ADVERTISEMENT

Kisah Lagi Lagi Lombok

Salam idul fitri buat semua.. dekat seminggu lidah duduk berbicara bahasa baku dengan intonisasi dan lengguk keindonesasiannya.. sebab trip idulfitri ni aku ke lombok..

Dah kali ke-3 juga ku ke lombok dan pernah sekali misi gagal ke lombok sebab time tu Rinjani anak meletus, time tu berkobar nak naik gunung tapi apakan daya.. tapi kali ini sebab aku nak pergi diving.. kata orang stress tertinggal stay kat atas nuh, tak payah duduk fikir..laut dalam tu tenang je, lagi-lagi kalau kene dengan current wave dia..syok bak hang 😅




Kalau time travel sengsorang ni aku selalu berdoa harap2 terjumpa orang baik-baik.. Alhamdolellah companion di sepanjang perjalanan amatlah menyenangkan hati.. tuh yang kat airport lagi aku dah start menaip entry ni..
Mesti ade dah start tarik muka ni bile nampak entry topic lain.. haha inshaallah yang entry europe time spring tu aku sambung nanti.. hatta dah nak masuk autumn kan.. hehehe

Selang dekat 2 tahun tak turun sini, persekitaran tak banyak beza.. imigresen kaunter masih dlm kuantiti yg sebelumnya, so belajar dari pengalaman sebelum ini, lepas turun flight terus jalan laju dengan khiasu-nya dan dapatlah keluar awal dari situ, bag pun tidak di check-in, nak  clearance pun lancar.


Keluar sahaja dari terminal, terus capai tiket DAMRI ke Senggigi dan preloaded simcard 2 Gb internet dengan harga 30k rupiah.. ini first time naik DAMRI, tiket nya cuma rp35K. perjalanan dalam sejam dapat turun di hadapan Hotel.. 

Aku check in di Bukit Senggigi Hotel dengan kadar Rp325k untuk satu malam, hari pertama ni cuaca pun mendung sikit..takde apa aku buat selain tidur di bilik dan keluar dinner.. Petang tu aku sewa la motorbike dengan kadar Rp60k. Budak tempat aku sewa motor ini lah jadi kawan borak2 aku di malam hari.. 

Hari ketibaan telah ditakdirkan mendung sedemikian rupa, tapi tak hujan-hujan pulak tuuu..
Nasib dapat hirup angin sejuk tepi pantai layan perasaan..
Peneman di kala sendiri..
Kenapa no plat tu buat aku rasa macam pakai name tag dengan matrix number ekkk.. Cuti kot~

Aku dah skip lunch sebab macam kenyang aku bedal lemang dalam Airasia siang tuu.. malam pulak aku ratah seafood di Rembulan Resto dekat Batu Layar.. Murah pula tu siap ada set individu macam platter seafood dekat Manhatan FM, ada ikan, sotong, udang + nasi yang macam seperiuk dia nak bagi aku makan, sayur kangkung belacan pedas nak mampus, fruit platter dan air mineral sebotol. Harga cuma Rp 80k. RM 30 pun tak sampai tuuu..


Pagi esoknya selesai breakfast aku dijemput oleh wakil Dolphin Diving School, Pak Yoga namanya. Pak tu macam title Encik sebenarnya, tapi hilang mood kalau aku panggil brother ni dengan title "pak", muda lagi brother ni..

Equipment ready..
Tapi starting aku kene buli swimming gaya bebas pusing boat 3 kali..
Omaigod satu pusing je aku dah pancit.. Ape bentuk kemalasan pun aku tak tau selama ni dah lama tak pergi swimming..
pape pun aku capai gopro dan dome port.. Ini hasilnya~ haha


Apa-apa pun aku terpaksa ambil dari mula course Open Water Dive ni sebab kalau dah ada lisence, tak buat diving dalam 6 months, dia terus di gugurkan.. Kene start dari mula.. Sebab aku dah tau passl diving, brother ni terus bawa aku ke Gili practice dalam laut terus.. Ko gila buat training "out of air" sedalam 10m tu? Kalau dulu buat kat swimming pool aje, ni kalau tak betul tekniknya mahu paru-paru boleh meletup.. haha tapi semuanya lepas jew~ Alhamdulillah...
Selfie sekali dengan pak Yoga..
Untuk open water course dengan Dolphin Diving School ini, harganya antara yang paling murah di Lombok selepas aku buat survey, rata-rata 5 juta rupiah ke atas, tapi di sini 4.6 juta je.. Disebabkan aku request nak stay di Gili, petang lepas habis diving first session deorang turunkan aku kat Gili Trawangan.. Esok pagi datang jemput semula, sebab base deorang dari Senggigi.. Kalau nak pergi sendiri dari Senggigi tu mahal sebab logistic issue untuk ke pelabuhan ke Gili tu yang selalunya orang akan "ketuk".. Sebab ke situ takde public transport.

