ADVERTISEMENT

Sekerat lagi Doha and Dubai 2016 :-P

Sekerat lagi aku nak kasi perabih kisah di Dubai ni.. ***Tetiba datang semangat nak update blog ntah siapa tiup ni.. Haha

Setelah hajat nak ke Musandam terpadam oleh puak-puak Philippine yang tak mendengar kata kat hotel ni, aku habiskan sisa-sisa hari aku di kotaraya Dubai ni aje.

Selain dari melihat skyscraper, korang boleh juga menjelajah ke traditional market yang jauh lagi klasik daripada melayan skyscraper yang macam lebih kurang sama je kat KL nuhh.

Ada beberapa Souk atau dalam kata lainnya pasar yang korang boleh terokai.. Perasaannya memang rasa macam back to the basic~ merasalah macam kawasan silam tinggalan bumi Dubai ni sebelum terbentuknya kota metropolitan dia.. Barulah tak rasa macam travel kat KL ataupun Singapore.. hehe
Al Ghubaiba MRT station
Golden cinema kat sini.. ahaha mungkin screen hitam putih dalam dia kot.
Sekitar Dubai Creek

Kesemua souk ni terletaknya di daerah Burj Dubai.. Kalau menaiki train korang boleh turun di AbuGhubaiba Station.. Dari sini dengan berjalan kaki saja korang dah boleh sampai di Souk Textile.
Taklah sebesar mana pasar ni.. cuma dari segi pakaian dan kain memang banyak korang boleh dapat kat sini.. Berdekatan sini juga ada banyak street shop yang menjual sourvenier dan kedai coklat dan kacang. Kebanyakan jurujual kat sini pun bukanlah warga UAE, kebanyakkan deorang ni reti cakap melayu.. Terkejut jugak~

Textile Souk

Selesai pusing area Textile ni, aku ke Al Gubhaiba water transport pulak.. Merasa naik traditional boat yang menyeberangi "Dubai Creek" yang terus membawa penumpang ke Spice Souk.. Tambang cuma 1 Dinar sahaja.. Ko feeling naik perahu kat desa kannn.. Haha


Di Spice Souk ni memang dia jual spice laa.. dan juga barang-barang keperluan rumah.. Untuk barang plastic import China tu pun nampak banyak kat sini dan sangat laku yer..

Selang beberapa blok berjalan kaki, terletaknya Souk Gold.. Hah emas kiri kanan.. tak de la aku lama sangat kat sini since tak mampu nak beli dan tak buat trading gold pun.. haha Tapi cuma kagum nama kawan-kawan semua naik kat papan tanda kedai emas tu.. hehe
Nadia ada.. Farah pun dah ada.. Nama hang bila lagi nak naik.. Lols

Selepas aku berjalan tu sampai kepala nak dekat migraine terasa panasnya bila hari dah tengahari.. So aku cepat2 masuk dalam shopping complex, nak shopping kurma sikit dan sempatlah melantak makan tengahari.. Menu Turkish tapi yang masak warga Philippine.. Haha


Belah petang aku keluar masuk ke concrete jungle lagi sekali.. Nak tengok kalau ada skyscraper yang boleh aku naik ke rooftop dia kat area Dubai Marina.. tapi hampa di halang oleh staff kat situ.. So aku strolling around Dubai Marina sambil menikmati pemandangan senja.. Hussh bahasa kau~

Dubai Skyscrapers
Dubai Marina

Sehari selepas tu plan asal nak balik flight tengahari supaya bolehlah aku terhegeh2 bersiap.. tapi kawan aku dari Qatarairways mention "flight full, macam mana ko nak balik?" Route Doha-Dubai ni memang popular kot agaknya.. So aku terpaksa lah sampai cepat-cepat kat airport sekitar 5am..Selamat dapat di sumbatkan dalam flight pukul 6am dari Dubai.. Dan setiba di Doha aku terus masuk flight ke Singapore jam 7.50am.. Flight ke Singapore dengan flight A350 ni selalunya tak penuh.. memang best ko fefeeling dalam tu...

Sekali sekala kasi chance lah tidur lena dalam flight... Hehe

5 comments:

Anash said...

hahahaaha
pesal ntah akak gelak
ntah
tapinak gelak jugak
hahahahaha
(sebenarnya jeles)

shah_rule said...

Akak ni memang mudah terhibur nii... hehe
Jangan gelak sensorang plak. nanti ade orang gelak tengok akak,
lain macam pula.. hehe

Ren said...

Wow nape ko tak naik bangunan2 tak siap tu. leh amik gambo tinggi2. ooooooo ko soping kain nak buat kenduri eh?

Naramas Aman said...

Tambang bot di Dubai Creek masih 1 Dinar, tak naik-naik :)

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)