ADVERTISEMENT

Doha and Dubai 2016


So saje nak distract sikit meh kebosanan duduk kat ward- kasik throwback kisah perjalanan ke bumi ambiya'.. hahaha sesuka hati ko je main petik bumi ambiya' ye, walhal time belajar ilmu sirah dulu tunggu turn je nak tidur di sebalik buku teks.. Siapa lagi berperangai sebegini???

Ok kisahnya ajakan/tawaran dari kawan aku untuk menggunakan pass pekerja dia sebagai staff Qatarairways.. bahaya kan tawaran dia siap dia bagi aku ID dan password staff lagi untuk aku book, kalau aku tak book pun aku duduk lah usha tiket ke sini sana...

Since dia kata member-member yang lain semua tekun berkerja takde pun yang "freelance" macam aku.. mungkin dia ingat aku buka aesthetic kot kat Malaysia ni~ haha Walhal kerja berserabut..

Since orang dah perlawa tu, dan aku pun time tu baru je balik dari trip Europe masa tu, so aku chills kejap kumpul duit~ Masa nak dekat bulan puasa tu, sebelum sebulan berpuasa terlintas pula nak buat photoshoot Ramadhan dan hari raya~ tapi sedih aku lupa bawak baju raya, ingat nak beli jubah kat sana, tapi dah panas membahang suhu sampai 40 lebih, kecik je mata aku tengok jubah tu kalau aku nak sarung.. Kan~

Since aku dah dapat harga staff, datang lambat ke airport pun tak kisah.. tak kene caj pape kalau nak tukar ke penerbangan seterusnya.. Actually pagi time aku bertolak tu chaos sikit sebab aku kene tinggal dengan bas selepas imigresen Woodland.. Baboon betul driver tu~ sampai sekarang aku makan hati.. Terus aku on Uber, on the spot uncle Singapore ni datang bawak aku ke airport, sebab pagi-pagi waktu peak hour kan, terus kene sembelih double rate time tu~ Damn senyum je la...

Tak sangka Berjaya jejak kaki kat airport setelah ditinggal oleh bas dekat imigresen woodland.

Sampai kat airport tak ramai pun orang beratur, sebab aku ingatkan aku dah lambat.. Tapi kawan aku dari Doha message, katanya passenger load pagi tu untuk economy class hanya lah dalam 50 macam tu.. fuhhh merasa semua terbaring kat seat panjang dalam flight tu~

Saja aku nak naik dari Singapore sebabnya Qatarairways menggunakan airbus A350 untuk laluan ini. Merasa lah naik flight technology terbaru ni~ Memang sangat puas hati.. Bucketlist tercapai lagi~ Ingatkan tak mampu nak naik Qatar A350 ni, gigih riki-riki route Vietnam airline sebab dua airline ni je yang terawal ada A350 kat asia ..  Tapi kalau dah rezeki kan...

Nampak tak macam takde orang je dalam cabin ni..
lampu macam ni sedap dapat baring tidur.. hehe
Big bird A350 safely landed..
Apabila touch down di Doha, aku keluar dari airport sekejap since nak jumpa member aku ni kononnya nak belanja dia, tapi orang kaya je kan duduk Qatar ni, dia pulak yang duduk sponser makan minum.. Duit teksi aku pun dia nak bayar.. Terharu aku, tak sia-sia dulu gie sekolah naik basikal sama-sama.. Haha Sehari tu aku round kat Doha.. Keluar teksi depan rumah member aku ni je muka aku dah merah.. Bahang dia lain macam..

Time ni termenung sekejap sebab kene tukar plan, next connecting flight dari pukul 3pm kene tunggu pukul 1am nanti sebab seat dah full... ini yang sedih kalau guna staff ticket, kalau seat overload ko la yang kene mengalah.

