Santorini dengan harga Eu 48.. Untuk flight dekat 3 jam aku rasa ianya still murah kot~
Airline ni pun antara majority yang menggunakan pesawat A320 macam Airasia, tapi bezanya di Europe space dia sedikit besar compare to Airasia.. Jadi bersyukurlah jadi orang asia.. Terasa luas sikit seat dia, tapi orang dari barat datang asia mesti menyumpah~

Selesa juga ruang antara kerusi.. tak rasa cramp sangat.. tak gitu?

Seperti low cost airline yang lain, snack di jual di dalam kapal.. dan beberapa cenderhati serta free duty product turut di jual~ Memang dari pagi beralaskan roti je dalam perut sempatlah merasa noodle cup dan brownies dalam flight ni.. semua ni menelan belanja Eu6.50 .. asalkan perut kenyang..

Jadi selepas dekat 3 jam mendaratlah kami semua di Santorini airport. Cuaca nampak agak terik time ni.. dah name pun pulau.. Angin sini sangat kuat~ turun flight terus menaiki shuttle bus dan di bawa ke main building.. Simple je airport dia, lagipun flight tak banyak mana.. ada satu flight ni je yang turun time ni..
We are in Santorini bebehhh :-P haha
Keluar dari airport kami terus disambut oleh empunya airbnb homestay kami di Santorini. Disebabkan trip budget so ambik je la tempat stay yang termurah.. Rumah airbnb ini terletak di kawasan Messaria.. Rumah traditional masyarakat di sini diperbuat daripada tanah lumpur gunung berapi.. Jadi terasa duduk didalam gua sebab dalam memang terasa sejuk walaupun luar panas. Selain tu peti sejuk penuh dengan cheese, susu, youhart, butter dan turkey slice... bole makan ke??? haha

Kos sewa rumah RM350 per night.. Kongsi 7 orang ok jugak la..


Kawasan Messaria terletak berdekatan dengan airport, jadi owner airbnb ni siap jemput dan hantar ke airport. Senang juga dari segi logistik, Pengangkutan awam utama di sini adalah perkhidmatan bus, Ada 5 laluan utama tapi kalau area Messaria ni kebanyakan bas akan lalu, jadi tak risau sangat,, Harga tambang bas Euro 1.60 sekali naik.

Untuk hari pertama ni selesai bermanja-manja dengan rumah, kami semua bergerak ke perhentian bas..macam bas stop tepi jalan je..tahan bas yang lalu dan terus dibawanya ke Fira.. Fira merupakan centre di Santorini... Kalau misalnya dari utara nak ke selatan, kene berhenti tukar bas dulu di Fira.. jadi dua kali tambang lah kene bayar.
Begini rupanya station bas di Fira.. 
Kebetulan cuaca pun baik maka tak sabarlah masing-masing nak ke Oia (pronounce O-ya) untuk tengok antara sunset tercantik kat dunia ni.. Ni orang kata lah jadi kene pergi tengok sendiri.. Boleh dikatakan bas sentiasa penuh jugak kat sini.. dari Messaria kene berdiri nak ke Oia pun kene berdiri, sebab semua rushing nak ke Oia tengok sunset, maka bertabahlah...

Satu kelainan time aku kat sini, semua bangunan di cat putih,, hilang dah bumbung biru yang selalu nampak dalam gambar.. ape cerita tu tak tahu... cisss






Langit cepat sangat gelap bila matahari dah turun ni.... Tak keluar pun lagi dari kawasan Oia ni dah gelap terus..

Selesai mengejar sunset kami balik semula ke Fira, sempat singgah membeli barang dapur.. ade orang nak beraksi kat dapur.. jadi kami sangat megalukan tenaga pakar.. masuk lah ke supermarket membeli beberapa barang yang yakin untuk dimasak. dan akhirnya pulang ke rumah singgahan santorini ni :-)

Dugaan sepanjang perjalanan ke supermarket. kedai2 sourvenier kat Fira murah-murah berbanding di Oia.

