ADVERTISEMENT

Magnificent iceland : The scandiadventures Part 5

Minggu ini terasa pengisiannya yang amat panjang..Fuhhh ~ Walaupun konon-konon taknak keluar malaysia dalam beberapa bulan ini, tapi tangan dah terbeli ticket awal-awal sebab kemurahan tahap melampau.. #zipmulut Selain itu routine biasa kerja.. siap kan presentation yang aneh-aneh untuk fellow radiographer and guide Monash Uni student dalam menyiapkan research paper deorang..
Sigh~ what a long week.....

__________________________________________________________________________

Sambungan kisah yang lepas <klik sini>

Malam di Hofn, memang tiada activity langsung melainkan duduk dalam kereta di waktu malam di perkarangan glacier lagoon, Jokulsarlon tu~ niat hati nak tengok aurora, tapi dah sedia maklum dalam forecast kata awan tebal.. Hiks degil juga sebab kita percaya peluang tu pasti ada.. tak nak percayakan weather forecast seratus peratus~ ye laaa in state of denial..

Tapi memang sedih dari malam first memang tak nampak lagi apa yang orang katakan "aurora boreiles" ni.. Kalau datang seawal september, memang aktiviti aurora di peringkat yang kurang aktif.. Jadi bersabarlah.. tunggu je, kalau ada, adalah...

So the next day selepas bersarapan dari Hosteling International di Hofn.. Sempat lah round pekan Hofn ini.. Kebanyakan kedai pun masih tutup.. dan nampak aktiviti di pelabuhan sudah pun bermula.. Tapi tak lama.. Even gambar pun tak snap semantara aku di Hofn.. Terus sahaja kami menghala ke Husavik.. Dari Hofn ke Husavik perjalanan agak panjang, sejauh 400km.. Jalan pun separuh berturap~ yang lain harap maaflah macam gempa bumi dalam kereta ni..

Antara view sepanjang jalan di sini
Takde pulak nampak SRH dengan kajol berlari-lari atas air tu time macam ni.. Haha
kalau ada abam dan hon suruh depa balik dari main air tu~ 

Oleh sebab kami memulakan perjalanan pada awal pagi, setibanya di Egilsstadir.. Ternampak pasaraya besar bonus disini.. maka kami decide untuk singgah top up bekalan makanan dan mengisi minyak.. Tertariknya dengan pekan ini, kononnya ada orang ternampak naga dalam tasik Egilsstadir.. still dalam kajian untuk menjejak binatang gergasi berkenaan.. Haha aku dengar terus teringat kat tasik cini di negara tercinta ni.. huhu

Hentian di Egilsstadir
Tasik yang dikatakan ada naga~ Siap ada cruise lagi .. hehe


Dalam perjalananke Husavik ini, kami keluar di highway 864 ke Dettifoss.. Cuma nampak jarak tak sejauh mana tapi perjalanan agak memakan masa kalau guna kereta 2WD sebab jalan dia tidak berturap.. Mahu tak risau bawak kereta Audi kat sini.. Takut tayar rosak~ siapa nak tanggung ye dak~ jadi fikirkan lah untuk menggunakan 4WD.


 Dettifoss ini merupakan air terjun yang paling "powerful" yang ada diantara Europe country.. memang deras sangat air dia.. Kawasan Dettifoss ini pula seakan-akan kawasan Canyon.. Feeling habis duduk sini tengok air terjun tu..

Berdekatan dengan kawasan Dettifoss ini terletaknya Asbyrgi Canyon.. Kebanakan orang hiking di kawasan ini, dan terdapatnya tracking path untuk sampai ke Dettifoss.. Tapi bila aku sampai kat sini matahari nak terbenam sudah.. Tak dapat nak snap gambar macam dalam "google"..terpaksa letak satu gambar dari pakcik google kat sini.. huhu

Taken from google :-P
Sampai pun hari dah nak gelap.. Satu hari buang untuk perjalanan sahaja.. Nangis~

Malam tuh setibanya di Husavik.. Pencarian hostel yang kami book di akhiri dengan free upgrade dari hostel ke hotel.. Disebabkan hostel yang telah kami book sedang dalam process penambahbaikan jadi dia bagi direction terus ke Husavik Cape Hotel yang terletaknya berhadapan dengan pelabuhan..
Husavik juga merupakan pekan perlabuhan.. Cuma pelabuhan disini terkenal dengan aktivit Whale Watching.. Ok itu kene tunggu next entry.

