ADVERTISEMENT

Magnificent iceland : The scandiadventures Part 3

A few months ni my travel plan will be a bit slower~
Azam tahun baru ni nak focus on exam..exam dan exam.... Mohon kiriman doa anda semua k
Oleh sebab tu kalau boring rajinlah aku update cerita-cerita lama ni.. Hehehe
_____________________________________________________________________________

Seperti mana yang aku cakap, aku survive satu malam free di tepi jalan.. Haha tidur dalam kereta asal muat je kalau tak ramai dalam tuu.. Kalau ramai, jangan lah menyakitkan badan pula, nanti next day tak enjoy pula ye dok? Ni semua gara-gara semangat "chasing aurora" last-last tidur dalam kete.. Haha

Bangun pagi ni terus je kami drive ke perkarangan kawasan air terjun Seljandafoss.. Kawasan ini nampak macam recreation park, siap dia sediakan toilet.. Kalau boleh tahan air sejuk tuh dipersilakan lah mandi.. No worries kalau kulit lemak tebal bolehlaaa... Haha

Tunggu matahari naik lagi sikit, aku pun mulalah mendekati air terjun Seljandafoss ni~ Air dia memang terasa merecik ke muka pagi-pagi ni..Segar rasanya.. Selain dapat mendekati air terjun ni, korang boleh tracking ke belakang air terjun ni.. Ambik gambar dari dalam air terjun.. Amacam~ rare sikit kannn...

Ready nak filming "Dilwale"..

On the way dari Selajandafoss ke perhentian air terjun seterusnya, korang boleh singgah di kolam air panas Seljavallalaug -macam siut sikit lah nak menyebutkan~ Banyak hot pool yang free kat Iceland ni, pemanasan dia pun ala semulajadi.. jadi memang takde orang jaga untuk maintenance pun~ cuma sendiri mau ingat, kene jaga kebersihan tempat tu.. Berjemaah lah ye~

Seljavallalaug - Spring pool free of charge~ 
Seljavallalaug ini kene mendaki bukit sikit, dari main highway korang kene masuk ke road 242, jalan pun agak berliku dan berlopak besar-besar lagi.. Selepas parking di hujung jalan kene menapak dalam 15 minit lagi~ Haha gigihkan~  kebanyakan kolam air panas dia memang kene menapak sikit, dan kawasan dia siap ada pool dalam tuu...

Aku meneruskan perjalanan, kali ini ke Skogafoss... Yang ni lah air terjun dalam cerita "Dilwale" tuh.. Masa sampai-sampai tengok banyak sangat kereta, caravan, tent yang deorang sibuk tengah kemas-kemas nak chiao~ rupanya sini tempat orang ramai camping memalam.. Di sini juga disediakan tandas awam, siap bathroom pun ada.. So memang boleh tidur sepah-sepah..takde masalah la tuu.
Camping site.. 
Aku tak sabar nak rasa percikan air terjun ni.. Rainbow jangan cakap lah, memang sentiasa ada selagi ada matahari tu.. Berlapis-lapis...

Tracking ikut tanga di belah kiri untuk ke view point.

Di sebalah air terjun ini disediakan tangga untuk mendaki ke atas.. Panorama atas ni superb~
Dan kalau rajin nak berjalan di tebing atas ni korang akan jumpa dengan punca air terjun ni..
Di peringkat pertengahan pun boleh lalu ke tebing menyaksikan sendiri air terjun Skogafoss dengan lebih dekat.. Erk tetiba rasa macam ada muka "troll" yang betul-betul memandang ke arah air terjun.. Aku try diri kat tebing tu untuk ambil gambar, ternyata kaki bergetar-getar.. Tapi bila tengok dalam "dilwale" kemain lagi siap berpeluk-peluk menyanyi bagai kat tebing ni.. haha

From view point..
The river before the Skogafoss waterfall..
Part kaki ku terketar-ketar.. 

Puas main "shutter" di sini, kali ini kami meneruskan perjalanan ke Vik.. Sebuah pekan kecil di selatan Iceland.. Dah plan booking hostel di sini.. Sebab tak larat dah nak melayan badan yang tua dan manja ni.. Kena juga merasa tilam empuk.. hahaha



Di Iceland aku menggunakan hostel di bawah Hosteling International HI.. Walaupun kat asia pun ada HI, bezanya di Iceland memang ada perbezaan harga antara member dan non-member.. Jadi terpaksalah join members since aku book  3 lagi hostel under HI ni.. So memang jimat sedikit.. Harga pendaftaran ahli HI berharga IKR 3000..

