ADVERTISEMENT

Germany: one-day transit.

Hello again..
Last weekend seronok kami ahli-ahli #travelholicawesome berifthor bersama-sama dengan package PERSARA blogger.. Hah masing-masing dah sendu dengan menghapdet blog memasing termasuklah diri ku ini... (cam lirik lagu plak~)
______________________________________________________________________
Dari Fes pepagi buta tu ak dah nekad nak balik ke Marrakech balik.. Sebab kawan aku yang berlepas ke Paris dan bakal berjumpa kembali sebelum masuk ke Croatia nanti tertinggal camera kat hotel kami di Marrakech.. Jadi aku dah minta tolong kawan couchsurfing aku simpan kan.. kebetulan dia pun kerja kat salah sebuat hostel di Marrakech, jadi cepat je dia dapat contact orang tersebut dan simpankan kat reception hostel beliau.

Jadi pagi tu gelap-gelap lagi aku dah keluar dari hostel, jalan di waktu gelap di lorong-lorong ni buat rasa cuak jee. Selamat taxi agak senang juga nak dapat di Fes ni.. dan takde lah semua nak letak harga suka hati macam di Marrakech.. Orang kat Fes ni jujur juga~

Pagi-pagi dah ada yang mula berniaga..
Ni kalau kosong cabin ni aku akan landing badan aku.. 
Nak menghadap perjalanan train dekat 3 jam ni memang meletihkan.. Actually trip ni jadi tunggang langgang sebab member aku tu nak blah awal dari Morroco katanya nak ke Paris dan Milan sebab tu dari Casablanca aku terpaksa ke Marrakech mengejar Sahara trip tu sebelum dia ke Paris. Tapi lagi bagus kalau sesiapa plan nak ke sini, rancang route secara teratur.. train memang senang dapat kat sini, almost akan ada seat. Bus ak tak try sebab jalanraya sini bengkang bengkok jadi tentunya masa diambil sangat lama berbanding train.

Marrakech Train Station, lebih kurang je pintu gerbang nye.
Selain datang semula ke Marrakech untuk mengambil kamera, aku singgah di Jemaa El Fena, sebab dah habis kan sisa2 dirham, bawak sourvenir balik dari Marrakech ye dok? sempat lunch semua la sebab flight pun petang dari Marrakech ni.. Kawasan sini bila siang rasa lain.. Crowd dia lebih kurang waktu malam juga cuma aku tak nak lah nak dekat2 sangat dengan crowd ni sebab ape.. sebab banyak sangat ular tedung posing2 comel kat sini.. meremang bulu tengkuk.

Pakcik ni tak focus, depan tu berbahaya tuu.. 
Dari city nak ke Marrakech airport adalah dalam 15 km.. tak jauh sangat pun.. Ada bas awam yang memang boleh di tahan dari bus stop kawasan Jemaa El Fena ni, bus no 19, harga 30 Dirham. Di airport kebetulan aku sampai agak awal jadi line untuk check in tak panjang lagi.. Aku menaiki penerbangan Transavia, budget airline keluaran Dutch kot kalau tak silap.. Flight paling murah yang aku jumpa adalah ke Munich sekitar RM180 siap dengan check in bag. Flight dekat 3 jam perjalanan.
Kebetulan sama flight dengan kenalan sahara trip tu, so ade lah geng~ banyak juga dia cerita pasal Munich aritu masa dalam bas..

Airport tengah under renovation di sebalik tambah beberapa wing lagi..

We go green today.. 
Boeing 737-800 tujuan Muncih, Germany. Dalam flight makanan cuma ada sandwich je.. 
Aku sampai Munich pun nak dekat tengah malam.. Urusan immigration di Munich pantas je cuma kekecohan sikit masa immigration Marrakech, sebab dia tak percaya aku tak perlu visa ke Europe.. Sian. Since sampai pun dah malam, maka bermalam lah aku kat airport ni.. Ade surau tapi takde orang nak guna waktu-waktu camni.. So bermalamlah aku dalam surau.. Cuma dekat subuh tu dah ramai orang datang untuk solat subuh jama'i..