Cuma malam di Husavik ini masing-masing keletihan disebabkan pemanduan yang seakan memakan masa berjam-jam siang tadi.. Jadi aku memang tak rasa nak tidur.. Mungkin di Husavik ini peluang cerah untuk lihat aurora, based on receptionist malam tadi memang langit gilang gemilang dengan aurora.. receptionist ini siap ajar macam mana nak snap picture kalau ada aurora~ Siap dia bawak kami di lokasi atas bukit.. Di atas ini terdapatnya "hot tub"<
info di sini> untuk orang awam.. Feeling sangat mandi air panas kat sini sambil tengok langit.. Langit malam tu memang takde awan.. dan akhirnya kelibat hijau datang menerangi langit malam tuh.. fulamakkk gila cantik.. It seem like dancing.. cannot described with words.. And its stunning.. Lensa mata yang Tuhan beri ini kelihatan lebih cantik dari lensa kamera ya... Tengok puas-puas dulu dan next round bila aurora tu datang lagi baru kami beriya-iya cari setting untuk tangkap gambar aurora ini..

Ini semua gambar reject... Hahaha
Next green line is coming... 



Adioss~

Magnificent iceland : The scandiadventures Part 4

Pucat sekejap bila satu hari masuk bilik, switch ON suis PC tetiba belakang CPU keluar flash dan asap.. Apekahhh
Dengan gambar recent travel takde back-up... Siap moody satu hari kat tempat keje..
Jadi petang tadi pergi hantar, tengok-tengok main power supply dia rosak, selamat memory dan window (aku pakai window lagi tau~) still intact.. Fuhhhhh !!!
__________________________________________________________________________

Sambungan entry sebelum ini (klik sini)

Disebabkan malam di Vik dah dijanjikan awan yang tebal dan peratusan aktiviti aurora yang tipis berdasarkan dari weather forecast.. Jadi cepat-cepat je masing-masing tarik selimut..Disebabkan masih ada was-was tuh sekali sekala kalau terjaga aku je
nguk juga ke luar tingkap.. Kot-kot lah nampak aurora kan~ haha

Seperti biasa, shared bedroom :-) tapi spot kene tepi tingkap.. haha
Sehening pagi~ tetap aku rasa hostel ni sangat comel.. 
Aktiviti hari ke-3 dari Vik aku akan meneruskan perjalanan ke Hofn.. Sebuah pekan pelabuhan kecil.. Sepanjang perjalanan ke Hofn banyak juga spot view yang cantik yang tak seharusnya di lepaskan..

Sebaik check out seawal 9am dari Vik hostel, aku masih belum habis menerjah tarikan sekitar Vik ni.. Disebabkan semalamnya dah habiskan satu petang di padang pasir hitam Solheimasandur, jadi lebihan ittenary perlu di cover di pagi hari ini.

Tak jauh dari Solheimasandur, terletaknya Dyrholaey.. Kawasan tepi pantai tinggalan batuan gunung berapi.. Landscape di sini pun sangat awesome, dan bagi yang ade perasaan gayat jangan nak duduk ke tepi sangat.. Kawasan ni tanah tinggi ye.. Seram je kalo terpikir terjatuh bawah tuu.. Haha..


Lompat ala-sopan.. mengigil kot~ 

Selang beberapa lorong dari Dyrholaey, terletaknya black sand beach.. Black sand beach di Vik ni antara yang popular.. Selain kelainan pasir pantai yang unik, terdapat batu-batu yang tersusun kat sini.. Macam dalam cerita dilwale tuu.. Hehe

Facing the black sand beach, vik
Boleh feeling-feeling masuk gua~ 
Keunikan batu di sini.. 

