ADVERTISEMENT

Morocco : Sahara trip day 2

Sorry terlupa pulak yang aku ada blog rupanya~ haha Sorry for the long silence~

___________________________________________________________________
Sahari trip aritu terhenti di penginapan kami di Gorges Du Dades.. Kat sini batu bata dah macam gurun kat benua America tu, tak tau nak nyebutnya.. (belum study part sane lagi..Hehe)

Tidur kat sini memang sejuk gila tiba time malam.. Nak mandi tu kalau takde air panas baik jangan mandi.. lagipun hot water dalam toilet motel ni kejap ada kejap takde.. So terketar2 juga badan time mandi kat sini..

Malam tu memang tidur lena, agaknya penat lama sangat dalam kereta.. Selimut sampai 2-3 lapis dia sediakan untuk seorang.. Ketebalan dia dah macam carpet dah.. tu pun sejuk lagi.. Haha

Pemandangan pagi di sebalik jendela (tingkap je sudahh)

menghidup udara segar  ( walaupun macam sebelah lombong timah di Ipoh)

Dah reti nak bungkus-bungkus kepala.. Lepas ni bole apply kat patient trauma pulak.. Haha

Bangun pagi tu kami di saji dengan breakfast traditional Morroco, haha jangan nak traditional sangat la, same je memana menu dia akan ada roti.. roti kejung mcm tu.. Kering2 je makan..

Selepas check-out, kami di bawa ke perkampungan di Thingir.. Thingir yang bermaksud "di antara dua bahu" sebabnya perkampung ni popular antara nomad sebab terletak di antara sahara dan pergunungan Alps. Rajin la deorang ulang alik ke sini, lagipun tanaman kat sini subur katanya.. Banyak mereka bercucuk tanam kat kawasan ini.

Thinghir Village..
Kami di bawa melawat ke rumah yang mengusahakan carpet traditional masyarakat "berber". Orang jenis nomad juga la.. Antara penetap yang tertua di bumi Morroco. Kira orang asli camtu~ kemudiannya org ramai dah guna Bahasa arab kat sini..

Disambut dengan minuman morrocon whisky... haha mint tea je sebenarnya.. Manis dan pekat..
tapi sedapppppp

Kalau dah join tour bukan sekadar melawat yer, confirm la deorang duduk menjual carpet tu sekali.. Memang semua cantik2 dan harga pun boleh tahan mahal yer~ ade cecah beribu-ribu.. Haha aku nengok kan je deorang ni beli.. Tapi bila balik kat Marrakech aku rembat satu corak yang sama aku berkenan kat sini dengan harge 70% lagi murah kot.. Tapi tu dah siap kene marah dengan orang kedai tuu.. haha

Galeri carpet rupanyaaa


Selesai urusan menjual beli kami di bawa ke kawasan tinggi di Thingir.. Kat sini cuma menikmati pemandangan dan juga untuk lunch sebelum bertolak ke Merzogua.. Actually masa aku beli package ni memang Nampak murah, tapi yang terselindungnya adalah kos untuk lunch.. Kebanyakkan lunch kat sini masuk kedai yang di caj mahal.. 2-3 kali ganda dari harga biasa.. Tuh je yang stress sikit, bila makan tu terpaksa nak budget2, tunggulah balik Marrakech aku makan puas-puas.. Haha

Pemandangan sekitar Tenghir...



 Perjalanan seterusnya mengambil masa 4 jam untuk sampai ke kawasan gurun merzouga tu.. Sempat juga solat Jamak kat perhentian kedai-kedai minum yang driver berhenti untuk ke toilet. Sebut je nak solat terus 2-3 orang dating alihkan kerusi meja, sediakan ruang siap bentang sejadah dan sediakan selipar untuk Wudhu'. Aku macam kagum sekejap sampai macam tu sekali..

Berhenti je di mana-mana pun, kereta kurang.. Kalau nak baring... Hehe

Sebelum masuk ke gurun tuh prepare la soft drink ke air ape ke yang korang nak sebab kat gurun nanti dah takde groceries shop.. Haha sekadar untuk meminum memalam tu je.. Tapi aku tengok yang mat salleh ni semua duduk cari kedai minuman alcohol ni.. Macam tersembunyi juga minuman keras kat sini.. Tak macam Malaysia, 7 eleven pun ade kann.. Dan harge die mahal gile weh sampai seribu ringgit pun ada.. Aku rilex je beli coke sudah. Haha

Half of us ...Sementara menunggu bebudak lelaki beli minuman keras yang azab mahal tuuu..

Dari jauh dah nampak timbunan pasir berwarne oren keemasan..  kagum dengan Maha Pencipta..

