ADVERTISEMENT

Morocco : Menerjah ke Afrika :-)

Lately memang banyak kisah yang tak berpenghujung dalam blog ni.. Nak dapat tahap konsistensi tu memang susah.. Korang pun keje kejap2 mc ye tak? Haha

So yang lepas tu kalau ada masa atau memory dalam kepala yang tiba-tiba muncul akan ku sambung yer..

Booking

Second trip in 2016 actually aku dah ter-book tiket ke korea memandangkan credit shell dalam airasia yg aku ada - masa flight cancel disebabkan letusan gunung Rinjani, Lombok.. Tapi after a few week tetiba "sumber" memberitahu ada jualan murah Qatarairways nak lagi murah book dari Johor Bahru ataupun Penang. Cth;

JHB-KL-Doha-Istanbul dan IST-Doha-KL-JHB harganya serendah RM1330 
Tapi disebabkan ak nak ke Morroco,
JHB-KL-Doha-Casablanca dan IST-DOHA-KL-JHB beza RM100 dari harga termurah tu.
Zasss sebab cuti tahun ni banyak aku habiskan untuk exam study, jadi ak replace tiket ke korea tu dan tiket ke korea tu terpaks aku tunda. 

Setelah book make sure cepat2 check dengan airline pada manage booking dalam qatar website, sebabnya korang bole pilih seat dan masukkan details diri. Nanti bole check in pakai phone dan pergi ke drop luggage sahaja.. Beratur untuk check in sangat panjang yer.

Varies hospitality from 3 various airline. 

Flight details

Flight ke Doha mengambil masa hampir 8 jam. Flight A340 interior agak lama berbanding modern flight. Tapi keluasan seat dan seat reclining yang agak selesa, aku terlelap hampir 6 jam. So not 5 star airline ataupun flight ni yang terlalu azab.

Commenting on poor light control, it's too bright until i cannot see the screen. Even during take off pun lampu tak dipadamkan.. Come on its part of flight safety kan.. 

Setibanya di Hamad international Airport, Doha.. Aku terpaksa lintang pukang lari ke gate ke connecting flight sebab kesesakan yang teramat dahsyat di transfer terminal untuk imigresen screening.. Connecting hour yang dia kasi Sejam setengah je.. Memang teruk gile transfer terminal kat sini berbanding Abu Dhabi dan Dubai yang jauh lagi convenient.

Semput lari mengejar gate for final call.. Even dah mention dekat security we rushing tapi katanya sempat lagi.. 
Connecting flight yang di gunakan pula adalah  codeshare Qatarairways with Royal Air Maroc. Tak sangka kembali menjadi Royal family kembali. Hahaha

Berpindah ke airline seterusnya, seat selesa.. IFE pun sangat memuaskan, cerita baru-baru. 
Walaupun actually dah 3-4am camtu, dia tetap hidangkan dinner.
Portion daging yang banyak, rempah yang best gila.
Aku rasa ni lah makanan yang aku rasa sangat kenyang antara airline yang lain.
PLUS airline ni takde menyediakan minuman alcohol.. Salute !

Kali ini perjalanan mengambil masa dalam 7 jam, flight yang digunakan adala B787-800 dreamliner. Kali ini aku dah tak dapat tidur dah, terpaksa layan movie~ lagipun inflight entertainment system, screen dan movie contain lebih bagus dari Qatarairways. 

Flight merentas negara-negara utara benua afrika dan akhirnya mendarat di Mohammed V international airport, Casablanca. 

I dont expect much, tapi turun je terasa sejuk jugak temperature.. Pagi tu suhu serendah 9C. Aku pula pakai sehelai t-shirt je..