Di pertengahan perjalanan antara Vik dan Hofn, terdapat rumput-rumput yang tumbuh di atas permukaan batu-batu.. Actually batu ni semua merupakan batu dari letusan gunung berapi, nutrien dalam tanah batu ini membuatkan rumput-rumput segar tumbuh di permukaannya.. Memang empuk kalau duduk atas rumput ni.. siap ada bounce lagi.. Orang Icelander kata ni la kawasan Elf tinggal.. hehe.. Nak lagi cantik, elakkan waktu matahari naik, sebab warna rumput tak nampak hijau sangat,, Kalau singgah waktu petang baru nampak cantik..

Glacier tepi jalan jee... 

Kawasan perhentian seterusnya adalah Vatnajokull National Park, tiada sebarang bayaran pun dikenakan untuk singgah di sini.. Cuma perlu sedekahkan tenaga untuk melalui trail yang ada.. Sekali sekala hiking ape ade kan.. Janji view cantik di sepanjang jalan.. diakhiri dengan penemuan air terjun.. Air terjun je manjang kat Iceland ni~ hehe

Let start tracking.. ala merentas desa konon2nye.
Kasut sebelah jatuh sungai.. Haha
Fish & Chip cost IKR 2700.. Sabor je la~
Hentian seterusnya adalah Jokulsarlon Glacier Lagoon.. Dari hasil pencairan Glacier, ice-ice kecil semua berkumpul disini, dan airnya terus mengalir ke pembukaan lautan.. Setiap minit akan kedengaran bunyi runtuhan ice.. Scary jugak bunyi nya.. macam gempa bumi pun ada.. Layan ambil gambar je kat sini.. ada boat kalau nak dibawa mengharungi kawasan ice ni, tapi tu kene bayar laa..


Di sini juga merupakan hotspot untuk aurora di waktu malam.. Sanggup aku datang dari Hofn ingatkan dapat tengok aurora sampai tertidur dalam kereta.. Last-last tak tahan terus balik hostel di Hofn dan tidur..

Ok tuhh jee~

Magnificent iceland : The scandiadventures Part 3

A few months ni my travel plan will be a bit slower~
Azam tahun baru ni nak focus on exam..exam dan exam.... Mohon kiriman doa anda semua k
Oleh sebab tu kalau boring rajinlah aku update cerita-cerita lama ni.. Hehehe
_____________________________________________________________________________

Seperti mana yang aku cakap, aku survive satu malam free di tepi jalan.. Haha tidur dalam kereta asal muat je kalau tak ramai dalam tuu.. Kalau ramai, jangan lah menyakitkan badan pula, nanti next day tak enjoy pula ye dok? Ni semua gara-gara semangat "chasing aurora" last-last tidur dalam kete.. Haha

Bangun pagi ni terus je kami drive ke perkarangan kawasan air terjun Seljandafoss.. Kawasan ini nampak macam recreation park, siap dia sediakan toilet.. Kalau boleh tahan air sejuk tuh dipersilakan lah mandi.. No worries kalau kulit lemak tebal bolehlaaa... Haha

Tunggu matahari naik lagi sikit, aku pun mulalah mendekati air terjun Seljandafoss ni~ Air dia memang terasa merecik ke muka pagi-pagi ni..Segar rasanya.. Selain dapat mendekati air terjun ni, korang boleh tracking ke belakang air terjun ni.. Ambik gambar dari dalam air terjun.. Amacam~ rare sikit kannn...

Ready nak filming "Dilwale"..

