ADVERTISEMENT

Magnificent iceland : The scandiadventures Part 5

Minggu ini terasa pengisiannya yang amat panjang..Fuhhh ~ Walaupun konon-konon taknak keluar malaysia dalam beberapa bulan ini, tapi tangan dah terbeli ticket awal-awal sebab kemurahan tahap melampau.. #zipmulut Selain itu routine biasa kerja.. siap kan presentation yang aneh-aneh untuk fellow radiographer and guide Monash Uni student dalam menyiapkan research paper deorang..
Sigh~ what a long week.....

__________________________________________________________________________

Sambungan kisah yang lepas <klik sini>

Malam di Hofn, memang tiada activity langsung melainkan duduk dalam kereta di waktu malam di perkarangan glacier lagoon, Jokulsarlon tu~ niat hati nak tengok aurora, tapi dah sedia maklum dalam forecast kata awan tebal.. Hiks degil juga sebab kita percaya peluang tu pasti ada.. tak nak percayakan weather forecast seratus peratus~ ye laaa in state of denial..

Tapi memang sedih dari malam first memang tak nampak lagi apa yang orang katakan "aurora boreiles" ni.. Kalau datang seawal september, memang aktiviti aurora di peringkat yang kurang aktif.. Jadi bersabarlah.. tunggu je, kalau ada, adalah...

So the next day selepas bersarapan dari Hosteling International di Hofn.. Sempat lah round pekan Hofn ini.. Kebanyakan kedai pun masih tutup.. dan nampak aktiviti di pelabuhan sudah pun bermula.. Tapi tak lama.. Even gambar pun tak snap semantara aku di Hofn.. Terus sahaja kami menghala ke Husavik.. Dari Hofn ke Husavik perjalanan agak panjang, sejauh 400km.. Jalan pun separuh berturap~ yang lain harap maaflah macam gempa bumi dalam kereta ni..

Antara view sepanjang jalan di sini
Takde pulak nampak SRH dengan kajol berlari-lari atas air tu time macam ni.. Haha
kalau ada abam dan hon suruh depa balik dari main air tu~ 

Oleh sebab kami memulakan perjalanan pada awal pagi, setibanya di Egilsstadir.. Ternampak pasaraya besar bonus disini.. maka kami decide untuk singgah top up bekalan makanan dan mengisi minyak.. Tertariknya dengan pekan ini, kononnya ada orang ternampak naga dalam tasik Egilsstadir.. still dalam kajian untuk menjejak binatang gergasi berkenaan.. Haha aku dengar terus teringat kat tasik cini di negara tercinta ni.. huhu

Hentian di Egilsstadir
Tasik yang dikatakan ada naga~ Siap ada cruise lagi .. hehe


Dalam perjalananke Husavik ini, kami keluar di highway 864 ke Dettifoss.. Cuma nampak jarak tak sejauh mana tapi perjalanan agak memakan masa kalau guna kereta 2WD sebab jalan dia tidak berturap.. Mahu tak risau bawak kereta Audi kat sini.. Takut tayar rosak~ siapa nak tanggung ye dak~ jadi fikirkan lah untuk menggunakan 4WD.


 Dettifoss ini merupakan air terjun yang paling "powerful" yang ada diantara Europe country.. memang deras sangat air dia.. Kawasan Dettifoss ini pula seakan-akan kawasan Canyon.. Feeling habis duduk sini tengok air terjun tu..