Nak sambung lagi ke????? haha

Magnificent iceland : The scandiadventures (Intro)

Salam readers-readers sekalian...
Di sebabkan aku frust berfikir dah #throwback memory berkenaan sambungan footprint europe tuh sampai migraine dibuatnya.. Marilah aku bukak entry baru sebelum segala fakta berkarat dalam kepala aku.. hehe

Aku dahulukan satu entry dulu sebab ramai sangat duduk tanya itu..ini... Walhal semua yang duduk tanya tuh takde perancangan lagi berlepasnya bila.. tapi seem semua nak angan-angan jadi realiti kan~ tak salah lah nak berangan dulu.. Jadi aku share serba sedikit intro :-)

Tahun lepas semasa trip aku ke Sweden aku dah terlepas peluang nak capture aurora boreilis dalam hard disk kepala aku.. Jadi aku masih berniat nak mencuba nasib tahun ini.. hajat pending~ Cuma negara yang teringin sangat aku nak pergi dari dulu adalah Iceland~ Bila cakap pasal Iceland semua ingat negara ini memutih dek nama dia ais kan.. Tapi tidak sebenarnya~

Trip ini terancang sendirinya sebab aku ada hal tertentu yang perlu di lunaskan di kota London. Kawan aku pula sibuk nak ajak travel sambil menganggu konsentrasi misi utama aku ke London.. Last2 aku tersebut : Iceland?
Member: Bape nak budget?
Aku: 3k?
Member: Ok dah bank in 3k cepat beli tiket... 
uhukuhukuhukkkkk tersedak dibuatnye~

Bermulalah pencarian segala macam skyscanner aku bukak akhirnya deal :-)

Step pertama dapatkan lah dahulu ticket ke London.. dan akhirnya aku dapat rembat ticket dari Etihad berharga RM 1882 return.. Ini bukan main-main yer~ Trick nya kene book pakai multiple destination..harga yang keluar memang jaw dropping punye harga.. Thanks Etihad Airways.


Dari London pula atau mana-mana airport di Europe korang boleh dapatkan:
1. Iceland air - National airline of Iceland.. harga pula termasuk check in luggage 23kg berserta minuman sahaja.
2. Wow Air - Budget airline yang akan charge beg melebihi 5kg, walaupun masuk cabin pun kene bayar..
3. EasyJet - Juga akan mengenakan caj ke atas setiap luggage yang di-check in. Cuma kekerapan penerbangan kurang dari yang lain..

Icelandair B757 

Disebabkan masa yang tinggal dah tak banyak, maka bila aku kira lebih kurang je harga menaiki Icelandair dengan penerbangan budget yang lain.. Why not merasa Icelandair sebab ada inflight entertainment lagi.. Perjalanan dari London ke Iceland memakan masa 3 jam.. Dan ticket yang kami beli berharga RM 880 return..

Self driving adalah antara kebiasaan cara travel di sini... Highway 1 atau pun di kenali sebagai "ring road" adalah jalanraya yang mengelilingi negara Iceland.. Jarak keseluruhan satu pusingan Iceland mencecah 1400 KM.. Had laju yang ditetapkan adalah 90km/j tapi bergantung juga kepada keaadaan jalan sebab ada jalan yang tidak di turap dan berbatu-batu..

Selain tu terdapat highland highway, bermakna jalanraya yang di kategori kan sebagai highland hanya bole di masuki oleh kenderaan 4WD sahaja.. kereta 2WD boleh je nak masuk tapi kalau kereta rosak pape jadi deorang tak akan tanggung.. Jadi untuk keselesaan pakailah 4WD semasa di sini.. Kalau nak jimat, kereta-kereta compact pun banyak.. dan semua tempat-tempat utama memang boleh di hubungkan dengan kereta 2WD sahaja..


Pemanduan di Iceland adalah left hand-side seperti negara Euro yang lain dan lesen memandu international di perlukan.. Kos nak apply lesen ini berharga RM150 yer~ dan aku percaya orang malaysia cepat pick up dengan cara pemanduan seperti ini..

Mana nak cari? Aku gunakan website http://www.faircar.is/ sebab harga-harga sewaan kat sini lebih murah berbanding web lain.. Sila lah buat comparison dahulu ok.. Al maklumlah bukan semua yang korang nak dia akan bagi.. Macam kitorang order kereta compact tapi dapat kereta Audi.. Tak tahu nak nangis ke nak ketawa~ Kadar sewaan untuk 7 hari memakan belanja RM 1200.. Kalau campervan lagi mahal, dekat 5-6k.. Sangat mahal kalau compare dengan New Zealand.