Visa

Make sure korang ada visa untuk masuk ke Morroco ni.. Tak banyak sangat dah dia nak tanya since time nak buat visa tu pun dah banyak document dia nak:
1. Flight in/out from Morocco.
2. Passport
3. Malaysian IC
4. Ittenary hotel di Morocco
5. Borang Visa, sila dapatkan di Embassy tu.. Aku ada copy dari internet tapi dia dah tak terima sebab format dah baru.. Padahal takde bende pun di ubah.. Sakit hati aku.
Bayaran dikenakan adalah RM90. Sila patuh dengan masa penyerahan dan pengambilan dia walaupun macam tak masuk akal je.. Visa siap dalam masa satu minggu..



At the airport

Jadi setelah selesai imigressen clearance korang boleh tukar duit di luar arrival hall. Initially ak pun ingat tukar dalam arrival hall ni murah, tapi atas nasihat penjaga money changer itu sendiri yang mencadangkan tukar di luar arrival lagi murah.. Aku ikut kan sahaja dan ternyata beza 60 dirham dari 100 euro yang di tukar.. Malaysia ringgit macam tak diterima kot.. 

Airport ini pun ada menyediakan perkhidmatan wifi, tapi sebagai tambahan untuk memudahkan pencarian aku beli satu simcard. Korang boleh beli di luar arrival hall ini ataupun di train station casablanca.

Bahasa asas yang digunakan kat sini adalah bahasa arab dan bahasa perancis.. Tulisan signboard pun arab dan perancis juga.. Selain tu ada juga bahasa Berber, golongan yang masih menggunakan bahasa ini adalah yang berasal dari Sahara.. Its a native language and the oldest one. Banyak dah orang sahara keluar berkerja kat bandar. 

Airport transfer
Dari airport aku mengambil train ke Casa Voyouger dan dari sini aku akan ke Marrakesh sebab nak tunggu seorang kenalan lagi yang naik flight lain. Katanya nak join sama. Tapi terpaksa beli flight lain sebab terlepas promosi. Hehe Harga tiket 43 Dirham dan perjalanan memakan masa 35-40mnt.

Ada 2 train station di Casablanca, satu lagi adalah Casa Port. Aku pun tak sure boleh ke tak kalau nak ke Marrakech dari Casa Port tu.. Sebab tu aku turun di Casa Voyouger, ada tempat simpanan luggage di sini, dalam 40dirham rate mengikut masa dan berat beg.. Yang tu bunyi pelik sikit.. Sebab dia pergi timbang beg aku.. Aku ingatkan lepas dia timbang dia campak masuk train.. Haha nahas aku!.

Casa Voyage station, Casablanca
Simcard pun bole dapatkan kat station ini, aku tak tahu lah berapa harga dia kebanyakkan simcard dalam 30 Dirham, tapi kalau data plan tu varies.. Telkom antara company tertua kat sini yang liputan dia meluas.. Ak beli simcard dengan data 2GB untuk seminggu dengan harga 120 dirham.

Untuk menghabiskan masa di Casablanca ni aku dapat ittenary secara random je, since taxi pun tak semahal di negara Europe. Aku ke Hassan II mosque dengan harga 30Dirham. Tuh pun selepas tawar menawar, sebab kalau ikut forum orang kata dalam 20-30 dirham. Tapi sebaik sampai di Hassan II mosque aku jeling ke meter taxi, its 45 Dirham.. Ahaha aku diamkan aje..

Selain taxi ada bus dan tram.. Tapi aku tak study sangat public transport kat sini.. huhu

Jalan-jalan area sini berdekatan dengan laut. Nampak panas tapi suhu masih sejuk, lagipun masjid tidak di buka diluar waktu solat.. So chillax dan ak berjalan ke old medina.. Dikatakan masjid ini adalah ke-3 yang terbesar di dunia?

Hassan II Mosque


Dari sini mengambil masa dalam 10-12 minute berjalan kaki ke old Medina Casablanca. Seawal 11am kebanyakkannya barang2 pasar di jual. Jalan jauh ke dalam lagi jumpalah dengan pelbagai pakaian, souvenir dan lain2.

Pasar basah di Old Medina..