Vik.
Landscape bukit bukau dan galcier kat sini memang memukau. 
Petang di Vik aku ke Solheimasandur, yang merupakan tapak terhempasnya pesawat United State DC plane yang membawa balik mangsa perang dunia ketika itu.. Kawasan ini dinamakna black sand beach. Sangat luas kawasan black sand beach ini yang aku rasa ada 5km berjalan dari tepi lebuhraya.. Disebabkan kawasan ini hanya boleh dilalui oleh 4WD, dan terdapat banyak kereta 2WD macam kami yang parking dan berjalan kaki.. Aku pun turut sama, tapi bila sampai nampak banyak je kereta yang lain main redah je kawasan black sand beach ni.. Hahaha tapi janji dapat feeling tuu~


Di sini juga merupakan spot aurora, aku tengok siap ada yang bawak backpack besar dan berkhemah kat sini.. Aku dah check activity aurora di website, nampak awan tebal.. jadi aku balik je ke hostel dan tidur.. Haha
Antara hidupan sekitar black sand beach..
Matahari terbenam di ufuk barat~  Memang kosong je bumi iceland ni~
A night spent well in Vik.. 

Ok cop sekejap........ 

12 comments:

Azra said...

dilwale sangat nih doc!

shah_rule said...

Demam dilwale ler tuuu šŸ˜œšŸ˜œ

Azlin Farida Abdul Hamid said...

Salam doc, boleh share full itinerary x? Sy n suami akan self drive jgk di iceland slama 6h5m. Kami pegi end april. Flight semua dh booked. Now tgh tgk2 kete sewa.

shah_rule said...

Day 1 keflavik to Selfoss
šŸ±hveragerdi -searching for hot water pool
šŸ±thingvellir national park
šŸ±gullfoss waterfall
šŸ±geysir
šŸ±overnight in selfoss or Arborg

Day 2 Selfoss to Vik
⭐️sunrise at seljahandsfoss
Seljavallalaug

⭐️skogafoss
⭐️solheimasordur plane crush
⭐️dyrholaey
⭐️thjarsardalur (highland -optional)
⭐️overnight in Vik

Day 3 Vik to Hofn
šŸ®blacksand beach Vik
šŸ®skaftofell national park (short hiking)
šŸ®Jokulsarlon
šŸ®vatnajokull (optional tour)
šŸ®Hofn

Day 4 Hofn to Husavik
šŸŒ¼boat to pampey island (optional)
šŸŒ¼dettifoss
šŸŒ¼Asbyrgi
šŸŒ¼overnight in Husavik

day 5 Husavik to Akureyri
šŸŒ²whale watching tour
šŸŒ²myvatn volcanic mud
šŸŒ²Godafoss
šŸŒ²Akureyri

Day 6 Akureyri to Reykjavik
šŸ‘£sanefellsness national park
šŸ‘£Bornafoss
šŸ‘£Reykjavik

Day 7 Reykjavik to Keflavik
šŸblue lagoon
šŸdrop off car at 12pm

Ni itenary asal saya, tapi ade jugak beberapa yang tak ikut ittenary ni sbb ubah ikut kesesuaian dan kesempatan masa..
Next entry will be elobarate much detail..šŸ˜

crescent said...

ni berangan cite dilwale...cite tu dah tengok ke belum???hahaha...bukan ko x suka hindustan ke???hahaha...

MiaAngie said...

wowwwww lokasi MV Gerua
Cantiknyaaaaaa :-)

shah_rule said...

cresent: tengok video clip je kot.. kalo tgk full movie terus tak bole update blog..haha

shah_rule said...

mia: tempat mmg semulajadi cantik..pandai deorang pilih tempat

MiaAngie said...

ni kena menabung kalau nak masukkan Iceland sebagai wishlist!
tengok gambar pun dah terkesima apatah lagi kalau dah datang sini
perghhhhh...nak gi check tabung jap
gambar cantik!!!

Farikica said...

Waterfall sesaje... nasib sejuk, kalu x, blh mndi...hehe... wow... bestnya blh bergmbr dkt bangkai plane tu... mmg dibiarkn situ untuk tarikn tourists ke?

Farikica said...

Waterfall sesaje... nasib sejuk, kalu x, blh mndi...hehe... wow... bestnya blh bergmbr dkt bangkai plane tu... mmg dibiarkn situ untuk tarikn tourists ke?

shah_rule said...

mengigil kalo nak mandi situ.. tapi sini banyak hot spring, dapatlah mandi outdoor jugak.. Hehe
a ah plane crash tuh dia biarkan je kat tengah2 kawasan pasir hitam tu.. ade orang kate sebab Iceland malas nak bayar kos untuk pindahkan bangkai pesawat tu.. ntah laaa hehe