ADVERTISEMENT

Its Austria, No Kangaroo here (part 1)

Another story tak tahu kenapa macam asyik ada tak kena je kebelakangan ni~ so aku tetiba ambik cuti mengejut.. Hahahaha Ni semua sebab ada login password staff Qatar airways kot~ asyik pelik-pelik je tempat nak pergi..


Berbekalkan ID member di Qatarairways, aku book tiket selang beberapa hari penerbangan untuk ke Vienna. Sebab kalau nak selesa dan orang kata "stress free" menggunakan staff ticket setiap airline, korang kene check dulu mana route yang kurang popular. So senang nanti deorang nak approve ticket tu.. tak lah jadi macam season lepas cam seram sejuk time nak balik takut seat full..

Sebelum bertolak aku sempatlah plan apa yang patut.. Tuh pun dalam seminggu sebelum berangkat..
Kene beli ticket train online kalau nak merasa ticket murah..
Aku menempah route:

Vienna- Innsbruck dengan harga Eu19.
Innsbruck-Hallstatt pun  Eu19
Hallstatt ke Vienna dalam Eu14.


Rata-rata memang murah gila sebab train ni paling tidak pun ada 3-4 jam.. Bersabar je lah melayan internet free dalam train tersebut.. Siap dia sediakan plug untuk ko charging. Tapi internet free sepanjang perjalanan hanya terdapat dalam train code RJ (railjet).. Kalau intercity (IC) train takde pun wifi.. Semua station train kat Austria menyediakan internet free.. Tak jumpa aku tempat pemurah wifi macam ni..


Pada hari keberangkatan tu, aku memilih penerbangan malam.. Kecut perut sikit sebab flight ke Doha waktu malam memang selalunya penuh.. So harap-harap adalah seat untuk aku .. Berdebar ke airport dari tempat kerja aku naik Uber ke CIQ johor dan masuk ke Singapore sehingga ke Bugis. Straight naik train ke airport dari sini.. Tak payah layan janji manis bus Changi airport transfer tu.. Last time kopak duit terpaksa naik Uber sebab kene tinggal dengan bus kat Woodland.. Now lesson learnt..

Sebaik turun dari MRT Singapore..

Lega dapat seat malam tu, tapi memang seperti yang aku katakan flight penuh, takde ruang nak mearas jadi boss kat kelas economy ni, memang merengkok dapat pulak middle seat sebelah-sebelah tu mat salleh yang badan 5-6 bidang.. tapi sebab flight malam dan aku pun dengan baru habis kerja, lama juga aku dapat lelap..

As usual A350 Singapore to Doha.

So far takde masalah semasa kat Doha, flight ke Vienna memang kosong~ selang sejam sampai di Hamad international airport terus di panggil masuk~ Bila dah masuk perut kapal, crew kapal suruh duduk je mana suka, flight kosong katanya,.

Sambung dengan Dreamliner ke Vienna.. actually bagi aku seat dalam Dreamliner lagi luas dari A350.. Kebetulan flight kosong.. Apa lagi, sambung tidur.

Trip kali ni memang tak ambik masa yang lama.. saja lepaskan stress kan temanya, Selain prebook airbnb dan hostel di Vienna.. Aku cuma bawak duit belanja Eu300 je.. Macam tak cukup rasanya~ tapi memang boleh je survive, kalau ada sedikit benda yang tiba-tiba perlu untuk aku beli yang terasa mahal tu, aku bagi je la duit plastic yang ada., Haha

Approaching Vienna airport, banyak nya kincir angin..

Sampai di Vienna, aku ke main train station di city centre dengan tambang Eu 3.80 sahaja.. murah pulak tuu. perjalanan memakan masa 20 minute. Sampai di Vienna aku sempat beramas ramah mesra dengan staff information counter untuk familiar sedikit dengan system train di Vienna.. Sebab nanti bila turun ke Vienna senang lah sedikit hendaknya~ sambil tu segala pamphlet aku sumbat dalam beg untuk baca dalam train nanti.. Sebab destinasi seterusnya aku ke Innsbruck, 4 jam dengan train dari Vienna.