Nak di jadikan cerita semasa naik dari diving tu, current wave kuat sangat.. sampai tali di Gopro tertarik ke penutupnya dan tersentak.. Habis gopro tu masuk air.. Kalau aku punya aku tak kesah, tapi aku pinjam dari adik aku.. dahlah mamat ni nak pergi Boracay bulan depan ni..mahu tak mengamuk kalau dia tahu kan. 

So sampai di Pulau Trawangan ini, keliling pulau aku pusing cari beras, sebab tengok dalam youtube cara ini mujarab.. Hahaha last-last aku dapat beras dari dapur kedai makan.. sebab aku nak sedikit jee, kat kedai semua jual paket 5kg tuh. Boleh berniaga nasi lemak kalau beli banyak tuu.. 


Sunset petang tu aku duduk menati lah tak muncul-muncul.. Last-last aku singgah jeti duduk tengok orang turun boat..
haha sangat takde keje kann.


"Selagi aku bernafas, Aku tidak akan berhenti untuk terus menanti diri dia pulang..." - Langit cinta.



Malam di Trawangan sibuk aku tanya kalau-kalau ada Gopro yang dibuat rental.. kalau ada pun cuma dibenarkan yang pergi trip dengan company berkenaan.. Terpaksa message Yoga tanya kalau company deorang ada.. yang ada cuma Olympus Camera underwater, kene sewa Rp300k sehari.. Underwater camera gambar ni detection of colour underwater dia memang terbaik.. sebab kalau semakin dalam semakin banyak colour yang hilang, turutan macam spectrum pelangi, sekitar 1-5 meter warna merah dah susah nak nampak, kalau makin dalam tu warna biru-ungu je yang tinggal.. Tapi kalau Olympus ni dia dapat detect colour tu semua..

Capture by Olympus T-3.. Nak kene beli ni satu...
Semasa diving hari ke-2 aku gunakan kamera yang Yoga bawak, tapi bila buka rupanya dia tak charge pun battery.. Hahaha stress aku di buatnya. Last2 petang tu aku decide turun ke Mataram untuk cari Gopro.. kalau rosak memang sah sah kene gantikan.. Gopro lame tu dalam beras lagi, orang kata tunggu 3 hari.. haha aku layan kan aje x sentuh dalam tu.. 

Di sebelah petang aku ikut Yoga balik Senggigi dan terus dia bawa ke Mataram mall.. Tak pernah turun pun kat Mataram ni, rupanya ada 4 shopping mall besar-besar belaka. aku kebas gopro kat sini dengan harga Rp 4.6m.. Lantakla leret duit plastik, balik nanti kita fikir macam mana nak bayar ye dok.. Yoga yang hantar pergi balik, petang siap hantar aku ke pelabuhan Bangsal.. dari sini aku naik public boat sengsorang balik ke Pulau Trawangan.. Tambang Rp 15K untuk public ferry ni. santai-santai sunset dari atas boat je..


Kira outing dengan Yoga ke Mataram la ni.. Main naik je lori sape ntah~ haha


Petang tu terpaksa la balik ke Gili semula...


Public ferry dia, macam ni lah gaya nya.. Tapi janji murah sudah~

No motorized vehicle seen in Gili, that's what I like the most about Gili, merasa kau ke zaman dahulu kala.
Tapi sakit buntut duduk naik basikal hari-hari..

Malam-malam di Trawangan aku banyak habiskan masa kat penginapan je, sebab tempat aku stay ni own by omputeh, tapi dari segi management dia semua bebudak je.. dengar cerita masing-masing dengan rasa kagum... Inspiring sangat cerita-cerita deorang ni..

Nama budak ni Toby, ko ingat dalam Harry Potter je ada Toby? haha Layan borak dengan dia je selalunya, tapi the night after aku terpaksa pindah hotel sebab dapat book satu malam je kat tempat deorang, tak jauh mana pun hotel lagi satu tu depan hotel deorang je.. siap pelawa kalau esok deorang nak prepare breakfast untuk aku.. Basikal pun dia bagi je aku guna even aku tak duduk tempat deorang ni.. 
Tengok TV dan tidur je la waktu memalam ni.. tak larat dah berparty~ sumpah! haha


Hari ke-3 turun di diving site dah ada Gopro kembali, aku repeat turun ke wricked ship, dulu masa kat Thailand scary weh tengok wrecked ship, macam ada hantu rasanya, tapi kat Lombok ni rasa tenang.. Cantik pulak tuu underwater world.. Yoga cakap bulan lepas banyak Dolphin, jumpa manta fish lagi.. i is jealous bila dengar ada manta fish tuu.. its in my bucket-list after the whale shark.. Jadi sesiapa yang nak memburu manta tu boleh la roger2 saya yer..