Harge petrol dan diesel di Iceland berbeza mengikut company.. tapi setakat beza sen-sen sahaja rasanya.. tak macam kat New Zealand harga berbeza mengikut kawasan, jadi tak perlu risau. Kami menggunakan minyak di station Orkan.. harga diesel dalam RM 5 - 6 per liter~


Bergantung kepada musim yang korang pergi, sebab nak tidur tepi jalan dalam kereta pun boleh.. Lagipun boleh je berkhemah di mana-mana kawasan especially berhampiran air terjun.. Sebab di kawasan rekreasi seperti ini terdapatnya tandas awam dan bilik mandi.. Kalau tak dapat mandi dalam bathroom boleh sahaja pergi ke hot tab ataupun sungai air panas yang suhunya sesuai kena badan.. Sebab semua ini adalah percuma ok.. Thats how you blend yourself with the nature :-)Siap ada orang basuh baju kat sungai-sungai tu.. <Refer sini>


Groceries? Local brand dari local hypermarket dia jauh lebih murah dari convenience store yang lain... Harga dia mark up 2 kali ganda yer, jadi seadanya korang di pekan besar top up lah apa yang patut.. Local hypermarket di sini adalah "Bonus".. Cuma lambang kedai ni je agak menjengkelkan tapi harga murah.. Hehehe


Aurora Boreilis? Fenomena ini hanya berlaku dari bulan september sehingga penghujung spring.. Jangan tanya aku macam mana dia terjadi sebab malas aku nak carik~ tapi apabila first time tengok rasa tergamam.. Di Iceland korang boleh rujuk website Aurora Forecast sebab di sini dia akan tunjuk taburan awan dan skala keaktifan Aurora.. Jadinya jika kawasan yang korang ada penuh dengan awan memang tak nampaklah aurora tuh.. baik masuk tidur je dari bersejuk2 kat luar.. Tips nya kene pandang langit kalau tak nampak bintang, maknanya langit tak cukup clear untuk nampak aurora..

Di website ini juga dia tunjukkan aktivitiv gempa bumi kecil mahu pun besar yang di kesan di negara ini.. Jangan memain rupanya setiap minit ada je aktiviti gempa di kesan kat sini..

Ok apa-apa info yang lain aku akan tambah di dalam entry-entry seterusnya kalau dapat aku habiskan keseluruhan episode ini.. Haha

Layan video dulu.... :-P  k bye!


Footprint - Europe : Rome, Italy (Part 7)

Hola bertemu kembali setelah kemarau panjang dan rumput serta lalang membiak tanpa di jengah~
Ingat nak habiskan trip europe ni sebelum the latest trip aritu.. haha Nampak sangat terlalu slow macam siput. So disebabkan takut termasuk dalam siakap keli sebab janji di capati, mari kita habiskan kisah episode yang lepas...
______________________________________________________________________________

Kesemua kami hanya macam tidur-tidur ayam je rasanya sebab pagi-pagi dah kene bangun nak kejar train ke Rome.. Dari hostel Dori ini pun jauh nak ke train station, almaklumlah tempat bas pun jauh, selamat receptionist malam tadi dah siap2 adjustkan transport untuk kami semua ke terminal train.. Mahal sedikit dari harga bas tapi berbaloi dengan kadar penyeksaan mengangkut beg sebesar binatang ni.. Haha Harga yang dikenakan pun still masuk akal dan di kongsi dengan 10 orang ahli jemaah, seorang dalam Euro 5 jew~ pejam mata dan bayar..


Ticket train yang kami naiki semua di beli online, harga murah macam prinsip airasia jugak~ paling murah pun kami dapat dalam Euro 24 for one way ticket to Roma Termini.. Terdapat kemudahan wifi dalam train, dan yang paling best wifi ini kena bayar bukan free, tapi dia cuma caj Euro 0.01 sahaja.. Nak caj macam tak nak caj pulak..