Dalam pukul 12pm aku ke Ricks Cafe, katanya banyak penggambaran dijalankan di Cafe ni, macam setaraf hard rock katanya. Cafe ini dibuka dari jam 12pm. Makanan di sini harganya standard macam makan kat Tony Romas ataupun TGIF.. Lazat ya amatz, portion dia pun agak besar range 100-180 Dirham.


Sementara menunggu kawan aku seorang yang bakal tiba dari Istanbul dan train ke Marrakech jam 4.50pm.. Aku sempat ke Marche' Central dan salah sebuah shopping complex di dalam Casablanca.. Actually random je ambik taxi, walaupun ada language breakdown kat sini.. Mana-mana lah aku di bawak aku redha.. Haha Taxi punya harga range 20-30 Dirham sahaja kat sini..

Sehinggalah jam 4pm aku kembali ke Casa Voyage, jumpa kawan aku tu dan terus bertolak ke Marrakech dengan train.. Train ke Marrakech memakan masa 3 jam, dan most of the time system kat sini memang on-time. Ada dua kelas tempat duduk di sini, kalau yang second class harganya 95Dirham.. Train antara pengangkutan yang paling popular berbanding bas, lagipun train lebih singkat perjalanannya.

Untuk beli tiket boleh je online, kalau ikut website dia tak akan faham sebab dalam bahasa arab dan France je.. kalau setakat nak usha harga train boleh la cuba kat website ini, kene try and error dan agak-agak je la.. Hehe
 Kat train station ada kemudahan mesin.. Mesin ni pun accept kad kredit.. Lagi senang la kot dari bercakap ayam itik kat kaunter kan...


Sunset sempat dirakam dari dalam train.. 

Bersambung......

18 comments:

agip Roslan said...

wow....morrocco..gile best. apesal la skyscanner alert aku tak penah tunjuk tiket semurah ko. hehehe.

shah_rule said...

Kene ambik master/phD setaraf dalam skyscanner course 😂 Hehehe
Tuh pun ade org bgtau tu yg ak check

Aku Seorang Pengembara said...

OOOO....ko dah sampai Morocco dik....oooooo...aqak is jelez....

shah_rule said...

ASP: ter-boarding salah flight kot ttbe turun casablanca.. haha
ala nanti ASP pun ttbe salah flight ke afrika nie.. tunggula~ hehe

NEKCIK said...

Patutler nekcik hajak balik kampong nekcik xmo..ropernya nak ke casablanca..tapi kat kampong kita pun ada casablanca jugak tau..tapi restoran morroco kat busan he..he

NEKCIK said...
This comment has been removed by the author.
NEKCIK said...
This comment has been removed by the author.
NEKCIK said...
This comment has been removed by the author.
NEKCIK said...

Sorilah terbanyk lah komen..terkezuut tengok harga tiket tu!!

NEKCIK said...

Sorilah terbanyk lah komen..terkezuut tengok harga tiket tu!!

shah_rule said...

Haha tuh la sampai pm saya lagi nekchik punya excited smpai bertelagah dengan pokchu kat rumah :-).. ok nanti ade info saya inform. hehe

IBU SUNARTI DI KALIMANTAN said...

Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111




(((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111

Miss Petite said...

Susah betul nak jumpa blog yg share psl morocco...saya nak tanya skit2 pasal morocco boleh? Boleh drop e-mail kat saya? E-mail: faraain.sabudin@gmail.com....Nnti sy reply e-mail dgn soalan..thanks!

Miss Petite said...

Susah betul nak jumpa blog yg share psl morocco...saya nak tanya skit2 pasal morocco boleh? Boleh drop e-mail kat saya? E-mail: faraain.sabudin@gmail.com....Nnti sy reply e-mail dgn soalan..thanks!

nobody said...

Salam..saya pun ada benda nk tanya especially psl visa..boleh email saya jugak? eja.mahmud@gmail.com tq in advance..

nobody said...

Salam..saya pun ada benda nk tanya especially psl visa..boleh email saya jugak? eja.mahmud@gmail.com tq in advance..

Aishah said...

My wish list.

Aishah said...

My wish list.