Flight information pada dinding..

Terhibur juga tengok bebudak ni duduk borak-borak sambil tunggu train.. Terimbau time tunggu bas time balik sekolah dulu. Kalau budak zaman sekarang semua duduk tengok handphone jeee...

Innsbruck ni macam city dekat celah-celah kawasan pergunungan alps, memang cantik gila, kalau waktu winter maybe putih sekeliling dia.. Aku turun time tu nak hujung-hujung summer, memang tak Nampak pun sisa-sisa salji yang lepas.. Kecuali beberapa puncak yang still ada glacier..tu nampaklah keputihahn dia dari jauh..


Untuk di Innsbruck ni, aku memilih untuk stay di Airbnb, kali ini pertama kali aku try private room dalam airbnb,, selalunya mesti aku ambik the whole house.. Tapi aku duduk datang seorang saja kan.. So antara yang termurah airbnb.. Hostel pun mahal area Innsbruck ni.

Agak susah sebenarnya nak cari rumah di tengah kota ni, direction pun dia bagi ala kadar je.. Sakit pulak hati aku masa aku sampai tu~ dekat setengah jam aku mundar mandir cari apartment dia sampai lah aku terpaksa roaming dan contact dia.. Terus dia turun bawah~ sebenarnya jauh lagi rumah dia dari station tram.. Direction dia simple jee.. Geram pulak aku..


Masuk rumah, hmmm boleh la tahan bilik, internet sume laju.. cuma bab kitchen aku boleh guna time dia ada je.. Macam siot jugak la, takde mood aku nak masak-masak ni.. Selamat berdekatan sini banyak kedai orang-orang Turkey.. Kebab halal dan nasi ada deorang jual..



Untuk aktiviti di Innsbruck aku ambik Innsbruck card.. pass ini dijual di pusat informasi Inssbruck yang terletak di tengah-tengah Maria Teresa street, korang boleh beli tiket ni untuk bergantung pada jumlah penggunaan.. Aku cuma ambik untuk 24 jam, kene dalam Eu 39. Banyak juga aktiviti dia cover dan memang lebih dari apa yang kita bayar tu kalau ambil asing-asing.. details klik <website>

The famous Maria Teresa street..

Information stop di Innsbruck.


Sambung nanti. Doa-doa lah bukan bulan depan aku hapdate.. hehe

4 comments:

NEKCIK said...

Ya Allah you are everywherel lah doc..hedek lah nekcik..kejap dubai..kejap vienna..lpas tu aurora pulak ..aduuh
X delah nak memburu air asia sekarang ni ye...semua di luar kawasan

Kembara Si Mama said...

Senang dpt visa ya doc?.
Biasa berapa lama?

shah_rule said...

Nekcik: dah ada orang pancing saya dengan ID staff Qatar airways nekchik.. bila nak book airasia yg kian meningkat harga sekarang ni, cuma tambah sikit dah boleh naik Qatar. hehe

KSM: ekh di Vienna tak perlu visa.. masuk je asalkan tak lebih 6 bulan.. semua Europe country memang camtu. Belasah je. haha

Pak Henra said...

ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
ALHAMDULILLAH..!!
saya bersyukur kpd Allah SWT.
atas keberhasilan PENARIKAN UANG
GHAIB.setelah melalui proses panjang &
sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
dngan catatan:
1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
2.tidak untuk memperkaya diri
3.sanggup menyiapkan satu ekor sapi jantan,(sebagai pengganti tumbal)
--------------------------------------------------
bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
silahkan menghubungi PAK SUGENG di NO TPL 082-315-999=679
ATAU KLIK

http://www.pesugihan47.com/



atau pegeng togel 2d 3d 4d 5d 6d di jaming 100@ tembus