On the way dari Selajandafoss ke perhentian air terjun seterusnya, korang boleh singgah di kolam air panas Seljavallalaug -macam siut sikit lah nak menyebutkan~ Banyak hot pool yang free kat Iceland ni, pemanasan dia pun ala semulajadi.. jadi memang takde orang jaga untuk maintenance pun~ cuma sendiri mau ingat, kene jaga kebersihan tempat tu.. Berjemaah lah ye~

Seljavallalaug - Spring pool free of charge~ 
Seljavallalaug ini kene mendaki bukit sikit, dari main highway korang kene masuk ke road 242, jalan pun agak berliku dan berlopak besar-besar lagi.. Selepas parking di hujung jalan kene menapak dalam 15 minit lagi~ Haha gigihkan~  kebanyakan kolam air panas dia memang kene menapak sikit, dan kawasan dia siap ada pool dalam tuu...

Aku meneruskan perjalanan, kali ini ke Skogafoss... Yang ni lah air terjun dalam cerita "Dilwale" tuh.. Masa sampai-sampai tengok banyak sangat kereta, caravan, tent yang deorang sibuk tengah kemas-kemas nak chiao~ rupanya sini tempat orang ramai camping memalam.. Di sini juga disediakan tandas awam, siap bathroom pun ada.. So memang boleh tidur sepah-sepah..takde masalah la tuu.
Camping site.. 
Aku tak sabar nak rasa percikan air terjun ni.. Rainbow jangan cakap lah, memang sentiasa ada selagi ada matahari tu.. Berlapis-lapis...

Tracking ikut tanga di belah kiri untuk ke view point.

Di sebalah air terjun ini disediakan tangga untuk mendaki ke atas.. Panorama atas ni superb~
Dan kalau rajin nak berjalan di tebing atas ni korang akan jumpa dengan punca air terjun ni..
Di peringkat pertengahan pun boleh lalu ke tebing menyaksikan sendiri air terjun Skogafoss dengan lebih dekat.. Erk tetiba rasa macam ada muka "troll" yang betul-betul memandang ke arah air terjun.. Aku try diri kat tebing tu untuk ambil gambar, ternyata kaki bergetar-getar.. Tapi bila tengok dalam "dilwale" kemain lagi siap berpeluk-peluk menyanyi bagai kat tebing ni.. haha

From view point..
The river before the Skogafoss waterfall..
Part kaki ku terketar-ketar.. 

Puas main "shutter" di sini, kali ini kami meneruskan perjalanan ke Vik.. Sebuah pekan kecil di selatan Iceland.. Dah plan booking hostel di sini.. Sebab tak larat dah nak melayan badan yang tua dan manja ni.. Kena juga merasa tilam empuk.. hahaha



Di Iceland aku menggunakan hostel di bawah Hosteling International HI.. Walaupun kat asia pun ada HI, bezanya di Iceland memang ada perbezaan harga antara member dan non-member.. Jadi terpaksalah join members since aku book  3 lagi hostel under HI ni.. So memang jimat sedikit.. Harga pendaftaran ahli HI berharga IKR 3000..

Vik.
Landscape bukit bukau dan galcier kat sini memang memukau. 
Petang di Vik aku ke Solheimasandur, yang merupakan tapak terhempasnya pesawat United State DC plane yang membawa balik mangsa perang dunia ketika itu.. Kawasan ini dinamakna black sand beach. Sangat luas kawasan black sand beach ini yang aku rasa ada 5km berjalan dari tepi lebuhraya.. Disebabkan kawasan ini hanya boleh dilalui oleh 4WD, dan terdapat banyak kereta 2WD macam kami yang parking dan berjalan kaki.. Aku pun turut sama, tapi bila sampai nampak banyak je kereta yang lain main redah je kawasan black sand beach ni.. Hahaha tapi janji dapat feeling tuu~


Di sini juga merupakan spot aurora, aku tengok siap ada yang bawak backpack besar dan berkhemah kat sini.. Aku dah check activity aurora di website, nampak awan tebal.. jadi aku balik je ke hostel dan tidur.. Haha
Antara hidupan sekitar black sand beach..
Matahari terbenam di ufuk barat~  Memang kosong je bumi iceland ni~
A night spent well in Vik.. 

Ok cop sekejap........