ADVERTISEMENT

Magnificent iceland : The scandiadventures Part 6 (Finale)

Sambungan kisah <sebelum ini>
Harap tak bosan menanti episode sambungan yer~ mahu taknya tetiba terhilang siaran.. Agaknye sebab terkeluar dari radar beberapa minggu yang lepas, sibuk berenang dengan si paus ~ ahaks InshaAllah yang ni masuk next entry kalau rajin ye~
__________________________________________________________________________

Sebab utama aku stay kat Husavik adalah disebabkan company whale watching di sini adalah antara yang terbaik.. Ada juga aku nampak pakej di Akureyri, harga pun seakan lebih mahal sedikit berbanding di Husavik..

Not bad stay sini, lagipun water dispenser tu free flow memang letak beroperasi 24/7, Nak minum bergelas-gelas hot choc pun no problem.. Hiks

Sebaik timbulnya matahari keesokan hari, selesai bersarapan kami ready check out dan mengambil sesi kedua aktiviti whale watching pada jam 10.00am bersama dengan company North Sailing.. Hah ada 3-4 sesi sehari untuk aktiviti Whale Watching di Husavik, dan terdapat 2-3 company yang menjalankan aktiviti ini. Pakej serta kelengkapan boat yang di tawar pun berbeza-beza.. Ikut budget masing-masing, kalau nak rasa naik kapal yang klasik tentu mahal sikit lah kan.. hehe


Kalau nak merasa, tak semua session deorang turun ke laut melihat si paus di sini.. Agak kalau sejuk tahap beku tu best ke nak memburu si paus~ heh tak la kan.. jadi kene check dulu di website deorang sebelum merancang ke sini.. harga untuk trip ini kebanyakan dalam lingkungan Eu 59, satu sesi mengambil masa antara 3-4 jam.. Kalau ada duit lebih boleh tambah aktiviti mencari Puffin..


**Last sekali baru perasan, aku tak snap gambar ikan paus tuh, semua ada dalam video jee. Hehe

Setelah berjaya menemui si paus, aku segera meninggalkan Husavik, rupanya aku kekurangan satu hari lagi untuk spent hari di Husavik sebab jauh kalau nak berkejar ke Myvatn.. Kawasan natural spring dan antara national park di iceland.. Sempat lalu je, rupanya tempat menarik semua ada dalam national park dia yang agak jauh dari pekan myvatn ni.. Alamatnya terpaksa kami skip..


Masa kene jimatkan jugak supaya dapat simpan siang di Godafoss ataupun waterfall of God.. Sampai sini memang meremang tengok waterfall dia yang teramat cantik.. Dengan air nya jernih dan bersih.. memang sangat teruja, time ni lah keberanian datang nak gantung-gantung kaki di tepi batu.. Kalau jatuh ni memang naya.. Ek semua orang yg datang sini pun buat macam tu.. terpaksa lah join sekali.. Hehe Macam biasa tiada bayaran pun dikenakan untuk ke sini..

Bagi free ni buat wallpaper.. 
Lewat petang akhirnya tiba lah kami di Akureyri, bandar ke dua selepas Reykjavik.. Simple je town dia, senang nak jumpa supermarket kat sini.. Tapi sampai pun dah agak lewat, tak banyak kedai yang masih buka.. Sourvenier pun tak murah kat sini.. haha nangis.. Selepas jalan kat town terus check in hostel.. berkemas, masak dan tidur..

Pekan sendu Akureyri..
Hosteling international di Akureyri, walaupun ada dominos sebelah hostel,
Haha halal ke tak? aku prepare kan maggi goreng mamak di Iceland~ haha 
Kalau ada lebih masa di Iceland, bolehla korang jelajah ke Westfjords, kawasan ni landscape pun banyak yang cantik dan waterfall ada banyak juga kat kawasan ini.. Cuma aku takde masa yang lama, terus short cut dari Akureyri terus ke Reykjavik.. Kira banyak habis kan masa dalam perjalanan je untuk hari last ni.. Memang tak sempat nak singgah memane dah~

tetap di Hosteling International Hostel juga, memang berbaloi buat membership yer~.
Bilik pun selesa.. dapat untuk kami saje bilik-bilik dia walaupun katenye sharing bed kan~ Maybe tak ramai sangat orang~

Di Reykjavik selain makan, shopping sourvenier yang ala kadar dan apa yang termampu. Kami tak lepaskan peluang malam tu untuk mencari Aurora.. Di bandar Reykjavik ni, kereta tak begitu banyak.. Sistem parking menggunakan duit syilling yang pakai timing tu~ Banyak jugak la lebihan syiling yang aku wakafkan.. hehe..

