ADVERTISEMENT

Morocco : Marrakech to Fes

Ok mood rajin nak habiskan cerita Morroco ini, ayuh~
_____________________________________________

Selepas malam penuh debaran sampai dua kali mendaki sand dunes, taubat aku taknak buat lagi.. Bukan ape kalau tengok orang dia jalan atas pasir tu kaki tak terbolos pun, cam relax je kaki dia. Time aku nak jalan tu kaki terbolos dalam pasir, tercungap2 hatta 3-4 langkah baru.. haha


So pagi tu gelap-gelap lagi orang nomad ni dah kejut suruh bangun breakfast, tak sangka pula ada english breakfast siap fried egg segala ada atas meja.. Lepas makan tu juga gelap-gelap ni kami dah menungang unta untuk balik ke kawasan parking..

Sunrise in sand dunes..
Sejam lebih juga perjalanan unta ni nak sampai ke kawasan parking tuu.. Sambil tuh kami enjoy la tengok sunrise dari padang pasir. 

Terasa sedih juga di hati ini sebab dah 2-3 hari baru rasa jadi rapat dengan ahli-ahli kumpulan ini, ye la masa masuk van hari first tu sepatah orang tanya sepatah yang di jawab kan.. Since pagi ini half of the group try share taxi untuk ke Fes, kalau aku tahu buat camni boleh aku join. Silapnya aku tinggalkan beg besar kat hotel Marrakech sana.. 


Perjalanan balik pun memakan masa dekat 7 jam, memang merana.. Kami kembali singgah di Ouarzazate untuk lunch. Terpaksa hadap lagi roti dan kebab ni.. Walaupun pedih memikirkan harga yang 2 kali mahal dari Marrakech, kami telan jua.. Haha

Pemandangan sekitar 7 jam driving.. Menguji kesabaran betul.

Sampai sahaja di Marrakech dah wish everybody goodbye, aku cepat2 bergegas ke Jema El Fina, pasar malam yang terbesar yang menjadi mercu tanda di Marrakech.. Tumpuan ini juga turut mendapat perhatian dari UNESCO sebagai kota warisan.. 

Keliling kawasan pasar ini terdapatnya open roof restaurant.. Tak jadi masalah pun kalau taknak makan tapi at least kena la beli air untuk masuk ke veranda kedai.. View sunset dari atas dan kesibukan orang ramai di kawasan pasar memang terbaik... Tuh la motif nye aku masuk kedai-kedai ni. 

Cantik pemandangan magrib di Marrakech.. Kota al-Maghribi.

Pelbagai souvenir, pakaian, hiasan dan macam-macam ada kat sini.. Standard la night market boleh tawar menawar.. Aku sempat rembat Morrocan carpet yang orang beli 3-4 ratus tu dengan harga 1 ratus je.. Since orang kedai tu pun mentioned aku as student.. haha peluang la nak tawar menawar sampai aku kene marah.. Hehe

Keesokan paginya aku bangun awal sebab nak kejar train ke Fes.. Fes juga merupakan sebuah tumpuan pengunjung ke Morroco. Fes merupakan kota warisan silam yang masih di gunakan sehingga ke hari ini. Berbeza dengan Marrakech, kota ini di bina seakan untuk industri pelancongan, Tak hairan lah pemandu teksi di sini pandai mark up harga tinggi-tinggi.. Kalau banding dengan pemandu teksi di Fes majority semuanya jujur ikut meter dan yang pasti berpatutan. Perbezaan yang ketara Marrakech jauh lebih moden dan tersusun stuktur bandarnya. Mungkin disebabkan Marrakech antara pintu masuk utama ke Morroco..




Keluar sahaja dari Gare De Fes (Nampak tak nama station pun pakai perkatan France secara official- "Gare) Terus kami mendapatkan teksi dan menghala ke Fes Es Bali. Bandar ni pun di kelilingi oleh tembok besar.

Station Keretapi Fes

Stuktur jalan di dalam Fes seakan seperti kota sesat (maze). Tak jauh beza juga kalau di bandingkan dengan Venice.. Terdapat ramai warga tempatan yang akan approach sebaik pintu teksi di buka.. Deorang offer diri as travel guide supaya tak sesat dan keselamatan terjamin.. Berbakal keratin print screen dari dalam handphone aku gagahi untuk mencari hotel sendiri.. Darul Zohor adalah pilihan kami di Fes setelah meneliti rekaan interior hotel berkenaan. Harga bilik pun sangat lah murah berbanding di Marrakech..

Jalan nya sempit dan kadang-kadang ada keldai pula lalu bawak barang..
Moroccan interior.


Satu benda adalah bau.. haha bangunan lama kan.. lagi pula di sini secara tradisionalnya merupakan tempat pemprosessan barangan kulit. So bau kulit ni teramatlah busuk yang sebelum di keringkan tu..
Tanneries of Fes ni la yang orang duduk sibuk nak tengok.. Ada seorang hamba Allah ni tunjukkan jalan mana nak pergi sebab untuk tengok kawasan tanneries ni biasanya cuma naik ke roof top orang yang mengusahakan proses tersebut. Naik ni percuma je cuma lepas tengok tu dia akan promote la barang jualan dia yang dah siap.. Aku berkenan juga nak beli tapi sebab takde size kaki aku.. Huh blah camtu jee..

Datang sini alamilah bau die yg busuk tuu.. haha baru lah berkat..
Pakcik kedai tu sempat terangkan macam mana dia process kulit tu.. yang kaler tu pun originally made..\
Guna barang-barang natural..

Selain tu di sini terletaknya antara masjid Kairaouine yang dijuga disebut University Kairaouine. Masjid ke dua terbesar di Morroco selepas majid di Casablanca dan antara Universiti Islam tertua di benua Afrika. Bayaran di kenakan untuk memasuki perkarangan Kairaouine sebanyak 2 Dirham.


Selain itu kalau korang rajin nak berjalan korang boleh pergi menaiki tembok-tembok pintu masuk ke dalam Fes Es Bali ni.. katanya cantik pemandangan.. Ataupun bersebelahan dengan kawasan ini ada bukit yang agak tinggi dan juga tumpuan pelancong juga.. Aku tak ingat apa nama dia, tapi sempat ambil gambar dari roof top restaurant yang aku makan aritu..


Memang padat penempatan di sini.. Aku tak larat nak naik tembok mahupun bukit. Ambik gambar malas dari roof top je.

Bersambung.....

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)