Jemur kasi kering. kasi hitam sekali..




Wrecked ship site in Gili sedalam 22m.
Bersabar betul pak yoga ni melayan jadi camera man aku.. haha

Petang lepas diving tu aku ikut semula Yoga balik ke Senggigi, kali ini aku tinggal di Puri Senggigi Hotel.. Rp 275k satu malam, paling murah.. hehe Ptang tu lepas submit final exam paper Yoga cakap nak bawak jalan.. aku pun On je la since bukan ada apa nak buat kat Senggigi.. Aku berkunjung ke rumah orang tua dia di Desa Ombe Baru, Lombok barat.. nak tambah drama hujan pulak tengah-tengah jalan.. 

Merempit di Mataram..
Sajian starter sebelum dia keluarkan nasi dan lauk pauk orang sasak.. Haha pedas ya amat..

Kawasan rumah ni memang lain sikit la, first time bertandang di rumah orang indonesia, time dulu adalah pergi rumah kat Bandung, tapi tu rumah member yang belajar kat sana.. Rasa kat Malaysia je.. Yoga ni duduk kat office dia je, sekali sekala balik rumah... anak-anak buah dia kat rumah ni perkataan pertama dia cakap "upin ipin".. haha mentang2 lah dari malaysia.. Siap menjamu semua, tapi dia dah pesan awal2 aku tak makan pedas ~ kalau tak cakap memang orang sasak (native) kat sini makanan sambal belacan yang pedas amat. serik nak makan Taliwang.. haha

Apa-apa pun aku terus rasa yang macam ada bond feeling macam ada family kat Lombok ni, thanks sangat2 buat Yoga yang bukan sahaja bawak aku mengenali hidupan di laut malah siap bawa pergi beberapa rumah orang Lombok... Definitely will come back~


Thanks boss... !

keesokkan harinya aku bangun pagi seawal 4 pagi sebab nak kejar flight ke airport, keberangkatan jam 7 pagi. Sekarang tak payah nak risau sebab dah ada jalan baru ke airport kalau dari Senggigi.. macam highway gitu.. so one way tu menelan 45minit.. harga tambang teksi dia pun tak sampai 200K.. memang murah dah tuu.. 

Nampak tak siap ada logo PADI kat t-shirt tu~ hehe

Untuk perjalanan pulang ni, aku tebus point Enrich sebab flight Airasia mahal.. So aku dapatkan Batik Air dari Lombok ke Jakarta.. Dari Jakarta dapat free seat tebus point Emrich tu.. dan ingatkan boleh mintak parents aku jemput di airport sebab deorang ada plan beraya kat seremban, tetiba last minutes cancel plak.. 

Complete set makan hari ni, breakfast dengan Batik Air, Lunch pulak dengan MH lepas tu ada tea time pulak dengan Malindo.. hahaha

Terpaksa beli ticket over the counter sebab tak larat nak naik bas.. Malindo air aku beli ke JB tak sampai rm100 pun over the counter.. ok la tuuu.. Sambil menunggu connecting flight kat KLIA ni aku siap dah habiskan entry ni..

8 comments:

Cik-Anne said...

wahhh...jenjalan Lombok...
bape rege Gopro tu kalau convert RM...

nice pic

shah_rule said...

Cik Anne: Dalam 1400 kot
Nangissss

NEKCIK said...

Wamboii berayer sampai ke lombok doc...lpas ni klau patients nak jumpa kenalah ke lombok ye...sib baik lah anak teruna

NEKCIK said...

Wamboii berayer sampai ke lombok doc...lpas ni klau patients nak jumpa kenalah ke lombok ye...sib baik lah anak teruna

Ren said...

wow dah tertarik dengan org lombok kewww sampai 3 kali pi hahahaha. Ok kirim salam kat Toby! Hahah

Anash said...

baca ...what ? beli beras?
ooooo letak gopro
baca...what ? ripit 3x lombok?
ooooo sah la kena cari 'klinik caw' di sana

dah ada diving cert..sayang la klu tak guna kan...
(baling google tengah laut)

Asyraf_Crescent said...

mas cumi celup tepung mas...mas cumi mas cumi hahahah...

shah_rule said...

Nekcik: haha takpe patient boleh ambik appointment dulu, nanti saya buat visiting doctor.. hehe

Ren: ahaks memang akan pergi lagi.. ntah kenape ntah..

Anash: akak nak baling google sape tengah laut tu? dah la taknak turun laut.. hehe

Crescent: Cumi bakar yer mas? haha