Kalau nak tengok satu bandar Reykjavik ni, korang pegi ke Hallgrimskirkja Church, dari sini naik ke tingkat 7 dah rasa macam nak Eiffel tower tengok satu Paris.. Hehe pasai ni je bangunan yang paling tinggi.. Tingkat 7 sajork.. Dan dah datang ke kawasan Scandinavian, pandai-pandai lah carik fish and chip yang enak-enak. Hehe


2-3 kali juga ulang alik dari hostel ke tebing laut di Reykjavik ini dengan harapan Aurora keluar.. Walaupun kalau ikut forecast activity less than 2, tapi tak sangka aurora tetap muncul di malam terakhir kami disini.. Cuma tempat aku datang ini terang disebabkan banyak lampu dari bandar ni.. So aurora tak beberapa jelas sangat.. Tapi puas hati jugak la menahan sejuk di malam hari tuu..

Dah nampak dia mai dahhhh.... 


Selepas check out keesokan harinya.. Dalam perjalanan ke airport, aku singgah di Blue Lagoon.. Kawasan kolam geothermal semulajadi dari permukaan bawah 2000m camtu.. Mineral pun bermacam-macam katanya.. Asal rendam je muka jadi cantik ke? haha Blue Lagoon ni dikenakan bayaran yer dan bermacam-macam pakej ada disediakan (refer sini).. Kalau pergi time waktu sejuk macam aku ni.. bila keluar nak ke kolam memang mengigil sebab selapis pakaian je yang ko pakai.. terus berlari tak sabar nak terjun.. Bila dah masuk dalam air tu memang selesa habis.. Tambah pulak dengan air tu yang berasap-asap warna biru.. haha feeling habis.. Walaupun harga agak mahal, tapi at least cuba la sekali kalau ke Iceland ni~

***Batery camera dah tahap sendu dah time last day kat Iceland ni, rasa macam taknak balik kan.. So gambar pun dah tak banyak ..Sorry ~

Hodohkan.. nak tunjuk transformasi keluar blue lagoon... Masuk muka kene selekeh~ haha
Terus jadi adik tiri Takuya Kimura.. Hahaha Larikkkkkkk
Petang tersebut ntah kenapa pula hujan turun.. Ekh dari hari last bumi Iceland menangis pula sebab aku nak blah kot.. Lol perasan gila.. InshaAllah kalau ada rezeki akan kembali sekali lagi.. Cam tak puas tengok aurora aritu.. huhu.

Departure Hall Keflavik Internation Airport.. 
Thanks for the warm welcome and send off... Gonna miss this place but to repeat? erk kalau jumpa lombong emas belakang rumah maybe kawe datang lagi.. Hehe


Fuhhh habis pun~ lega.walopun entry malas-malas camni.. hehe
Sorry takde idea dah!


14 comments:

Ren said...

wah wah cantiknya Aurora!
Mana yg lain???

MiaAngie said...

adoyaiiiii
jeles sangat ok ;-p

agip Roslan said...

rangde tu mohe gerua...lalalala

shah_rule said...

Ren: Ape yang yang lain nyer??? Hiks

Mia: Leh gie nanti, tanam kan impian..

Agip Roslan: mohe mohe mohe... haha x reti nyanyi la

NEKCIK said...

Waduuuh adventurous tol gamaknya...iyalah dapat mnikmati kebesaran Allah kan...enjoy while you may

NEKCIK said...

Waduuuh adventurous tol gamaknya...iyalah dapat mnikmati kebesaran Allah kan...enjoy while you may

Kembara Si Mama said...

Bestnya blue lagoon, doc.
Tak payah risau kencing tikus.

budak kampung said...

Pegh.. Inilah idaman hati kawan. Kena usaha lebih kuat

shah_rule said...

KSM: haha mendidih tikus nak masuk dalam ni.. nak kencing pun x jadi agaknye, hehe

BK; stelah berusaha segigih la ni dapat pegi~ cewaah

fatiha hilmi said...

Nice.....if perempuan pergi alone selamat x kat sane????

shah_rule said...

Fatiha, ramai je solo traveller g sini. Rasenye selamat je.. Tdo tepi jalan pun xde org kacau 😁

Safura Poobritney said...

Gigih habis baca your trip.
Terima kasih ye Shah Rule, tips yang terbaik, print screen and save!

shah_rule said...

selamat mengembara ke bumi ais.. haha
thanks sudi singgah.. selamat dah habis post semua, kalau
start tunggu dari awal memang menangis.. hehehe

Anonymous said...

Salaam bro. U amik keter dr faircar.is ek? ada problem tak? review kata macam2 hal. lepas lama dah blah dr iceland depa email kata nak charge pasal car damage. btol ke?