Berdekatan dengan kawasan Dettifoss ini terletaknya Asbyrgi Canyon.. Kebanakan orang hiking di kawasan ini, dan terdapatnya tracking path untuk sampai ke Dettifoss.. Tapi bila aku sampai kat sini matahari nak terbenam sudah.. Tak dapat nak snap gambar macam dalam "google"..terpaksa letak satu gambar dari pakcik google kat sini.. huhu

Taken from google :-P
Sampai pun hari dah nak gelap.. Satu hari buang untuk perjalanan sahaja.. Nangis~

Malam tuh setibanya di Husavik.. Pencarian hostel yang kami book di akhiri dengan free upgrade dari hostel ke hotel.. Disebabkan hostel yang telah kami book sedang dalam process penambahbaikan jadi dia bagi direction terus ke Husavik Cape Hotel yang terletaknya berhadapan dengan pelabuhan..
Husavik juga merupakan pekan perlabuhan.. Cuma pelabuhan disini terkenal dengan aktivit Whale Watching.. Ok itu kene tunggu next entry.

Cuma malam di Husavik ini masing-masing keletihan disebabkan pemanduan yang seakan memakan masa berjam-jam siang tadi.. Jadi aku memang tak rasa nak tidur.. Mungkin di Husavik ini peluang cerah untuk lihat aurora, based on receptionist malam tadi memang langit gilang gemilang dengan aurora.. receptionist ini siap ajar macam mana nak snap picture kalau ada aurora~ Siap dia bawak kami di lokasi atas bukit.. Di atas ini terdapatnya "hot tub"<
info di sini> untuk orang awam.. Feeling sangat mandi air panas kat sini sambil tengok langit.. Langit malam tu memang takde awan.. dan akhirnya kelibat hijau datang menerangi langit malam tuh.. fulamakkk gila cantik.. It seem like dancing.. cannot described with words.. And its stunning.. Lensa mata yang Tuhan beri ini kelihatan lebih cantik dari lensa kamera ya... Tengok puas-puas dulu dan next round bila aurora tu datang lagi baru kami beriya-iya cari setting untuk tangkap gambar aurora ini..

Ini semua gambar reject... Hahaha
Next green line is coming... 



Adioss~

14 comments:

NEKCIK said...

Ingatkan princess aurora nak muncul. Ha..ha
Masyaallah untungnya dapat jejak kaki ke sana nuun...klau muda belia nekcik ikut dah..he..he

shah_rule said...

Nekcik pura-pura tak belia pulak ni... haha
tak semestinya muda tu terdaya nekcik.. percaye la~ hehe

Aku Seorang Pengembara said...

Alahai.... Bila tahun la pulak akak dapat tengok aurora ni depan mata...

Aku Seorang Pengembara said...

Alahai.... Bila tahun la pulak akak dapat tengok aurora ni depan mata...

Azra said...

best2 ... more pics pls

Zilla said...

best giler dpt tgk aurora depan mata macam tu je!!

Asyraf_Crescent said...

rasa macam nak tampar muka kau bila tgk pic cantik...hahaha...dah lah nak pegi somewhere lagi kan... #bocorrahsia

shah_rule said...

ASP and Zila: saye nampak sipi2 sendu2 je kak sebab belum waktunya dancing aurora muncul.. Tu yg gigih mencarik.. Dapat tgk skit pun dh rase nak nangis .. Hehe

shah_rule said...

Azra: few episode coming inshaAllah kalau rajin.. Hehe thanks singgaj 😁

Asyraf: jangan nak bocor rahsia sangat.. Hehe takde la nak main rahsia2 ni~ lagipun travel sengsorang ape ade hal nak kecoh2 ye dak~ kang kate riak.. #my2cents

Asyraf_Crescent said...

#my2cents katanya...hahaha...

NEKCIK said...

Bukan pura pura..dah 57 ni kenalah terima kenyataan azali..bukan belia lagi jang oii
Skrew lutot pun dah longgar!!

NEKCIK said...

Bukan pura pura..dah 57 ni kenalah terima kenyataan azali..bukan belia lagi jang oii
Skrew lutot pun dah longgar!!

fatin nabilah hussin said...

Nak tanya, kalau lead driver mmg kena ada own credit card eh utk rent kereta?

shah_rule said...

yup biasanya kene pakai kredit kad.. kalau debit card nanti takut dia minta duit bond/deposit pulak Fatin.
Tapi tak sure lah.. boleh try..