Kalau korang ada bawal beg besar atau barang-barang tak perlu tak payah bawak semua pun takpe.. Sekadar nak masuk ke padang pasir tidur dan pagi esok tu dah sampai ke van balik.. Toilet pun ada kat kawasan parking tu untuk mandi siap semua.. So bawa beg kecik je ape yang perlu untuk ke kem di tengah-tengah sahara tu.. Kesian unta nak angkat berat-berat tu semua.. Diri ko je pun dah berapa kilo kan.. Opss..

Sebelum naik unta ni aku tengok mat-mat salleh semua sbuk tukar baju pakai jubah.. hah gitu laku kedai jubah weh kat Morroco ni.. Bole tahan warna semua nak terang-terang kat gurun pasir ni kan..
Deorang pun nak ada feel jadi arab kot~

gelagat masing-masing first encounter with the camel...
Yang baju oren tu kita semua panggil "mama" from Latvia.
Baju hijau tu comel....
Jadi bermulalah expedisi padang pasir ni.. Ingatkan dekat lah kem dia, rupanya sampai matahari terbenam baru sampai ke kem tu.. Gila jauh.. Orang yang Tarik unta ni gigih betul berjalan, smooth je tapak kaki dia atas pasir tu.. tapi bila aku jalan terus terjurlus dalam pasir.. Huhu Memang berbaloi lah bayar untuk trip ini.. Lagipun sekali untuk seumur hidup, takde lah mahal sangat kot~

Ingatkan sekadar tunggang unta ke sebelah bukit tu

Kejap lagi berbukit-bukit pula kene lalu,,
Sampai matahari pun dah nak tenggelam

And yes sampai kem matahari dah pun terbenam, bukan dekat yer kem dia.. Jauh nak lari kalau
nak balik ke van kami tuu.

The sunset view just awesome.. And for the first time of my life..
Will never forget about this..

Unta kat belakang tu pun join firecamp.. boleh jadi tempat bersandar yuolss.

Malam tu selepas makan, pak arab ni suruh keluar pulak g panjat bukit pasir (san dunes) belakang kem ni.. Katanya nak tengok bulan naik pulak.. and the view is really impressive.. Bulan tengah penuh pula tu di hari kejadian. Selama ni tak pernah appreciate pun time bulan naik, tapi kali ni nampak bulan tu naik dengan penuh cahaya.. wooo...

Malam bulan penuh.. dan tengah nak menaik dari Timur?

Aku duduk atas bukit tu sampai terbaring-baring.. Rasa sedap je sejuk je pasir tuuu.. Time nak turun dari bukit pasir ni yang paling best, nak gelungsur? nak bergolek? nak lari? semua boleh.. "freestyle" temanya.. Aku tergelak cam orang gila tengok perangai budak2 omputih ni.. Macam ter-over ke betul2 ke tapi memang lawak la..

From the top of sand dunes..
Nampak api kecik kat bawah tu adalah kem kamu..

Sesi borak-borak kosong

Bila dah masuk ke khemah lepas aku solat~ tetiba raba pocket, Shitt mane handphone.. Ok nak nangis.. aku pergi bgtau guide tu aku takut phone tertinggal kat atas.. Nak naik sand dunes tu untuk kali ke-2? actually memang nak nangis bile pikir kene naik lagi sekali.. Nak tercabut nyawa weh~ Tapi guide tu sediakan unta.. Dah puas cari tak jumpa.. OK dah ready nak kene zakat handphone baru.. Tapi sekali nak tidur tengok2 ada bawah bantal.. Damn baru teringat time nak ambik wudhu aku letak bawah bantal.. hahaha sabor aje laaa... memang best kan guide kat sini..

Unta pun berehat di bawah cahaya bulan... Ko hado?

Ok panjang sudah berceloteh.. Cukuplah untuk next update lagi sebulan. Hehe
Inshaallah aku habiskan secepat mungkin yer (^ ^)






5 comments:

Asyraf_Crescent said...

saya suka baca blog awak tapi kenapa awak selalu update cerita takde ending???awak malas eh???hahaha...

shah_rule said...

Ending die selalunya dah tak ingat dah.. Perjalanan balik ke malaysia tu memori hitam, tak boleh nak ingat sangat.. Hahaha

Carl Dani said...

cantiknya pemandangan kat sana..

masMZ KaKiJaLaN said...

haiiii welkam to negaraEeypoh... nak sangat lombong timah!

rasanya banyak yang boleh jiwang kot kalau ingat trip ni,, naik unta tengah padang pasir pastu bersunset la bermoon rise la dan paling laaa janam bila ko citer pasal henpon! sesia sangat!

dan pesanan terakhir, rabu malam jangan lupa mesorat di kedai morocco eh ok striketru tukar hipster

NEKCIK said...

tercungap cungap membacanya..suspens lah sangat..really adventurous...