Dari airport aku guna Uber lagi sekali, payless kan.. tu yang aku suka..
Souq waqif antara tempat popular di Doha.. Siang Nampak macam mati sikit, bila dah malam penuh orang kat sini.
Berhadapan dengan Souq Waqif ada Souq Falcon atau pun kalau diterjemah - "pasar helang".
Kegilaan orang sini berlawan helang.. Siap ada hospital khas untuk helang kat sini kalau helang cedera parah..
Aku kat rumah mampu lawan ikan laga je.. tuh pun RM2 seekor.. haha
Tak jauh dari situ ada Souq Philippine.. Ape kes ade pasar deorang pulak~
Tapi kat sini lah macam-macam barang runcit asia tenggara di jual..
Ikut kata kawan aku jam G-Shock murah kat sini... Dia memang gemar betul tukar-tukar jam sampai
orang kedai ni dah kenal dah dengan depa.. Sporting je bangla ni~ confident.
Aku tak tahu la ni surau ke masjid.. tapi sempat solat di dalam ni tak sebesar masjid aku rasa
Nampak je cam ni, tapi masuk tandas dia macam KLCC punya tandas..
Ok nak layan sunset di Corniche.
Sebelah tu banyak bangunan tinggi member aku cakap mostly empty building saje..
Aku tak jejak pun ke sana, cuma perhati dari jauh sudah..
Corniche pula bertentangan dengan Souq Waqif, cuma perlu melintas jalan besar.
Ini terowong melintas jalan besar tu.. Ko rasa? Mewah tak..
Ok nice timing nak dekat sunset..
Beginilah pemandangan petang.. Kalau nak naik boat banyak yang offer untuk sightseeing dengan harga dalam QAR 50 per person.
Tapi aku duduk tebing corniche ni je hirup udara tepi laut.. Jernih air dia sebenarnye.
Pemandangan di Souq Waqif bertukar di waktu malam..

Malam tu aku bergegas semula ke airport untuk mengejar flight ke Dubai pula, actually aku tempah flight siang, tapi disebabkan flight penuh.. memang dia akan cancel staff punya tiket ni~ tuh yang last kene tukar plan.. Flight balik nanti pun boleh adjust sendiri sebab konon-kononnya ko tu staff..Haha


Hamad International Check in Counter.
Jadi flight tengah malam tu di jangka tiba mejelang waktu subuh di Dubai, aku pun ada juga terlena tidur di departure hall dalam airport Doha ni.. Selesa yang amats, dalam flight pun sambung tidur lagi.. Last-last sampai Dubai masa lepas solat subuh aku terus lupa mana aku letak phone.. Jeng jeng jeng drama bermula lah duduk turun naik cari phone.. End up buat muka meraih simpat di Loss and Found counter~ harap-harap lah ada orang baik jumpa dan pulangkan phone.. Pinoy di kaunter ni tak habis-habis cakap "there is a hope" aku dah sentap dah..

Tapi selamat time ini ada ipad, selalu jarang aku nak bawak ipad kalau travel.. So dapatlah online, actually senang nak navigate in term nak naik public transport apa kalau keluar-keluar dari airport ni.. Nanti dah sampai Hotel barulah boleh try tanya dulu staff sana.. dan cuba jalan tengok haruk ke tidak.

Ingatkan aku nak terus dapatkan One day ticket, tapi disebabkan pagi ni adalah hari Jumaat, kaunter train serta train pun tak jalan tau sampai lah lepas solat jumaat nanti.. Pulak macam tu gaya nya, jadi kena naik bas dan pandai-pandai agak mana nak turun berpandukan print screen map dalam ipad.. Mencabar ke tidak? Kalau guna bas kene ada Dubai card pula tu, kad ni macam Touch n Go dan yang paling tak best deposit AED 5 tak boleh refund..

Book dari internet dalam RM 90 ++ je untuk satu malam, bila tengok tariff harga satu malam di sini kalau walk in
UED 1200.. Nangis~ betul ke tidak ni?
Di Dubai nak dapat centre location memang ko kena jadi jutawan dulu.. So aku menginap jauh gila dari centre, aku dapat rate dalam RM290 untuk 3 malam kat Dubai.. Ok la tu walaupun location dia macam jauh dari centre, tapi accessible, sebab subway pun dekat. Kalau di Dubai, One day tiket berharga AED 14. Sambil tu aku boleh guna setiap malam ke kaunter Loss and Found kat Dubai airport tu.. Gigih hari-hari ke airport kan~ Tapi siot betul, memang betul-betul tak jumpa katanya~
Terpaksa tunggu iPhone 7 tak lama lagi.. Haha

Ghubaiba Bus Station
Selesai urusan check in, aku cuma letak beg dan bergegas ke station bas utama di daerah Burr Dubai ni di Ghubaiba Bus Station.. Aku terpaksa lah naik teksi sebab aku tak study sangat pasal tempat ni, aku tengok route bas dengan apa yang ditulis kat bus stop pulak lain.. Jadi aku taknak lah buang masa sebab takut tak sempat nak solat jumaat di Masjid Syekh Zayed.