Since dari Munich dah nak dekat sampai ke Croatia.. Aku stay sini dulu sementara tunggu kawan aku habis shopping kat Milan agaknye.. Direct flight mahal so lompat ke Munich dulu.. Aku pun sebenarnya tak plan pape untuk Munich ni. Dah sampai airport baru aku fikirkan activities kat Bavaria ni.. Wifi airport ni terbaik~ hehe

Munich International airport. 

Terasa nak ke Ingilstadt sebab kat situ home for Audi, heh berangan nak satu kot~ lagipun ada factory outlet -Ingolstadt Village. dan ada castle kat area situ cantik juga sebab kawan aku tu suruh pergi situ kalau ke Ingolstadt..


Kalau transportation di area Bavaria ni, kalau setakat transit sehari bolehlah ambil Bayerns day pass.. Harga dalam Eu21 tapi korang boleh naik train, tram dan bus di kawasan Bavaria ni.. Besar tau Bavaria ni.. Cuma perjalanan kene start selepas pukul 9 am.. So aku tak rasa sempat untuk ke Ingolstadt tu sebab consider juga nak pergi Munich city tengok BMW museum etc..

Munich Main Station. 
Pastries kat sini memang tempting habis..
Last minute aku decide untuk taknak shopping.. hehe so aku plan utk ke  Fussen, tengok castle yang paling popular di Germany, Neuscwanstein Castle. Kawasan Fussen ni terletak di hujung Romantic Road of Germany, katanya panorama romantic ade gunung, tasik, etc.. 

View di luar train.. 
Fussen town.. dari sini kene naik bas untuk sampai ke kaki gunung kawasan castle Newuschwansterin..
Free je dengan Bayerns pass. kekerapan bas dalam setengah jam sekali.. Jadi pastikan dulu time nak balik, jadual ada
di kawasan bus stop.

Disebabkan trip sengsorang ni macam bidan terjun aku terjah je la.. train bas semua dah free sebab pakai pass. Cuma bayar bas untuk naik ke Castle je kena bayar Eu 1 one way.. Kalau taknak naik bas boleh naik kereta kuda.. Takpun boleh jalan kaki jee..



Yang ni kene bayar Eu 1, bas tabung ye~
Kalau nak masuk castle kene join group tour.. tapi que dia panjang sangat.
Another castle kat bawah tu.. 

System train kat Bavaria ni memang on-time, dan perlu berhati-hati dengan tujuan dan laluan dia sebabnya aku end up tersadai dekat one of the station sebab ingatkan kene tukar macam waktu pergi, rupanya train ni direct je.. Hampeh betul..

Dah janji dengan kawan aku untuk jumpa kat airport pukul 7mlm tu, so aku rush smpai tak sempat nak singgah city Munich.. Baju HRC pun x dpt beli.. Dah pulak tu bila dah naik train ke airport tetiba landasan rosak pulak, kene turun train tunggu bas kat tepi tu.. Ko ingat ada bas? Pastu hujan pulak.. Sah sah musim sejuk pun tak habis lagi.. Semua pun berebut ni sebab masing-masing nak ke airport.. Last2 selamat ada van taxi sampai aku sempat sumbat dalam tu.. Die charge sorang Eu10 ..

Stress muka memasing.. 
Bile sampai airport baru dapat wifi connection terus tengok message berlambak2 masuk kawan aku tu panic attack agaknya.. Haha Ooo dalam train ada wifi free tapi limited 3 hours per day.. Dah habis quota dah sebab duduk googling sana sini..

Malam tu kami sama-sama ke Munich bus station untuk ke Zagreb, dalam bus tidor je laa..

Munich Bus Station. 
Ticket aku book online.. Sama konsep lah siapa cepat dia dapat murah.. hehe
Itu je yang sempat aku buat time kat Munich, orang kata takde benda best sangat pun kat sini.. erk tapi rasa cam best jee.. Nak ke datang lagi? Of course nak sebab tak habis cover.. hehe

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)