Perjalanan memgambil masa dekat 2 jam dan akhirnya tiba di Roma Termini.. Kawasan train station ini pun agak besar, kami bergegas ke tempat storage luggage di dalam terminal dan terus mendapatkan one day transportation pass di sini. Mana nak cari? Aku agak risau sebab makin ramai orang approach kami dan semua macam suspicious looking,, ada siap kene bayar untuk bagi information.. Jadi cari punya cari tetiba ternampak transport pass sign di newspaper stall dekat dengan pintu keluar.. Punya lah lama duduk check mesin bagai, padahal bukan kat situ..

Begini je rupanya tempat nak beli Transportation pass tuh... 

Dengan pass ni free je ko nak naik train, bas atau pun tram di kota Rome dengan harga EU7 per day.
Dengan pass train ini maka kami meneruskan trip secara free & easy je d kota Rome, ramai sangat orang kat sini..Kalau nak masuk dalam attraction tuh pulak beratur kemain panjang, jadi untuk tidak terasa terseksa beratur dan menjimatkan duit aku ambik gambar di depan setiap attraction je..Hehe

Sebut je pasal Rome mesti semua terbayang Collaseum, memang bengini lah bentuknya, tapi nak masuk beratur sangat panjang unleast korang masuk dengan travel tour, ntah macam mana deorang selamba potong que... tapi agak mahal jugak..  Kami layan ambil gambar je dari luar.. 


Memang bersepah souvenir kat tepi jalan, tapi harga tak lebih kurang dari Venice, memang boleh dapat fridge magnet dengan harga Eu1, kene pandai cari yer.. Yang dekat dengan main attraction memang sangat mahal..


Dengan berjalan kaki berpandukan map kami tiba di Trevi Fountain, tempat ini pun popular duduk tengok gambar orang baling-baling syilling kat fountain dia..Tapi kali ni mungkin duit tu dia buat renovate tempat ni pulak.. hehe Kerja membaik pulih bagi memelihara tinggalan zaman yer~ 


kami menapak lagi ke Spanish Steps..Dia nampak macam dataran je kat sini, tak tahu kenapa kami ke sini asalnya sebab perut tengah lapar dengan harapan jumpa kebab. hehe


Dan terus berjalan masuk memana dataran pulak ni.. tapi cuaca memang panas kat sini.. :-)


Akhirnya kami end up di kedai makan Turkey, dan decided menjengok ke negara kecil di tengah-tengah kota Rome iaitu Vatican City.. untuk masuk tempat ni walaupun dah petang tapi orang ramai masih gigih beratur untuk masuk.. Lagi sekali kami bergambar je cukup lah.. Area tepi jalan ke Vatican city ni yang banyak jual souvenir murah-murah yer.. 


Petang tersebut kami bergegas ke arah Chiampino dan bermalam satu malam di area Ciampino sebab masing-masing ingat flight dari Chiampino, jadi dah book siap-siap.. tapi bila tersedar flight masing-masing dari Fiumicino..Hah macam mana tuh~ nangis nak kejar waktu dan takut terlambat check in.

Fiumicino adalah airport utama di Rome, manakala di Chiampino adalah terminal tambang murah.. Jarak antara dua terminal ini sangat jauh.. Kami terpaksa kembali ke Roma Termini dan mengambil airport express train dengan harga Eu14.. Sila nangis,..~ haha Selain train ada perkhidmatan bas terus ke airport dari Roma Termini ni, tapi risau pula dengan keadaan traffic kat sini, better jangan try~ hehe
Fiumicino Airport, Rome. 
Di sini tiga daripada 10 kepala dalam group ini akan bergegas balik ke Malaysia dulu sebab deorang ni dah sampai awal-awal.. So they should back first for country's needs..Ceewahh~ tapi tak tahu apa punya nasib malang one of the Fiumicino terminal was on fire.. So airport ni sangat sesak dan banyak flight terpaksa cancel.. Ramai betul orang stranded kat sini especially yang yang menggnakan penerbangan tambang murah~

 Selamat flight kami ke destinasi seterusnya tak terjejas... Budak 3 orang tu end up ke Venice dan ambik flight Turkish Airline untuk balik ke Malaysia, agaknya dapat claim insurance la tuuu~

Next.....