Untuk ke Abu Dhabi, tiket berharga AED 20, korang kene ada Dubai card. kat kaunter dia hanya boleh top up je.. Nanti naik bas kene touch card.. Bus ni akan jalan bila seat penuh, takde masa-masa sejam ke dua jam sekali.. Perjalanan mengambil masa dekat 2 jam..

Sampai di Abu Dhabi rupanya dia gunakan kad lain pulak untuk bas dia.. Ketahian apa pun aku tak tahu setiap negeri dia lain pulak kad.. Terpaksa beli dengan harga AED25.. Last-last aku tak habis guna aku sedekah je kat mamat bangla aku jumpa dalam tu..


Betapa excitednya Nampak dari jauh dah turun bas, jap lagi berpeluh nak menapak ke masjid, rupanya jauh lagi..



Sejuk mata memandang, sejuk lagi hati masa ni, cewahhh.. Kalau berkaki ayam pun langsung tak rasa panas kat lantai tengah terik ni sebab dia guna batu marmar~ memang kalis haba.. Tapi awas kalau kau terpijak cat lukisan bunga atas lantai tu.. memang rasa melecur..


Antara lainnya, lampu chandeliers dalam masjid ni ada Swarovski crystal okehhh~ dan ini merupakan yang ketiga terbesar di dunia..

Selesai solat Jumaat, memang migraine kepala aku berjalan tengah panas, ingat nak cari bas, tapi tetiba terlintas prebet sapu offer nak hantar aku.. Dia cakap kenapa jalan tengah-tengah panas.. Dalam hati aku cakap - ada tempat yang tak panas ke kat sini?? Lol


Pak arab ni sibuk cakap nak terus hantar aku ke Dubai, dia kata jalannya straight je kalau ke Dubai tu.. Tapi dalam masa yang sama nak sembelih aku bayar tambang mahal kat dia, dah la aku sengsorang ni takde geng nak kongsi.. fuhh kuat iman aku last-last aku turun semula kat station bus Abu Dhabi, dari AED 25 dalam kad tu aku cuma guna AED 4 tambang ke masjid Abu Dhabi tu.. Map lain untuk route map tu memang aku fail, sekian aku pulang semula ke Dubai~


Belah petang sempat menapak jauh dari MRT station untuk ke Dubai mall, plan nya nak naik The Address Sky Bar sebab dari sini boleh Nampak pemandangan cantik Burj Khalifa berlatar belakang kan Sunset.. tapi keciwa teramat bila keluar dari Dubai Mall Nampak sign "under construction".. Bad timing huh..


Ok sedap burger kat sini walaupun harga macam azab sikit.. Patties die sangat la juicy, dan kentang
sebesar lengan baby.. haha

Sekitar perkarangan Dubai mall, nak dekat sunset makin ramai orang berkumpul
sebab menantikan water performance.

The Address sky bar berhadapan sahaja dengan Burj Khalifa, mahu tak cantik view dari atas tu kan.. Apa nak buat. 
memandang tetiba rasa panjang pulak untuk short entry ni, aku terpaksa buat second episode yer.. Haha harap gigih menanti..

Thanks guys.

6 comments:

Aku Seorang Pengembara said...

Gigih hang pi negara padang fasir yang panas menyengat kulit dan belengeh ketiak ni ye...haha

shah_rule said...

ASP: sebab flight murah gagah kan juga diri menjenguk Negara padang pasir ni.. pasni takyah dah.. hehe

NEKCIK said...

Selalu dok dlm aircon ..dlm ayaq..sesekali dok padang pasir ..bagi hitam..ha..ha

shah_rule said...

jemur2 manja je nekchik kat Negara padang pasir ni.. pkol 12 ke pkol 1 dah agak2 panas masuk hotel duduk dalam aircond.. ptang keluar balik.. haha

Kembara Si Mama said...

Dr guna website apa dpt hotel rm90++?
Menarik ni

shah_rule said...

jumpa kat agoda jee KSM.. tp mmg banyak range camtu kalau luar sikit dari CBD.